Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, January 29, 2009

Surat kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

'Posting' Demang kali ini memang lain dari yang lain. Maksud Demang belum pernah Demang tulis begini dalam waadat. Memangpun... Surat ini sepatutnya Demang hantar ke http://www.aim.gov.my/~cms/HubungiKami/Pertanyaan.htm# namun setelah penat menulis, sebagaimana laman web 'formal' yang lain, ia tak boleh dihantar. Biasala tu...

Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah Demang mengutuskan surat ini melalui oarang tengah iaitu para pengunjung setia blog Waadat ini. Demang telah berusaha untuk tidak men'glemor'kan isu ini. Biarlah kita selesaikan tanpa memaparkan kelemahan orang lain. Namun Demang tiada pilihan yang sesuai. Maaflah, Demang agak sibuk untuk mencari pejabat AIM dan menyerahkan surat ini.

Salam,
Pertama sekali saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha pihak AIM dalam membantu golongan termiskin meningkatkan taraf hidup mereka di negara yang kita cintai ini. Semoga usaha dan hasrat murni pihak tuan diberi ganjaran pahala oleh Tuhan.

Untuk tidak memanjangkan tulisan ini, saya ingin menarik perhatian pihak AIM dalam beberapa perkara, iaitu:

1) Kadar faedah yang dikenakan iaitu 10% adalah agak tinggi sedangkan pihak AIM sendiri mengakui kadar bayaran balik melebihi 90%. Hal ini bermakna hampir tiada risiko kerugian di pihak AIM. Alhamdulillah.

2) Kadar faedah yang tetap adalah bertentangan dengan hukum syara' dan sememangnya memberi kelebihan pada sebelah pihak sahaja yakni AIM. Para peserta menanggung risiko sendirian. Pihak AIM mengutip baki hutang mengikut jadual yang ditetapkan dan kegagalan berbuat demikian akan ditanggung oleh peserta lain dalam kumpulan mereka.

3) Modul bimbingan terhadap peserta tidak jelas dan mesyuarat mingguan lebih tertumpu pada aktiviti mengutip hutang secara berkelompok. Para peserta tidak dibimbing (coaching) dalam aktiviti ekonomi mereka.

Berdasarkan perkara di atas saya ingin mencadangkan:

1) Perkongsian lebih adil antara pemodal/pemberi pinjaman dengan pengusaha/peminjam.

2) Risiko perniagaan ditanggung bersama antara pemodal/pemberi pinjaman dengan pengusaha/peminjam.

3) Faedah tetap digantikan dengan perkongsian untung sebagaimana perkara 1 dan 2 di atas. ‘Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah’.

4) Melalui program perkongsian untung, pihak AIM akan bertindak selaku 'coach' atau 'mentor' kepada sekumpulan pengusaha kecil. Pihak AIM menyediakan modal dan kepakaran manakala rakyat termiskin yang menjadi peserta menggunakan tenaga dan kemahiran mereka bagi memperolehi keuntungan. Hasilnya, kedua-dua pihak akan sama-sama bantu-membantu bagi mencapai kejayaan dan menghindari kerugian.

Apa yang berlaku sekarang ialah pihak AIM berusaha mendapatkan peserta, meneliti permohonan dan meluluskan pinjaman. Kemudian pihak AIM menyediakan jadual pembayaran berserta faedah tetap 10%. Sekiranya individu tersebut gagal membuat bayaran maka ahli kumpulannya akan bekerjasama melunaskan hutang tersebut. Secara teori, cara begitu memang bagus bagi menggalakkan semua peserta bekerjasama. Namun dalam praktisnya peserta yang benar-benar tidak mampu membayar akan teraniaya. Dia akan dipulaukan dan para peserta lain akan marah kepadanya. Hal ini adalah lumrah kerana siapapun pasti akan marah apabila terpaksa membayar hutang orang.

Saya sedar, mungkin cadangan ini agak sukar dilaksanakan. Namun saya juga percaya apabila Allah mengharamkan riba’ pasti ada hikmahnya. Saya percaya pasti ada cara yang lebih menguntungkan kedua-dua pihak dalam program AIM ini. Sudah tentu pihak AIM yang didukungi tenaga profesional mempunyai idea yang lebih baik daripada idea mentah saya tadi.

Saya berharap pandangan saya ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Saya amat mengalu-alukan respon daripada pihak tuan dan bersedia untuk berbincang lebih terperinci.

Semoga usaha kita diberkati Tuhan.

Terima kasih.

16 comments:

Cheguman said...

Minta tolong sahabat-sahabat panjangkan perkara ini. Saya nampak dah macam 'along' lak AIM ni.

PasMuda said...

Salam, demang...

Mmg benar apa yg demang nyatakan.

Jom kita poskan surat ni ke AIM...

paneh said...

Salam tuan,

Bagus surat ini perlu dipanjangkan ke pihak pengurusan AIM.

MyIdea said...

Salam..

Isu ni dah lama.. lebih2 lagi bab 10% bunga tu..

Lebih mahal dari Tekun (4%) - Baru diturunkan dari 8% asalnya.

Mara (4%) - Banyak songeh nk dapatkan loan Mara.

Apa kata Cikguman antar surat ni kpg akhbar harian..

Wassalam...

Cheguman said...

