Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, February 7, 2009

Warkah untuk semua blogger: Masa untuk berdamai

Saban hari kita melihat umat Islam dikerkah di sana sini. Kempen-kempen yang menghina Islam dan ummatnya bertaburan melalui semua saluran media. Para pendakyah berkeliaran dengan pelbagai modus operandi bagi memujuk dan membeli hati anak-anak orang Islam. Para pemimpin serata dunia berkomplot dan akhirnya bersepakat menghalakan busur mereka terhadap satu demi satu pergerakan Islam. Kes-kes seperti serangan, keganasan, pengeboman, program nuklear walaupun sebagai sumber tenaga), dan sebagainya menjadi modal bagi mengecam dan membangkitkan kebencian terhadap ummat Islam. Padahal jika perkara itu dilakukan oleh orang lain ia akan dlayan dengan cara berbeza.

Maka seluruh saluran media digembeleng bagi memfokuskan betapa Islam itu racun yang merosakkan dan perlu dimusnahkan. Ummat Islam adalah makhluk yang perlu dicurigai dan wajar dihindari. Demikian buruknya persepsi dunia terhadap Islam.

Sepatutnya, segala macam musibah dan cabaran yang menimpa ummat Islam itu menjadi alasan kukuh untuk ummat Islam bersatu. Namun itu bukan sahaja tidak dijelmakan malah ummat Islam dilihat semakin bertelagah dan bersengketa sesama sendiri. Pelbagai alasan digunakan untuk saling memusuhi sesama Islam. Tidak cukup dengan berdengki khianat dalam ekonomi, perbezaan politik dijadikan alasan untuk berpecah-belah. Malah perbezaan dalam beribadat kepada Allah juga dipertengkarkan sedangkan tiada siapapun yang tahu adakah amalannya itu diterima Allah?

Bagi yang berilmu, ramai yang angkuh dengan kehebatan ilmu sendiri dan enggan menerima sebarang perbezaan pendapat. Masing-masing berkeyakinan bahawa diri sendirilah yang paling benar. Namun dalam pada itupun tidak pula malu dan segan mengumpul pengikut dan penyokong. Akhirnya masing-masing mendapat sekumpulan pengikut yang tidak mampu menjana fikiran sendiri. Mereka sekadar menjadi pak turut secara membabi buta. Mereka mempertaruhkan keintelektualan, fizikal, emosi, malah rohani mereka untuk menyokong fahaman pemimpin masing-masing.

Rupa-rupanya segala penindasan, kecaman, malah penghinaan yang dikenakan ke atas ummat Islam tidak menjadikan ummat Islam serik dan bersatu.

Ironinya, kendatipun pernyataan di atas tadi diketahui dan disedari sungguh-sungguh oleh kita semua namun apakah tindakan positif yang telah kita ambil? Adakah cukup dengan hanya berfikir secara positif bagi mententeramkan hati sendiri? Atau kita telah membuat keputusan bahawa inilah takdir yang perlu kita hadapi? Lebih menyedihkan ialah apabila ummat Islam di negara ini turut mengambil bahagian dalam pertelingkahan dan perseteruan sesama sendiri.

Siapa? Siapa lagi jika bukan kita sendiri. Kitalah manusia hipokrit yang berkokok ke segenap ceruk blog dan web meneriakkan kebenaran. Padahal kitalah yang mencalitkan najis di sana sini. Kita menyangka yang kita sedang menyatukan padahal kitalah antara penyumbang utama pada bibit perpecahan. Malah kita juga yang menyemarakkan api kemarahan.

Kebenaran. Semua orang memperjuangkan kebenaran padahal kita sebenarnya hanya memberitahu sesuatu yang kita nampak dari tempat kita berdiri. Itulah makna ' pendirian' yang kata dasarnya ialah 'diri'. Kemudiannya dikembangkan menjadi 'berdiri', akhirnya menjadi 'pendirian'. Dan kitapun dengan angkuh mencanangkan pendirian itu dan berbangga mengaku bahawa 'inilah pendirian aku.'

