Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, September 1, 2008

Tolak ansur: asas membina negara

Setelah enam minggu terpaksa mematuhi program yang disediakan orang lain, maka minggu ini adalah giliran aku pula merancang program bersama keluarga.

Destinasi kami sudah tentulah melunaskan hutang yang telah tertangguh hampir dua bulan iaitu menziarahi bonda di kampung. Mujurnya beliau ada mengunjungi kediaman kami dua minggu yang lalu.

Kali ini kami tekad menolak semua program lain.

Keluar daripada tol Ayer Keroh, kuhalakan kereta terus ke selatan. Seketika baru kusedar yang kami sepatutnya ke utara. Isteri di sebelah sudah masam. Mahu tidak mahu terpaksalah kami ‘makan angin’ hingga ke Jasin sebelum dapat berpatah balik.

Tiba di Senawang, telefon isteriku berbunyi. Panggilan dari Melaka memaklumkan Pak Itam sakit semula dan dibawa ke hospital. Aku serba salah. Antara penumpang kami ialah dua orang adikku. Aku menghubungi ayahku dan dia bersetuju untuk mengambil mereka di Seremban atau KL bagi membolehkan aku berpatah balik ke Melaka.

Namun isteriku menyarankan agar kami meneruskan perjalanan kerana bapa saudaranya itu tidaklah teruk sangat. Kami menziarahinya hampir setiap hari dan ternyata dia semakin pulih.

Kami tiba di kampong hampir jam 12 malam. Rupa-rupanya semua adik beradikku telah berkumpul. Walaupun telah larut malam namun kami ‘lepak’ di luar sebentar untuk berbual. Beberapa ketika kemudian guruh berdentum dan hujan turun dengan lebatnya. Mahu tidak mahu kami terpaksa bergegas masuk ke dalam rumah.

Sebaik aku meletakkan kepala ke bantal, telefon isteriku berdering. Panggilan dari Melaka. Isteriku menyambut panggilan tetapi tidak bersuara. Hanya tangisan yang kudengar. Tanpa menyoalnya aku sudah boleh meneka apa yang telah berlaku. Setelah mengesahkan berita itu aku memberitahunya bahawa aku perlu tidur sebentar kerana terlalu letih.

Kira-kira sejam kemudian kami sudah pun berada di jalan raya semula untuk kembali ke Melaka bagi menziarahi jenazah Pak Itam Maaruf Hj Minhat (AL Fatihah…).

Peristiwa ini mengingatkanku betapa manusia tiada kuasa langsung untuk menyusun jadual hidupnya. Segalanya ditentukan Allah SWT.

Guruku sering berpesan dan sering pula kupesankan pada anak-anak muridku yang kecil-kecil itu:

“matlamat hidup di dunia ialah kehidupan di akhirat. Kematian hanyalah satu perpindahan dari alam fana’ ke alam baqa’. Justeru berbuat kebajikan lah semasa masih hidup dan jangan sekali-kali melakukan kerosakan di bumi ini.”

‘Membuat kebajikan’ dan ‘tidak melakukan kerosakan’ bukan sekadar niat, kata-kata, dan harapan. Ia perlu dilaksanakan bersungguh-sungguh dan berstrategi. Sebagai contoh, ada yang berkata jika beliau memegang kuasa bermakna rakyat lah yang menjadi raja. Kuasa dikembalikan kepada rakyat. Kekayaan negara akan diagihkan samarata.

Samarata? Begitukah konsep keadilan? Jika demikian kenapa para pemimpin negara kita membuat agihan 30-40-30 dalam pegangan ekuiti negara ketika merancang DEB? Kenapa tidak diperuntukkan 65% ekuiti mesti dimiliki oleh orang Melayu & bumiputera berdasarkan populasi rakyat Malaysia tika itu (dan kini)?

