Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, July 10, 2008

Paklah dan orang muda

Tajuk kecil: Menghormati pemimpin

Mahu tidak mahu Demang terpaksa juga menulis tajuk yang sangat membosankan ini. Bagi Demang bukan sahaja menulisnya bosan malah membacanya juga membosankan.

Bukan itu sahaja, menghormati pemimpin juga kadangkala membosankan.

Kenapa? Kerana hubungan dengan pemimpin selalunya membosankan.

Baru-baru ini seorang sahabat Demang memberitahu Demang betapa bosannya dia dengan Paklah.

Ceritanya begini:
"Masa kempen PRU12 lepas aku kena sambut Paklah mai tempat aku (Kepala Batas). Aku 'sound' (sindir) dia (Paklah), kelmarin Nuar Brahim mai. Dia naik kereta yang boleh bukak bumbung. Dia berdiri, lambai kat orang ramai sepanjang jalan."

"Tapi Paklah mai naik kereta bertutup rapat, cermin gelap. Rakyat 'tak dan' nampak, 'berdezup' lagu tu aja."

"Hang 'sound' macam tu?" tanya Demang takjub. "Dia kata apa?" tambah Demang lagi berminat.

"Tu yang aku bosan tu. Dia diam aja."

Demang geleng kepala. Apa punya manusia la Paklah ni. Seorang 'budak muda' boleh sindir begitu dan beliau cuma diam sahaja. Tak ada perasaan ke?

Lama juga Demang fikirkan kisah itu. Ada juga Demang mengumpat Paklah bersandarkan peristiwa itu. 'Kawan-kawan umpatan Demang pun turut buat kesimpulan betapa lemahnya Paklah hinggakan tak mampu menjawab persoalan yang seorang 'budak muda' kemukakan.

Hal ini menguatkan hujah segelintir blogger yang mengumpat bahawa Paklah memang tak layak langsung jadi PM.

Baru-baru ini Demang terserampak dengan satu jemaah tabligh di surau. Entah apalah nasib Demang, kali ini tak sempat Demang 'lari' dan terpaksalah Demang mendengar mereka membaca satu kisah lama.

"Setiap hari Rasulullah melalui sebatang lorong untuk ke masjid. Di lorong tersebut terdapat sebuah rumah yang dihuni seorang wanita tua. Setiap kali Rasulullah melintasi rumah tersebut wanita tua itu akan mencampakkan kotoran ke atas Rasulullah.

Namun Rasulullah tidak pernah serik apalagi memarahi wanita tua itu.

Pada suatu hari Rasulullah merasa hairan kerana wanita tersebut tidak 'menyambut' baginda seperti selalu. Setelah disiasat Rasulullah mendapati wanita itu sedang sakit. Baginda segera mengunjungi wanita itu. Baginda membantu wanita itu termasuk membawakan makanan untuknya.

Setelah sembuh, wanita itu bertanyakan siapakah yang telah bersusah payah menolongnya sepanjang dia terbaring itu. Alangkah terperanjatnya wanita itu apabila diberitahu bahawa lelaki itulah yang selama ini amat dibencinya.

Akhirnya wanita tua itu menemui Rasulullah dan menyatakan kekesalan atas perbuatannya selama ini.

Paklah tentulah tidak setaraf dengan Rasulullah. Namun tidak ramai pemimpin yang mampu mengawal emosi apatah lagi jika melibatkan egois.

Sebenarnya PM kita ni bukanlah teruk sangat. Dasar-dasar yang diperkenalkan pun menarik jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Masalahnya ramai yang rasa mereka lebih hebat daripada Paklah. Bagi Demang ada dua perkara yang boleh kita lihat daripada peristiwa tadi:

Pertama, Paklah boleh dikritik walaupun oleh rakyat biasa.

Kedua, tohmahan 'pak turut' ke atas orang UMNO masih boleh dipertikai. Malah orang Kepala Batas pun berani menegur Paklah.