Ada seorang sahabat bisikkan pada Demang. AIM ini ditubuhkan semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dulu. Agaknya dia terlepas pandang.

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Kalau 10% macam Ah Long bertauliah pulak AIM ni.

Saya harap Cheguman berjaya sampaikan hasrat pada AIM ni, InsyaAllah.

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh chegu man,


salma hormat,

elana_yusuf said...

Salam, Demang...

Betul apa yang dikatakan. Baru aje tadi saya nak hantarkan 'rasa kecewa' kepada pihak AIM..tapi bertambah kecewa...biasalahkan...faham2 aje lah...nak hantar through email lagi lah...tak tahu nak mengadu kat siapa..nanti hantar kat tv3 lagi lah kecoh..Banyak kelemahan AIM yang saya nampak..saya pun baru masuk 4 bulan tapi dah nak keluar dah pun..itupun kene pulau dek sahabat2..lebih2 lagi ketua pusat yang suaminya penagih dadah..dari isu interest yang tinggi..sehinggalah pemilihan ketua pusat yang tak efisyen..mesuarat mingguan pula lebih kepada bayar 'hutang'..tak ada bende yang economicial langsung..apatah lagi untuk conduct orang2 kampung ni ke arah yang lebih baik dalam menjadi usahawan. Ada juga 'cikgu' yang suka menipu rekod kedatangan sahabat dengan mengatakan mereka 'sakit' seterusnya mengadakan ijab kabul untuk memberi pinjaman..sudahlah menipu dalam merekodkan kedatangan..bersaksikan Allah pula tuh..manusia jenis apa agaknya mereka ni...(alasan 'cikgu' supaya yang mana pinjaman dah diluluskan boleh diserahkan dengan segera)..macam2...

Anonymous said...

saya refer kawan saya yg pernah bersama aim. dia kata : caj yang dikenakan kepada peminjam adalah betul berasaskan pengiraan yang dibuat mengikut standard microfinance internasinal. rujuk cashpor inc.

berkaitan riba : panel syariaah yang dilantik mempersetujui angka tersebut berasaskan kos yang ditanggung di dalam operasi. rujuk kitab kuning makna riba.

tekun 4 % disebabkan oleh admin kos ditanggung oleh kerajaan malaysia.sedangkan kos operasi aim ditanggung sendiri.

ahlikaji@UM said...

saya berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam kes anda. Tujuan saya adalah untuk kajian ke atas keberkesanan AIM terhadap menolong golongan berpendapatan rendah. Sekiranya anda atau mana-mana ahli AIM yang boleh menyumbang kepada kajian ini sila SMS ke no 018-2595229. Terima kasih!

Anonymous said...

Assalamualaikum..... sy pn setuju AIM along berdaftar..... sy dh decide nk kuar dr bln 4, nk buat bayaran lumsump... cikgu aim kt buat byran m biasa...tmt bln 6 ni...blh kuar...tp bl dh abs bayar...p naik pejabat aim mnya,borang keluar cikgu pl kt mesin rosak x boleh photostat....nmpk mcm berdrama je...x nk bg org kuar ke?...sy kecewa dgn sikap cikgu yg x pro....x kan borang nk kuar x de...sampai ni in fotostat segala..nmpok sgt berbohong...bulan puasa berbohong.... tanggung dosa tu.menyusahkan ulang alik p pejabat aim semata2 nk borg je...kena tunggu lg..

Anonymous said...

Sy bru mhon utk aim. Tp mcm sush sgt nk dpt. Cikgu yg mguruskn amik ambil Lewa .blum dpt pnjman tp da mtk wet tok pkre lain. Dtg tiap2 mgu tp mcm x berbaloi je. Sy da pnt ikot karenah cikgu tu.so sy pk baik tarik diri awal2. sblom lg skit ati ngan pgurusan aim ni.

Unknown said...

Salam semua. Macam mana nak selesaikan semua ni keluarga saya diibarat ditidas oleh amanah ikhtiar. Sesapa boleh bantu pm saya

Anonymous said...

Demang cadangkan agar AIM diletakkan di bawah kementerian tertentu seperti pembangunan kuar bandar atau sebagainya. Macam Tekun. Pengalaman kutipan berkesan aim perlu diteruskan dengan penambahbaikan. Jangan hanya bagi pinjaman bahkan bimbinglah peserta dengan ikhlas.

Anonymous said...

saya rasa aim sudah lari dari tujuan asal untuk menbantu masyakat miskin.harus diingat wujudnya aim kerana adanya sahabat.saya membuat pembiayaan dari aim pada april 2015.malangnya jumlah pembiyaan yang saya dapat short(kurang) sebanyak rm 1200.setelah masalah ini diajukan pada pihak aim,pihak aim mengaku terdapat kesilapan.saya memohon pihak aim ganti balik jumlah yg kurang itu tetapi sampai sekarang masalah ini belum selesai,sedangkan saya perlu membayar balik pinjaman setiap minggu dengan jumlah penuh.bila ditanya pihak aim suruh saya saya bersabar kerana kes masih dalam siasatan.lima bulan menuggu satu masa yang panjang utk kes seperti ini.jadi wajarkah perkara ini berlaku.caj yg dikenakan 10% tetapi pengurusan macam siput.

Anonymous said...

Mohon pihak aim ambil tindakan untuk Bantu ahli yang Ada masalah pembayaran setiap minggu.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)