Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, September 26, 2008

Pernah sedikit masa lalu, segelintir ahli korporat digelar keparat. Hal ini berlaku apabila terdapat segolongan manusia yang melihat dunia keusahawanan adalah pusat mengaut laba semata-mata.

Adakah berdosa jika usahawan mendapat keuntungan?

Sebenarnya, apabila kita singgah di sebuah warung dan membayar RM0.80 untuk segelas teh tarik maka tidak ada sesiapa yang akan menuduh pemilik warung tersebut sebagai keparat.

Malah jika selepas itu kita berkunjung ke sebuah hotel dan membayar RM6 untuk minuman yang serupa, kita masih mampu tersenyum.

Kemudian, jika esoknya kita minum air spt itu di kantin pejabat dan membayar RM3, apa perasaan anda? Mungkin anda masih boleh bersabar sehinggalah anda terserempak dengan pemilik kantin itu memandu kereta mewah dengan isteri barunya. Tambahan pula anda memang tahu bahawa hanya kantin kecil itulah satu-satunya sumber pendapatan beliau.

Itulah keparat namanya.

Seorang tokoh keparat bukan sahaja beraksi dalam dunia perniagaan. Mereka boleh ditemui dalam gelanggang politik, akademik, perkhidmatan dan juga agama.

Kebetulan tengahari tadi seorang ustaz (rakan sejawat) menceritakan kisah seorang ustaz yang mempunyai hubungan sulit dengan beberapa pelajarnya.

Tidak sukar untuk mengecam golongan keparat ini. Mereka melakukan usaha yang minimum tetapi cuba mendapatkan hasil melebihi sepatutnya. Mereka berbelanja sehingga katak pun hairan melihatnya.

Kenapa Demang berikan contoh katak?

Katak adalah spesis amfibia yang tidak peka dengan persekitarannya. Jika anda ingin merebus katak hidup-hidup anda cuma perlu masukkan katak tersebut ke dalam periuk yang diisi air dan kemudian nyalakan api di bawahnya.

Katak tersebut akan berenang-renang di dalam air suam itu tanpa mengesyaki apa-apa. Walaupun air tersebut semakin panas dan hampir menggelegak, sang katak masih leka bermain air. Sang katak hanya tersedar tentang bahaya apabila dia sudah terkejang menjadi bangkai.

Demikianlah nasib katak.

Demikian juga nasib si keparat yang tidak sedar betapa masyarakat sekeliling sedang mengutuknya.

Seorang usahawan muslim meletakkan akhirat sebagai matlamatnya. Dalam hal ini beliau sedar bahawa terdapat dua hubungan yang perlu dijaga. Yakni hubungan dengan Allah yang menjadikannya dan hubungan sesama manusia.

Sejak kecil lagi kita diingatkan sebesar mana pun dosa kita kepada Allah (kecuali syirik), kita masih berpeluang memohon ampun kepada-Nya. Allah maha pengampun.

Namun dosa atau kesalahan kepada manusia lain tidak akan diampun Allah selagi orang yang kita aniaya itu enggan memaafkan.

Elok juga jika renung kata-kata ahli sufi Abu Nasser Bisyir bin al-Harith al-Hafi:

"Harta yang halal tidak sanggup untuk dihambur-hamburkan, dan tidak akan merasai manisnya hari Akhirat bagi seseorang yang suka dikenali oleh orang ramai."

Demang rasa yang pertama tu ok tapi yang kedua tu yang selalu k.o.

Wallahu'alam.

11 comments:

azlishukri said...

pandangan yang sangat menarik cikgu!

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Satu ada satu cerita koporat keparat ini.

Pada ketika zaman kegemilangan Ahli ahli koporat Melayu sekitar awal 1990an dulu, seorang Dato telah bermurah hati dan berkat hasil syarikatnya dia telah mendirikan sebuah surau di kawasan perumahan kami.

Ketika PRU saya tidak ingat yang ke berapa tapi masa itu PM adalah Tun Dr M, seperti biasa ahli Politik Parti PAS akan ke surau surau dan masjid masjid untuk ceramah-ceramah dan kebetulan entah macam mana ditakdirkan berkesempatan pula berceramah di surau yang Dato ini bina.

Dato itu pula kebetulan ada dalam kalangan jemaah dan terpaksa juga duduk mendengar salingan ceramah politik dan yang dia sendiri tidak menduga akan diadakan malam itu.

Dalam sedap berpidato Penceramah tersasar mengatakan bahawa orang orang kaya-kaya koporat Melayu adalah Keparat Bangsa!!

Cheguman dapat bayangkan perasaan Dato yang mendengar sendiri dia dikutuk dalam Surau yang dia sendiri bina pada malam itu!!

Itulah Orang Melayu Cheguman, menghina Bangsa sendiri. Dengki sebenarnya. Kaya salah, miskin dihina.

Pasal Katak tu Cheguman, saya pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda supaya kita jangan bunuh katak. Suara katak adalah Tasbih pada Illahi.

WaAllahuAlam.

Pada Cheguman sekeluarga, saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.

Cheguman said...

Azli,
terima kasih

Makcik,
terima kasih atas cerita dam maklumat katak tu.

Salah seorang yg saya rasa sangat hebat ialah Syed Mokhtar Al Bukhari.

The Island of NAMOYAKI, said...

Demang Lebaq daun,
Syed Mukhtar al-Bukhary telah mempraktikkan hadis Rasulullah Saaw dengan cara menyedekahkan sebahagian daripada duit gaji dia. :)

Cerita macam makcik cerita tu, sama, banyak jugak dok kena kat belah Penang.

Demang, cuba demang rujuk-rujuk ada berapa 'kota' yang dibina di bumi bertuah kita yang lingkup, dan ada berapa kota yang dibina, maju dan makmur?

demang minat sejarah kan...

Cheguman said...

Alamak Zul... Demang tengah rebus ketupat.Nanti lepas raya kita pakat cari maklumat tu...

Yang terkilan..
Setakat ni Demang tak nampak pun perisytiharan 'Melaka Kota Warisan Dunia' sebagai satu penghormatan sebaliknya sebagai satu ejekan dan penghinaan.

Maaf, mungkin Demang emosional tetapi itu lah gambaran yang dilukiskan pada 'banner' dsb di Melaka ini. Malah jika dilihat pada serpihan monumen yg ada di Melaka, tidak ada satu pun yg menunjukkan ciri-ciri warisan kesultanan Melaka. Yg ada hanyalah sisa tinggalan penjajah.

Itukah yg nak diisytiharkan?

TICO said...

Selamat hari Raya Demang

Cheguman said...

terima kasih tico.

Butaseni@Wan Raja said...

bro,orang orang macam ni beraksi kat dalam bilik karaoke dengan gro pun ramai jugak :D
salam raya

Cheguman said...

Betul tu Butaseni...

azlishukri said...

salam. Demang, saya sudah lama terniat untuk memberi percuma buku saya itu kepada saudara, cuma saya terlupa untuk memberitahunya, sebagai tanda persahabatan dan ukhwah saya menjadikan buku saya tersebut sebagai hadiah kepada saudara. moga2 tali persahabatan kita semakin utuh. wallahulam.

Cheguman said...

Terima kasih Azli. Insya Allah akan saya manafaatkan sebaiknya. Semoga terus cemerlang.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)