Ketiga, Paklah sanggup berkorban melepaskan jawatan nombor 1 demi mengekalkan perpaduan. Anwar sanggup? "Lawan Tetap Lawan", kata Anwar.

Demang menyeru semua pemimpin rakyat yang hebat-hebat agar bantulah Paklah membina negara. Kalaupun bukan kerana Paklah, lakukan untuk rakyat. Atau lebih baik lagi lakukan kerana Allah.

Nota:
Demang sendiri selalu menegur 'Paklah' (polis pencen yang tinggal di sebelah rumah Demang).

Tambahan:
Demang amat kesal kerana Tun Dr Mahathir masih berusaha menjatuhkan kerajaan yang ada. Lihat komen terbaru Tun terhadap Paklah. Adakah Tun benar-benar bersih ketika menjadi PM dulu? Pandangan Tun terhadap 'kerajaan yang memerintah' dengan 'kerajaan Malaysia' amat mengelirukan dan berbahaya. Malah, kritikan Tun ke atas Paklah seolah-olah Tun dulu seorang yang serba sempurna. Demang percaya kalau Tun menjadi Paklah dan Paklah menjadi Tun, pasti 'Paklah yang bertopeng Tun' itu sudah berehat di Kemunting.

Demang melihat ada wajah Lebai Malang dalam diri Tun sejak akhir-akhir ini.

Wallahu'alam.

4 comments:

cheguman said...

Perasan tak, Demang tulis ada dua mesej daripada kisah sahabat Demang dengan Paklah itu tadi? Tapi akhirnya jadi tiga mesej pulak. Kenapa? Sebab draf rencana ni Demang dah siapkan beberapa hari yang lalu. Sebelum sempat Demang siarkan, muncul berita peralihan kuasa Paklah-Najib.

Oh ya, kepada sahabat Demang di Kepala Batas yang Demang pinjam kisahnya kali ini... Demang mintak maaf. Bila lagi nak kutuk hang, kan. Apa-apapun Demang seronok tengok cerita Hero Kambing yang di bentangkan dalam parlimen hari ini. Hang ada berapa ekor kambing jantan? Post la kat aku 4-5 ekor.

Sedingin Salju said...

Pak Lah ni, ramai orang kata lembik. Dia sendiri pun kata orang kata dia lembik.

Tapi dia ni, memang tak boleh disamakan dengan Nabi Muhammad. Saya yang bukan islam pun, ada baca tentang nabi Muhammad. kagum saya. Siapa boleh ikut. Dibaling dengan najis, dilontar batu, diludah dan macam-macam. Tapi, adakah dia berdendam dengan orang-orang tersebut? Sebab itu, islam dihormati dan disanjung.


Itulah dia nabi Muhammad. Pak Lah, dalam lembut, tapi tegas. masa pak lah kita dapat dengak siaran parlimen. masa pak Lah jugak DSAI bebas. Suruhanjaya kehakiman, anti rasuah, masa dia jugak.

man_helang said...

salam...

cikgu punya tulisan memang best lah...ade msg yg tersembunyi, ade kebenarannya apa yg cikgu katakan, namun mungkin ade juga betulnya apa yg kwan cikgu tu perkatakan...

mungkin selama nih kita tersalah 'tikam' org, org yg kita cuba 'tikam' bukanlah musuh yg sebenarnya, mungkin musuh yg kita carik berada 'disebalik' org yg kita cuba 'tikam' tersebut, malangnya dia tdk mahu mengelak bagi mendedahkan musuh dibelakangnya, tujuannya hanya Allah yg tahu...

cheguman said...

Setuju dgn Man Helang. Itulah antara perkara yg paling aku takut. Namun bagi Demang dia perlu mempertahankan pemimpin yg dilantiknya biarpun mungkin silap.

Bagi Demang (bukan cheguman), mempertahankan pemimpin itu wajib. Biarlah silap kerana menyokong ketua daripada betul tetapi menderhaka.

Aku rasa jika kita berbincang dengan baik dan bersikap terbuka: "apabila datang yang haq maka yang batil akan gugur dengan sendirinya."

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)