Tidak adil lagikah apabila para pemimpin kaum India diletakkan sebagai calun BN di kawasan yang majoriti pengundi orang Melayu? Tahukah anda bahawa kita langsung tidak mempunyai kawasan yang mempunyai majoriti orang India? Bukankah peratusan kaum India di Malaysia lebih rendah berbanding pendatang asing?

Jika ‘hak, adil dan samarata’ nak diambil kira, maka semua kerusi yang pertandingkan pada PRU 1955 hendaklah diwakili oleh orang Melayu sahaja. Kaum cina tidak ada hak sama sekali dilantik menjadi calon. Sebaliknya mereka bukan sahaja menjadi calon malah diberi kemenangan pula oleh para pengundi yang sebahagian besar adalah orang Melayu.

Jika ‘hak, adil dan samarata’ nak diambil kira maka orang Melayu-bumiputera tidak boleh menggunakan banyak kemudahan yang kerajaan sediakan kerana mereka kurang memberi sumbangan dalam bentuk cukai.

Di sinilah perlunya tolak ansur. Inilah asas kita membina negara.

Negara kita adalah tanggungjawab kita.

9 comments:

C.H.E Dayat said...

salam tuan... kabare?

moga berada dalam keadaan sihat dan walafiat hendaknya.. maaf sudah lama saya tidak aktif di blog.. maklumlah sedang sibuk dgn tugas harian sebagai seorang siswa.. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

saya juga telah post article terbaru saya...

Hidayat Rashid

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

Conspiracy Theorist said...

Salam bro,

heheh..trpulang la nak pikiaq camna..itu hak masing2 tapi bagi saya terjahan tu kurang benar le kalo base atas feud Tun Dr.M & bro AnWar,.. camni le ya, saya sokong banyak pendapat Tun & hormat pada beliau sbg org tua yg banyak menabur khidmat dan budi pada org Melayu & rakyat Malaysia amnya.. thr is no perfect leaders but thr r great leaders.. every steps taken must be accountable to d Rakyat in General..ada gak benda yg dibuat tp tak leh di ketahui umum untk mengelak masaalah.. terlalu telus dan terbuka pun tak leh gak bro,.. as for bro AnWar, lets say i've been his follower b4 even tho i did not follow him by associating myself in politic tp sekadar pengikut org2 yg rapat ngan dia semasa dia TPM & di panggil Pak Sheikh,..heheh.. PLah pula dari semasa dia jd TPM gue dh tak suka cara administration dia n kehidupan peribadi dia ngan arwah isteri..tak yah kita hurai apa2 la bulan posa ni..masing2 ada pemikiran sendiri dan gue rasa bro juga bercampor ngan rakyat cina dan india masa kini dan apa pandangan depa..selamat brsahur dan brposa bro..apo nak dikato,..heheh..salam..(,")

p.s. terima kaseh melawat blog saya dan brtanya.. appreciate it bro..

Tai said...

Hello demang, selamat berpuasa no? Wah, cerita bagoih nampak. Apa yang tersirat?

Betoi tu, la ni format kena tukaq.

UMNO PARTI PENJARA said...

kadang2 adik pun kena mengalah jugak dengan abang..

bukan abang je yang nak kena mengalah ;-)




Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Gagak di Rimba said...

Salam,

Negara kita agaknya memang diasaskan pada konsep "tolak ansur". Sebab itulah dikatakan kita boleh hidup dalam aman dan harmoni.

Bagaimanapun, selama ini sebenarnya bangsa Melayu yang "terlebih" bertolak ansur.

Kita berikan mereka kuasa politik (kerakyatan) dan terima mereka sebagai sebahagian pemimpin kita.

Tapi sampai sekarang alangkah sukarnya orang Melayu hendak memasuki syarikat dan gedung perniagaan mereka. Kuasa politik yang kita berikan rupanya tidak dibalas dengan kuasa ekonomi (walaupun pada kadar yang berpatutan).

