Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, November 22, 2008

Ratu lebah & Wasiat raja-raja melayu

Suatu masa dahulu Demang pernah teringin menternak lebah. Maka Demang pun membuat sedikit kajian tentang kehidupan lebah. Masa tu penggunaan internet belum dikenali lagi di negara kita. Jadi terpaksalah Demang mencari buku-buku.
Pada mulanya Demang hairan juga kenapa lebah-lebah itu tidak melarikan diri daripada tuan mereka. Padahal bukan dikuncipun ‘rumah’ mereka. Sepanjang masa lebah-lebah tersebut bebas keluar masuk bagi mencari manisan daripada kawasan berhampiran.
Rupa-rupanya untuk memelihara lebah kita tidak perlu mencari dan mengumpulkan sebanyak mungkin lebah dan mengurungnya. Kita juga tidak perlu mencari telur-telur lebah dan menetaskannya. Kita cuma perlu mendapatkan ratu lebah dan mengurungnya di suatu tempat dan tidak lama kemudian ribuan lebah akan mengabdikan diri padanya.
Lebah-lebah memang bersengat namun tidak sebisa tebuan tanah. Bagi menampung kelemahan ini maka mereka hidup bersatu-padu. Ratu lebah juga berasal daripada benih lebah biasa. Kemudian para lebah ‘otai’ mengasingkannya ke tempat khas dan diberi makan jeli raja (royal jelly) setiap hari. Hasilnya, lebah biasa tersebut bertukar menjadi ratu lebah.
Tugas utama ratu lebah ialah menghasilkan benih lebah: bertelur!
Ratu lebah berbentuk seperti lebah biasa tetapi saiznya besar sedikit. Oleh itu jika kita membelanya, ratu lebah tidak dapat melepaskan diri kerana lubang yang kita sediakan hanya muat untuk lebah biasa sahaja. Selagi ratu lebah terkurung di situ, para lebah akan setia mengabdi diri padanya.
Dalam komuniti lebah semuanya bekerja untuk satu tujuan: berbakti pada ratu. Namun, melangkaui daripada semua itu mereka sebenarnya memperkukuhkan komuniti mereka bagi kelangsungan hidup individu. Mereka tidak boleh hidup sendirian. Para lebah terbahagi kepada beberapa aras atau kategori seperti lebah pengawal dan lebah pekerja. Lebah-lebah pekerja mengangkut manisan daripada kawasan sekitar dan mengumpulnya di dalam tempat khas pada sarang. Itulah perbendaharaan negara mereka. Hasilnya mereka berbedak mengikut keperluan. Masing-masing dengan tugas mengikut kepandaian dan tanggung jawab yang telah ditentukan. Mereka juga bekerjasama membina dan menjaga sarang mereka daripada serangan musuh.
Lebah pekerja tidak boleh mengungkit betapa mereka bekerja lebih teruk dan sering ‘outstation’. Hasil yang dibawa pulang mesti dimasukkan ke dalam perbendaharaan sebelum diagihkan.
Demikianlah hebatnya perancangan Allah taala mengatur kehidupan. Kisah lebah ini Allah taala ceritakan di dalam Al-Quran untuk kita fikirkan dan jadikan pengajaran.
Itu kisah lebah.
Manusia adalah makhluk sosial yang hidup berkelompok. Begitu jugalah orang Melayu. Sebagaimana lazimnya kumpulan manusia lain maka dalam kelompok orang Melayu juga terdapat seorang ketua. Uniknya ketua, ke mana beliau pergi pasti akan dituruti para pengikutnya.

Apabila Parameswara berhijrah dari Palembang ke Temasik, kemudian ke Muar dan akhirnya sampai di Melaka; baginda tidak berseorangan. Begitu juga apabila Sultan Mahmud berundur ke Bentan kemudian ke Pahang, ke Kampar dan akhirnya bertapak di Johor para pengikutnya tetap setia. Di mana sahaja mereka berlabuh, di situlah kerajaan tertubuh. Sehinggakan Portugis dan Belanda gagal menguasai orang Melayu. Mereka sekadar berkubu di kota Melaka. Tidak berani keluar, sehingga suatu masa mereka hampir kebuluran.

Orang Melayu, selagi mereka bersatu mereka tidak akan melarat walau di mana mereka membangsat. Setiap penyatuan memerlukan ketua yang dilantik daripada kalangan manusia itu sendiri tetapi diberi keistimewaan tertentu agar tampak berbeza berbanding manusia biasa.

Raja adalah pusat penyatuan.

Siapa pula warganegara?

Warganegara ialah seseorang yang diterima menghuni Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957. Mereka bukan rakyat asal Tanah Melayu tetapi mendapat pengiktirafan melalui perlembagaan. Mereka diberi peluang untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) atau kembali ke negeri masing-masing.

Sebaliknya orang Melayu adalah rakyat kepada sultan dan tidak ada tempat lain lagi untuk pergi. Mahu tidak mahu, suka tidak suka maka inilah bumi orang Melayu.

