Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, September 24, 2008

Nota daripada Cheguman

Memiliki sebuah blog memang mudah namun untuk menguruskannya tidak ramai yang mampu. Apatah lagi jika mengendalikan lebih daripada sebuah blog. Sejak tahun 1999, saya biasa menjadi webmaster kepada lebih daripada sebuah laman web serentak dan menjadi moderator kepada lebih daripada tiga group perbincangan dalam masa yang sama. Saya biasa tidur dua jam sehari.

Mengendalikan lamanweb biasa lebih sukar berbanding blog. Namun saya berusaha mengekalkan www.morhabshi.com sehingga hari ini atas dasar ‘itu saya punya sendiri sedangkan blog sekadar rumah tumpangan.’

Pada peringkat awal kemunculan blog (asalnya, web log tetapi disingkatkan menjadi blog. Istilah web log diberi kerana kita cuma perlu ‘log masuk’ sebelum membuat sebarang aktiviti), saya mengendalikan lebih daripada satu blog. Namun akhirnya saya mengambil keputusan untuk menumpukan hanya satu iaitu ‘Waadat’ manakala yang lain telah saya ‘remove’ atau biarkan tak berjaga.

Namun sekarang mahu tidak mahu saya terpaksa memulakan sebuah lagi blog. Hal ini kerana saya perlu menunaikan satu lagi tanggungjawab iaitu meneruskan warisan keluarga. Meskipun asalnya sekadar suka-suka namun akhirnya menjadi satu perusahaan keluarga yang perlu diteruskan.

Hal ini kerana terdapat beberapa pihak yang telah menjadikan produk rumusan datuk saya ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka. Jadi sebagai orang yang bertangungjawab memulakannya maka saya perlu meneruskan agar usaha pihak tersebut tidak terputus begitu sahaja.

Memang, tidak ada sesiapa boleh mempertikaikan jika saya melakukan usaha mempromosikan produk tersebut melalui blog Waadat. Namun bagi saya ia bukanlah satu pendekatan yang bijak buat masa ini. Para pengunjung akan membuat andaian bahawa saya mengambil kesempatan, seolah-olah ada udang di sebalik batu.

Memang tak salah, namun berapa ramai yang beranggapan begitu? Setidak-tidaknya mungkin ada yang kecewa apabila berkunjung ke blog Waadat dan mendapati artikal di dalamnya sudah dipenuhi dengan iklan komersial.

Saya tidak mahu anggapan-anggapan begitu merosakkan usaha saya menyampaikan mesej kenegaraan kepada para pengunjung. (Perlu disedari bahawa Waadat bukanlah sebuah blog partisan. Kecenderungan Waadat pada parti politik tertentu sekadar kebetulan memandangkan itulah parti yang menjadi kerajaan sekarang).

Jadi, saya mulakan blog baru dan menyediakan satu pautan istimewa melalui Waadat.

Namun saya masih menggunakan pendekatan yang serupa dengan Waadat. Saya masih belum bosan berkesah dan bercerita. Masih sarat dengan kiasan dan analogi serta sedikit satira.

Anggap sahaja blog baru ini sebagai cawangan kepada Waadat. Cuma jika anda ingin membacanya anda perlu ‘klik’ ke ruangan tersebut.

Melalui kesempatan ini saya ingin membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama kami mempromosikan produk warisan ini sekaligus bersama-sama berkongsi faedah dan keuntungan daripadanya. Jika berminat, sila berkunjung ke blog tersebut: “Demang & Dunia Morhabshi di http://morhabshi.blogspot.com (terutamanya kepada yang mempunyai blog atau web sendiri).

5 comments:

man_helang said...

salam lebaran dr aku...

TiCO said...

moga moga menjadi usahaan berjaya

Panglima Perang Cyber said...

Syabas Cheguman...berniaga juga sunnah... mempertahankan agama negara juga sunnah...

apa pun keuntungan untuk memudahkan chegu menumpu perhatian mencurah khidmat menjadi blogger tanpa perlu risau lagi bisnes warisan keluarga tersebut..

ada masa boleh jadi kita buat network sesama blogger.

sbb saya pun tak pernah guna lagi morhabsi ni...

syabas chegu,moga berjaya.

salam

Muhammad Azli Shukri said...

saya doakan Cikgu berjaya dalam perniagaan.

Demang Lebar Daun said...

Terima kasih Man.

Terimakasih tico.

Terima kasih Panglima.

Terima kasih Azli.

Jap lagi nak balik beraya kat Sabak Bernam lak. Tahun nie raya pertama di Melaka.

...kalau sempat boleh singgah beraya dgn Khir Toyo. Kesian Dr tu kena kutuk dgn aku lauk dia tak cukup masa buat rumah terbuka kali pertama jadi MB dulu. Teruk betul aku nie... Nanti nak mintak maaf kat dia. Biasanya 3 kali aku kutuk, satu kali aku puji balik. Tapi dia sabar la. Tu yg aku segan tu...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)