Tapi ini barangkali salah pemimpin Melayu juga yang dulunya "terlalu baik hari" dan "terlalu bertolak ansur".

Sekarang nasi sudah jadi bubur.

Tentang kesamarataan itu, pada hakikatnya dari segi politik, kita memang sudah berada dalam keadaaan "sama rata" dengan "mereka" sejak dulu lagi. Cuma kita ada raja, ada sedikit hak istimewa, dan PM pun sejak dulu orang Melayu.

Itu sahaja yang menunjukkan kita "lebih sedikit" daripada mereka. Tapi ini tidak semestinya kekal.

Kalau parti "mereka" menguasai parlimen dengan majoriti dua pertiga, mereka mungkin boleh meminda perlembagaan dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

Saya tak pasti raja Melayu masih berkuasa atau tidak. Tapi kalau tidak silap , kuasanya sudah dikurangkan dan dibataskan oleh Mahathir.

Jadi orang Melayu mungkin akan lari ke gunung atau ke hutan tidak lama lagi (itupun kalau hutan masih ada)!

Cheguman said...

Termenung Demang membaca luahan Gagak Di Rimba. Sememangnya keikhlasan itu penting dan bukan sekadar pengucapan semata-mata.

Masih adakah keikhlasan di zaman ini?

Kita tidak perlukan retorik dan fantasi, sebaliknya bergeraklah di alam nyata dengan penuh kesedaran.

Kuncinya?

Pertama; cintailah negara.
Kedua; sayangilah negara.
Ketiga; utamakan negara.
keempat dan seterusnya; NEGARA, NEGARA, NEGARA, NEGARA, ......

Kenapa?
Tanpa negara ini di mana nak kita pacakkan rumah ibadat? di mana nak kita berkumpul sesama kaum? di mana nak kita abadikan jenazah kita dan ahli keluarga kita? di mana kita nak menyambut perayaan? di mana kita nak berkasih sayang? di mana kita nak membesarkan anak-anak?

Mungkin negara ini tidak begitu hebat, tetapi ini lah yang kita ada.

Kalau bukan kita yang menjaganya, siapa lagi?

Jangan kerana marahkan pepijat maka kelampu nak dibakar.

tok janggut said...

Salam,
Artikel tuan ini mengingatkan saya pada kata-kata guru(pensyarah) saya dulu. Dia bertanya saya, kita nakkan keadilan atau keamanan? Secara spontan saya jwab nak keadilan lah, bila adil, kita akan aman. Itu kata aku.

Guruku kata tak, keadilan tak semestinya membawa keamanan.Contoh mudah yang diberikan ialah pembahagian duit kepada anak sekolah. Kalau nakkan keadilan, semua anak sekolah diberi duit 20 sen seorang. Adakah ini boleh membawa keamanan, darjah 1 diberi 20 sen, tingkatan 3 diberi 20 sen dan tingkatan 6 pun diberi 20 sen.

Sudah tentu mereka akan bertekak antara satu sama lain, yang abang pasti akan merampas hak adik kerana tak cukup duit.
Kesimpulan kita pilihlah keamanan dan bukannya keadilan.

Cheguman said...

Betul bebenor tu Tok Janggut. Org muda selalu berfikiran ideal dan mudah terumpan dgn janji2 muluk tanpa menyedari 'racun' di sebaliknya.

Salman Madani said...

Salam,

Walaupun orang Melayu dan parti Melayu(UMNO) selalu bertolak ansur, khabarnya dua parti komponen dalam BN (mungkin MCA dan Gerakan) sudah berkira-kira hendak meninggalkan UMNO.

Saya belum pasti kebenaran berita itu. Tapi kita nilailah sendiri "keikhlasan" mereka.

Memang dalam politik yang penting barangkali ialah "kepentingan"; bukan kesetiaan dalam berkawan?


http://gagak-dirimba.blgospot.com
http:// salman-madani.blogspot.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)