Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, June 27, 2008

Penyatuan PAS-UMNO?

Sahabat Demang dalam blog 'anginperubahan' menulis tentang kemasukan beberapa pemimpin PAS ke dalam UMNO. Benar atau spekulasi?

Sementara itu Demang sedang membuat sedikit kajian mengenai implikasi penyatuan PAS dengan UMNO namun belum siap sepenuhnya.

Pada pandangan Demang, para pemimpin kita lebih sayangkan perjuangan parti daripada perjuangan agama. Apabila timbul cadangan penyatuan UMNO-PAS maka soalan yang timbul ialah PAS masuk UMNO atau UMNO masuk PAS?

Bagi sesetengah peyokong parti tindakan menyertai sesebuah parti seolah-olah menganut agama baru manakala meninggalkan parti sama seperti meninggalkan agama.

Iktikad ini bersarang di hati yang merasakan golongan mereka sahaja yang memperjuangkan agama manakala golongan lain hanya mementingkan diri sendiri.

Seperkara lagi terdapat juga golongan yang sedar dengan kelemahan diri dan sering mengharap orang lain memahami kelemahan mereka sebagai insan biasa. Namun dalam masa yang sama mereka mengharapkan orang lain bersifat sempurna.

Demang teringat sebuah lagu M. Nasir. "Jangan kau mengaku hebat, jangan kau mengaku pintar jika egomu tak kau kalahkan."

*Bagi peminat M. Nasir pasti akan senyum-senyum sendiri membaca senikata di atas sebab tak sama macam yang M. Nasir nyanyi..! Maaf la, Demangpun ingat-ingat lupa. Dah tua...! Kalau dulu, berapa kali bunyi tamborin dalam lagu M. Nasir pun Demang boleh hafal.

Jumpa lagi. (Out station 2-3 hari).

3 comments:

zamspotte said...

Bersatu hati, masa menyaksi
di puncak maya kitakan bersama
di persada puncak dunia
selamanya kita di sana

Satukanlah hati-hati kita, supaya kita akan kuat... bak kata pepatah, "bersatu teguh bercerai roboh" dan "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" (betul ker pepatah ni??)

Desperado said...

CheGU mAN

Depa nak saman sapa buat kenyataan penyatuan nie...! Benda baik pun jadi lagu nie...apa la!

www.pilihananda08.blogspot.com

cheguman said...

Ye ke? Lain kali kita buat cerita orang PAS dan orang UMNO saling berbunuhan. Ha, mungkin pastu diorang bagi kita augerah lak.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)