Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, August 26, 2008

Pengundi Hantu di Permatang Pauh?

4.54 pm, 26 Ogos
Demang terima SMS daripada Permatang Pauh:

"3 bas pengundi hantu dpt dkesan 1 dpt tahan, org indon dr phg siap bwa ic msia dah antar p balai"


Demang termenung sebentar, kemudian mendail ke beberapa sumber lain di Permatang Pauh. Malangnya tiada satu pun jawapan positif. Maksud Demang, mereka pun baru dapat berita tersebut melalui Demang. Mahu tidak mahu Demang terpaksa memerah otak memikirkan ap[a yang sebenarnya sedang berlaku.

Untuk menolak berita tersebut amat sukar memandangkan pengirim SMS berada di tempat kejadian.

Berikut adalah SMS balas daripada Demang:

"Kena siasat betul2. Nak ngundi curi2 bkn mudah. Kena lalu pondok kedua2 parti. Semak nama 2 kali, beratur 2 kali. Org ramai tengok. Tempat ngundi dlm kampung. Org boleh kenal. Sblm masuk bilik, laung nama dulu. IC yg di pegang tu sapa punya? Klu org Pahang, tak boleh pakai. Klu org Pmtg Pauh, lebih baik bagi duit suruh dia ngundi sdri. Jum pengundi >50k. Maj azizah 13k. Anwar pernah capai 30k. Survey kami Anwar 60, Arif 40. Ertinya, maj Anwar boleh lebih 10k. Berapa ratus bas nak angkut pengundi hantu? Aku bimbang ada pihak menangguk di air keruh.. Kena hati2."


Beberapa minit kemudian informer tersebut mengirimkan SMS balas:


"Btl ckp hang, dpt info dr pdrm anwar lead dkt 10k la ni."


Terbaru, Demang dapat maklumat PKR sedang mendahului BN di beberapa tempat.

Demang bertanya dalam hati: “Permainan apakah ini?”

Sedarkah PKR bahawa bukan UMNO sahaja musuh mereka? UMNO hanya musuh politik sebaliknya manusia bukan sahaja bermusuh dari segi politik. Begitu juga, bukan PKR dan PAS sahaja musuh UMNO.

Jangan kita lupa, motif utama Portugis menyerang Melaka bukanlah faktor politik. Apa motif penaklukan ke atas Andalusia sehingga rakyatnya dibakar dan disembelih hidup-hidup? Apa motif serangan ke atas Iraq? Apa motif penguasaan ke atas bumi Palastin?

Cuba fikirkan, adakah negara kita mempunyai sesuatu yang berupaya menarik minat asing? Atau kita berpotensi untuk mengancam kuasa asing?

“kuntum khairun ummatin ukhrijat linnas”

Inilah yang dibimbangi negara asing yang angkuh dan sombong. Padahal kaum-kaum lain di negara kita tidak pernah menganggap demikian.

Sempena menjelangnya Hari Kebangsaan negara kita, marilah kita fikirkan dengan lebih serius maksud sebenar PERPADUAN.

11 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Saya pun hairan pasal bas bas yang ditahan yang keluar di tv 3 tadi. Dalam keadaan sebegini pun masih ada 'pengundi hantu'.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Harap-harap kita semua akan dapat jawapan yang sebenarnya pada 'misteri' ini.

Che Eduardo said...

Chegu,

Mcm mana nak bersatu padu bila semua org nak jadi hero.. Susahlah, cikgu.. Ini sekarang hero Malaya dah masuk Parlimen.. Percaturan baru bermula.. Hidup mana nak aman!!

Che

mohd nor azmi yusof said...

assalamualaikum
kadang saya terfikir..macamana pengundi hantu nak lepas...?sebelum pangkah kene lalu pemeriksaan dulu..ke ada jalan belakang?ntahla..tapi biasala kan..masalah ni akan senyap la lepas ni sebab yang selalu buat aduan ttg pengundi hantu menang...jika kalah sampai lubang cacing cari hantu...bila menang hantu dan syaitan jadi sahabat..

Rahimin Idris said...

saya tak gembira PKR menang. tak pula sedih BN kalah. keadaan politik kadang2 membosankan. tapi kadang2 arusnya semacam menyedut kita untuk masuk sekali.
apa2 pun, saya harap Allah akan memberi perlindungan dan kekuatan kepada semua umat islam di bumi malaysia ini.

salam.

azlan said...

Menjelang pilihanraya 2004, kawan aku cakap anak dia yg baru cukup umur, ada orang daftarkan anak dia mengundi di Kelantan. Walhal, budak itu dan familynya orang Selangor dan tinggal di Selangor. Pilihanraya 2008, aku tanya kawan tersebut, akan pergikah anaknya mengundi di Kelantan? Dia jawab kalau ada orang cari serta sediakan bas dan makan, biarlah dia pergi.

Adakah ini spesis pengundi hantu?

Sedingin Salju said...

Yalah, kalau betul ada pengundi hantu, takkan PKR boleh menang besar? Ok lah pengundi hantu yang dimaksudkan itu membawa pengundi luar untuk undi PKR kalau tak macammana mereka boleh menang besar? Kita pun boleh kata lagu tu.

Tak apa, biarlah dia menang. Biarlah mereka gah dengan kemenangan ini. Kita harus ingat, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Mungkin bila dia dah menang, dia gah, segala kepalsuan akan terbongkar, manalah kita tau. Kita harus ingat, tuhan akan terima doa orang yang dizalimi jadi, banyakanlah berdoa.

Tuhan itu maha adil. Jadi, banyakan berdoa.

cheguman said...

Makcik,
Dalam masyarakat hantu, agaknya manusia adalah hantunya. (saja buat lawak, tak ada maksud apa2).

Che Eduardo,
Dalam cerita Qurbani, hero kedua terpaksa 'dimatikan' sbb heroin cuma ada sorang.

Azmi,
Hantu boleh tembus lubang sebesar jarum. Guna lah minyak morhabshi.

Rahimin,
Sebab tengah 'bosan gilerrrr' la Demang dok melalut nie... dari semalam lagi idea mati.

Azlan,
Anak kawan U tu agaknya setaraf dgn Adiputra.

Sedingin salju,
Kalau nak kata, buat apa pun org boleh kata.

Demang letih...

melayuangkat said...

Salam Lagi,

Ada apa apa berita tentang hantu tu?

Atau dah tangkap masuk dalam botol dan hanyutkan kat Sungai Perak??

Harimau-Menaip said...

Chegu;

Baca komen kat sini, macam rasa duduk kat mesyuarat UMNO cawangan. Mungkin bukan pengundi hantu, tapi persoalan di kepala saya ada satu sahaja; bagaimana individu-individu dalam bas itu dikatakan ada 2 Kad Pengenalan?

Macam ni, boleh ranap Malaysia. Bayangkan jika Kad Pengenalan boleh di'duplicate' secara mudah...

Kalau nak kupas dari segi politik, macam-macam yanbg boleh diceritakan.

azmi yusof said...

cheguman..ambik je gambar kalo rasa menarik..gambar ni kadang 2 buat kita termenung sejenak..banyak makna disebaliknya..yang tersirat...

Demang Lebar Daun said...

Kata Tok Rimau:
"Macam ni, boleh ranap Malaysia. Bayangkan jika Kad Pengenalan boleh di'duplicate' secara mudah..."

Demang setuju. Elok tok rimau baham je kepala diorang.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)