Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, August 8, 2008

Takdir dan ujian

Apakah takdir kita?

"Ramli yang begitu terdesak kerana tiada wang akhirnya bertekad untuk merompak menggunakan senjata api. Dia tertangkap, dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati."

Dimana letaknya takdir? Pada sebahagian atau keseluruhan kisah itu? Dimana pula ujian? Adakah ujian sebahagian dari takdir?

Dimana pula usaha dan tawakkal?

"... Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal."

Ayat sebelum itu yang bersambung dengan ayat di atas ialah "apabila kamu telah cukup azam maka bertawakkal lah..."

Bilakah redha perlu mengambil tempat?

Demang fikir tidak sukar untuk memahami ayat tadi. Namun untuk mempraktikkan, tak ramai yang benar-benar mampu.

Demang kagum dengan usaha yang dibuat DSAI dalam perjalanannya menjadi pemimpin tertinggi. Bermula dengan kepimpinan pelajar, pergerakan Islam, membawa ke pertubuhan politik. Langkah yang dihayun begitu berstrategi dan mantap. Kewibawaan beliau terserlah dalam negara sehingga ke persada antarabangsa.

Seketika, ujian pun datang. Amat hebat dan mengaibkan. Beliau tersungkur di depan singgahsana sebelum sempat mendudukinya. Merudum ke lantai paling bawah.

Benarlah, manusia cuma mengimpikan sedangkan perancangan Tuhan mengatasi segalanya.

Anwar tidak cepat mengalah. "Lawan tetap lawan."

Namun itu kah satu-satunya pilihan yang ada?

Kita kembali pada kisah si Ramli tadi. Adakah selesai masalah kehidupannya dengan menjadi perompak? Tidak adakah ikhtiar lain?

Perompak, akalnya pendek tetapi manusia Anwar berakal hebat. Kenapa meletakkan diri setaraf dengan akal perompak? Kenapa tidak gunakan akal secara positif?

Bagi yang baru berkenalan dengan Demang mungkin tidak bersetuju Anwar dikiaskan dengan perompak. Sebenarnya bukan aktiviti mereka yang disamakan tetapi kesan daripada tindakan mereka memang hampir sama.

Perompak mengakibatkan gangguan terhadap ketenteraman awam. Begitu juga kaedah yang digunakan Anwar untuk mendapatkan kuasa.

Ingat, yang Demang pertikaikan ialah kaedah.

Negara kita mempunyai musuh dan mereka sentiasa mengintai peluang dan mencari kesempatan.

Jika Anwar pejuang tulen, contohilah Tun Tuah. Beliau redha dengan takdir. Beliau tabah menghadapi ujian. Beliau tidak melatah sebaliknya percaya "apabila datang yang haq maka yang bathil akan gugur dengan sendirinya."

Apa akan jadi jika Tun Tuah memberontak?

Ternyata pejuang tulen tersebut menghadapi ujian dengan tabah. Bagi menjamin beliau tidak tewas kepada nafsu amarah, Tun Tuah sendiri meminta dirinya dipasung. (rujuk Sejarah Melayu).

Akhirnya kebenaran pun datang. Penderhaka sebenar muncul. Maka pejuang tulen pun tampil menyelamatkan keadaan.

Nampaknya sejarah Tun Tuah tidak berulang pada Anwar. Bahkan Anwar juga tidak memilih Laksamana Bentan sebagai idola. Laksamana Bentan terbukti lebih berani. Beliau tidak menghasut rakyat untuk menentang. Permasalahannya dengan raja diselesaikan sendiri secara jantan.

Namun implikasi tetap ada. Kemangkatan Sultan Mahmud merubah terus dinasti kesultanan Melaka-Johor. Sultan Mahmud adalah waris terakhir Parameswara, keturunan Sang Sapurba dari Bukit Saguntang, anak Raja Suran yang bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.

Kerajaan Johor 'dipulangkan' pada keluarga Bendahara. Kemudian diserahkan kepada keluarga Temenggung hingga kini.

Baris-baris akhir ini Demang tulis dengan rasa sendu. Fikiran melayang mengimbau ke zaman silam. Terbayang-bayang nenek moyang meredah laut dan rimba belantara mencari tanah untuk dijadikan negara.

Kita lah pewarisnya.

5 comments:

Sedingin Salju said...

DSAI memang hebat dari segi akal fikiran dan strategi. Tapi sayang, beliau terlalu gelojoh.

Danielle_Corleone said...

Takdir ada ditangan tuhan dan usaha ada dalam akal kita.

Kucing Kekenyangan said...

hmm btol2

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Zaman sekarang malangnya bukan Zaman Tuah lagi. Memang betul,alangkah baiknya jika seseorang itu rida akan takdir atas dirinya, terutama jika takdir itu bertukar dari atas awangan tiba tiba bertukar pula kepada tersungkur di bumi.

Kalau tak betul betul boleh jadi mereng. Mereng ini pun ada macam macam jenis mereng..faham fahamlah maksud saya.

Tidak mudah memang tidak mudah bagi sesesiapa pun..sebab itu kita mesti sentiasa siapkan 'diri' dan mental kita supaya kita boleh dan akan menerima apa pun takdir..InsyaAllah.

donmny said...

SAYA 'LINK' BLOG SAUDARA

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)