Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, November 18, 2008

Tegur-menegur

Kereta Iswara dengan nombor pendaftaran MBA1?63 itu membelok dan masuk ke garaj. Rumahnya barangkali. Demang yang mengekor di belakangnya terpaksa berhenti sebentar akibat lorong yang sempit.

Sejak tadi lagi Demang tahu yang pemandunya seorang lelaki bersama dua orang kanak-kanak berada di dalamnya. Yang menarik perhatian Demang pada kereta sejenis dengan kereta yang dipandu Demang itu ialah nombor pendaftarannya.

"Apakah nombor yang tertanggal itu agaknya?" fikir Demang.

Demang tahu, untuk menggantikan plat nombor kereta tidak sampai pun RM20. Demang juga tahu, jika ditahan polis samannya boleh mencecah RM200. Maka Demang berbelah bagi samada hendak menegur lelaki itu atau membiarkan sahaja.

Jika ditegur, pastilah Demang mendapat ucapan terima kasih, dan sedikit pahala. Namun Demang terpaksa keluar dari kereta terlebih dulu dan mungkin menghalang kenderaan lain memandangkan lorong tersebut agak sempit.

Akhirnya Demang mengambil keputusan untuk berlalu begitu sahaja. Bagi memujuk hati, Demang andaikan yang lelaki itu akan sedar sendiri 'kecacatan' plat keretanya. Jika tidak, dia akan disaman dan duit tersebut akan dikumpul kerajaan. Sebahagian daripadanya akan menjadi sumber gaji kakitangan awam, termasuk Demang.

Cukupkah sekadar itu tindakan kita?

Menegur di dalam hati adalah selemah-lemah iman. (maksud hadis)

13 comments:

BUJANG SENANG said...

demang,

ko kene ingat bujang senang sekarang sudah b'tmadun tau...

dok lam sungai pun boleh access wifi..wakakakaka

Sedingin Salju said...

kalau dapat, tegoklah dia secara berhemah encik.

Muhammad Azli Shukri said...

sekurang2nya kita ada kesedaran..

Demang Lebar Daun said...

bujangsenang,
buaya makan anak sendiri tak? Manusia boleh makan apa saja, tau?

sedinginsalju,
Betul tu.

Demang Lebar Daun said...

Azli,
Betul. Itu sebab nabi kata selemah-lemah iman. Masih beriman,tapi lemah le.... macam lampu suluh yg dah nak abis bateri.

Lain kali saya akan tegur.

mountdweller said...

Salam demang.

Pertamanya saya puji demang kerana berhemah. fikirkan kenderaan yang akan terhalang. Itu sikap yang baik dan terpuji

Keduanya saya puji demang kerana prihatin terhadap kemungkinan kerugian orang lain kalau disaman tetapi malangnya demang tidak dapat menyedarkan pemandu itu. Walau apa pun kesedaran untuk tegur menegur itu adalah juga sifat terpuji.

Doakan demang hidup dalam keberkatan. Insya Allah.

Demang Lebar Daun said...

mountdweller,
Terima kasih. Sebenarnya saya teringat peristiwa ditahan polis di Tanjung Malim 2-3 tahun yg lalu. Nasib baik polis tu baik. Dia pegang lesen saya dan suruh saya pergi betulkan kat kedai berdekatan. Kosnya, RM13. Kemudian, saya kembali ke tempat 'roadblock' tersebut utk mengambillesen saya semula. Tu sebab saya tahu bayaran saman tu. Setiap kali saya lihat plat kenderaan 'cacat'saya akan teringat polis yg baik tu, termasuklah dalam peristiwa ini.

Che Moq™ said...

salam cheguman,

mungkin pengalaman cheguman kena tahan tu yang buat fobia tengok no plate kereta orang lain yang hilang serinya satu no tertanggal.hehe..bagus juga cheguman tegur.mana la tau jika baik dan murni caranya dia sedar.kalau dia kata menyibuk, biarlah kesedaran ni cheguman diamkan kerana niat baik. mungkin cheguman la yang dia akan ingat saat polis tahan nanti.silap2 bawa mimpi..hehe

Demang Lebar Daun said...

Chemoq,
Ada satu lagi yg Dmg risau, kang ada kaki nombor yg sibuk sms Dmg mintak nombor yg tertanggal tu. Boleh, tapi kalu menang, bagi Dmg 25%.

mimpi916 said...

Demang..

Terlalu ramai polis yang baik dan ikhlas bekerja & mereka ni boleh di andaikan mendapat pahala seharian dengan kerja yang ikhlas..

Hanya segelintir dari anggota mereka yang berperangai buruk..

Tapi ada sesetengah pihak, mereka melontarkan pelbagai tuduhan kepada institusi kepolisan. Dan tak ada sedikit pun pujian (bukan mengharap sebenarnya)..

mf said...

TRIMA KASIH.

Demang Lebar Daun said...
This comment has been removed by the author.
Demang Lebar Daun said...

Mimpi916, MF, dan semua pengunjung,

Ada beberapa org teman dan saudara saya yg bertugas sbg polis. Saya ada beberapa kisah yg menunjukkan anggapan org ramai terhadap polis tidak betul. Memang ada yg mengambil rasuah tetapi ada juga disangka mengambil rasuah kerana melihat pada cara hidup mereka namun sebenarnya tidak. Ramai yg membuat perniagaan sendiri melalui isteri yg tidak bekerja.

Sementara itu, baru kejap tadi Iswara saya dilanggar oleh seseorg. Saya undur, dia pun undur. Saya hon, dia tak dengar. Hon lagi sekali, berdentum... tak sempat nak buat apa-apa. Lampu depan saya pecah sebelah.

Dia minta maaf, saya kata saya maafkan tetapi dia kenalah ganti lampu depan saya tu. Dia kata cuma ada RM20. Saya kata, takkan cukup RM20 tu. Saya kata, kalau tiada wang sekarang, lain kali pun boleh, tapi saya nak abang dia (dia kata dia pinjam kereta abang dia) datang waktu tu jugak utk jamin supaya dia tak hilangkan diri.

Dia kata dia tak ada nombor telefon abang dia tu. Saya call kawan saya yg ada bengkel kereta (dak Syam yg saya pernah cerita dulu tu, dalam artikal: Enterpreneurship). Dia beritahu saya harga lampu tu yg tulen RM200 lebih. Kalau tiruan, RM100.

Saya mintak kat budak tu RM100. Katanya tak ada duit. Cuma ada RM50. (tadi dia kata ada RM20 je).

Akhirnya, mahu tak mahu, saya ambik je RM50 tu dan dia janji nak bagi baki RM50 lagi esoknya.

Entahlah. Saya call nombor hp yg diberi pun tak berangkat tadi.

Tapi saya ingat Melaka ni tak lah besar sangat...

Ujian lagi...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)