Itulah sebabnya ada peribahasa “hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri...” Sebenarnya, tak kiralah, batu atau emas, inilah sahaja tanah air orang Melayu.
Berikut Demang salin semula wasiat yang Demang ‘pinjam’ dari blog sahabat Demang: http://paneh.blogspot.com (mula-mula pinjam, lepas tu buat macam harta sendiri).
Wasiat Raja-Raja Melayu pada 31 Ogos 1957

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan selamat sejahtera”.

“Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, Persekutuan Tanah Melayu (sekarang adalah Malaysia)”.

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

“Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu, harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara”.

“Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini”.

“Kami tetapkan Islam ialah agama Persekutuan”.

“Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan

“Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”.

Demikian wasiat yang Demang perolehi daripada blog sahabat Demang http://panehmiang.blogspot.com. Namun sejauh manakah wasiat tsbt KITA patuhi? Apabila Demang tulis ‘KITA’ bermakna termasuklah raja dan rakyat.

Sebenarnya kita masih boleh melakukan sesuatu demi perpaduan orang Melayu dan keharmonian semua kaum kerana Yang DiPertuan Agong adalah ketua negara.

9 comments:

Che Moq™ said...

salam,

wah cheguman..betul2 bisa macam tebuan tanah..memang benar wasiat raja2 melayu...tapi sekarang wasiat tula yang ditentang cina dan ditolong melayu dalam pkr

mountdweller said...

Sdr.ku demang, salam buat tuan.

Dua perkara di bawah yang meragukan saya,

Wasiat kedua:
“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Dalam bab wasiat kedua di atas, adakah perkara itu masih kekal atau sudah berkurangan\terhakis. Kalau berkurangan siapakah yang sepatutnya dipertanggung jawabkan?

Wasiat ketujuh:
“Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”.

Innlah yang cuba dicubit sedikit demi sedikit dari merdeka sehingga kini. Dan sekarang ini lebih lantang lagi.

Kedua-dua perkara yang penting ini apakah kuasa yang ada pada Raja-raja Melayu untuk mempertahankanya selagi semua perkara mesti melalui penasihat ia itu PM?

Dan apakah akan jadinya nanti sekiranya pada suatu masa PM dari bukan melayu terlantik dengan suara majoriti sebagaimana kata Mahathir?

Panglima Perang Cyber said...

sayang jika ada kurang 'berfikir' tentang nasihat Demang !!

paneh said...

salam demang,

selamat subuh. masalah kita sekarang ni ialah bagaimana kita nak minta secara berhemah kepada Raja-Raja untuk menjalankan tanggungjawab mereka melindungi hak probumi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. pasti agak kurang sopan jika kita kelihatan seolah2 mengingatkan atau menyuruh raja utk laksanakan tanggungjawab.

utk saudara mountdweller, jumlah tanah itu memang semakin berkurangan tetapi bersebab. cuba kaji peristiwa2 yang belaku dalam tempoh 10 tahun bersyarat merdeka yang dibuat oleh british. rasanya ada kami terangkan dalam artikel terdahulu di blog kami.

walaupun pm kita akan dtg bukan melayu, namun perkara 3, 152, 153 dan 181 tetap akan kekal dalam perlembagaan persekutuan kerana ia masih tertakluk di bawah kuasa raja2 utk melindunginya dan majlis raja2 tidak boleh dibubarkan sampai bila2. perkara ini juga pernah kami sentuh dalam blog kami.

kadang2 orang bukan melayu ni lupa perbezaan mereka antara mereka sbg warganegara dan pribumi Melayu sbg rakyat raja. jika pada masa hadapan, 2/3 daripada perkara2 yang termaktub dlm perlembagaan dirombak terutama yang melibatkan hak melayu, maka mengikut perjanjian asal sblm merdeka dulu, british akan menyerahkan kembali negara ini kepada Raja-Raja Melayu dan orang bukan Melayu akan kembali kepada status asal iaitu pendatang tanpa taraf kerakyatan. agak2 siapa yang akan rugi ketika itu?

mountdweller said...
This comment has been removed by the author.
Demang Lebar Daun said...

Chemoq,
Selepas ditegur oleh seorang sahabat blogger dalam satu komen beberapa bulan lepas, saya seboleh mungkin tidak mahu menyenetuh kaum lain. Termasuklah mengungkit status kerakyatan sesama warga bumi bertuah ini. Namun ada kalanya kita perlu berterus terang dan memperjelaskan realiti sebenar.

Saya harap pengunjung bukan Melayu bersikap terbukaengan penerangan saya.

Demang Lebar Daun said...

Mountdweller,
Perlantikan PM adalah atas budi bicara Agong. Namun secara praktisnya tentulah melalui proses demokrasi sebagaimana lazim di negara kita. Bagi saya amaran TDM tersebut adalah cabaran utk kita merapatkan saf perpaduan ummah.

Komen sdra sebenarnya satu peringatan yang perlu dipandang serius.

Insya-Allah kita mampu mengekangnya.

Demang Lebar Daun said...

Paneh,
Terima kasih atas penerangan tersebut. Saya tahu saudara mempunyai pengetahuan yang lebih terperinci mengenainya.

Demang Lebar Daun said...

Panglima,
Bila tarikh persidangan berikutnya?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)