Bagi saya, Inilah masanya untuk kita berdamai dan bersatu. Jika sebelum ini penyatuan ini masih gagal, saya percaya kita sudah tidak punya alasan untuk membiarkan ia gagal sekali lagi. Untuk penyatuan kali ini masing-masing tidak perlu menunggu persetujuan dan kebenaran sesiapa. Masing-masing dibekalkan Allah intelektual, fizikal, emosi, dan rohani sendiri-sendiri. Sekarang masing-masing berada dalam bulatan Islam. Pusat penyatuan kini berada di tengah-tengah. Apa yang perlu dibuat ialah melangkah dan bergerak ke pusat penyatuan yang terletak di tengah-tengah itu. Tiada sesiapa lagi yang perlu menungggu atau ditunggu. Tiada sesiapa lagi yang perlu menyuruh dan disuruh. Saya sedang melakukannya sekarang. Saya tidak akan menununggu sesiapa apatah lagi meminta kebenaran sesiapa kerana saya yakin semua orang mempunyai hasrat yang sama seperti saya.

Saya juga tidak mengharapkan yang saya akan berjaya kerana kejayaan itu di luar kemampuan dan pengetahuan saya. Setakat ini saya hanya mampu melakukannya.


Wallahu 'alam.

7 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Berdamailah antara kita, satu satunya cara yang akan membawa ketenangan pada jiwa kita.

WaAllahuAlam.

Panglima Perang Cyber said...

Keputusan Chegu saya sangat hormati dan BPN terbuka untuk datang dan pergi.

Sesiapa tidak dipaksa kekal atau dihalang pergi di dalam team BPN.

Kita sekadar menjadi saksi bahawa perpaduan blogger akan menjadi titik kepada perpaduan ummah.

Blogger yang membela nasib agama bangsa dan negara.

Blogger yang menentang maruah agama diliwat sesuka hati.

Blogger yang berjuang bukan kerana mahukan nama atau jawatan atau apa apa jua hasil pendapatan.

Terima kasih atas cadangan dan sumbangan Cheguman.

Kesediaan menjadi ahli bpn juga satu penghargaan..

Moga Allah merahmati dan memberikan ketenangan jiwa dan minda kepada semua yang mencurahkan nikmat Allah ke jalan jihad siber ini..

sumandak bayu said...

Setuju dengan cadangan cheguman... apa yang berlaku selama ni hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu... sampai bila kita nak berbalah..

Macam Pang5 kata...
"Kita sekadar menjadi saksi bahawa perpaduan blogger akan menjadi titi kepada perpaduan ummah"....

Mari kita renungi bersama.....

PasMuda said...

Dlm BPN, kita sehati sejiwa & mampu berdamai walau berbeza parti. Tp apa yg kita perlu lakukan agar BPN lbh dihormati & tidak dimusuhi oleh blogger lain yg sebangsa seagama dgn kita?

Adakah kita mahu bangsa & agama kita dipijak2 disbbkan kita semua hanya mementingkan politik lbh dr mementingkan agama & bangsa?

Moga kita menemui titik baru dlm perjalanan kita utk membawa perubahan yg lbh baik utk agama, bangsa & negara.

Amin...

Demang Lebar Daun said...

Terharu Demang membaca respon sahabat-sahabat terhadap seruan perdamaian ini. Terima kasih Makcik Melayu Angkat selaku blogger bebas atas respon positif tadi. Tahniah kepada Panglima yang mengetuai Barisan Blogger Pembela Negara (BPN) kerana menyambut baik cadangan Demang. Begitu juga Sumandak Bayu dan PASMUDA yang merupakan orang kuat BPN. Yang membuatkan Demang terharu ialah kerana situasi politik negara waktu ini menunjukkan kemenangan pada pihak yang menyokong kerajaan; justeru BPN kini berada di pihak yang menang dan mampu membuat keputusan samada untuk berdamai atau tidak. Ternyata BPN mengambil langkah positif apabila bersetuju dengan seruan Demang untuk berdamai.

Sekarang Demang menunggu pihak blogger yang simpati kepada pembangkang pula memberikan respon. Demang percaya ramai dari kalangan mereka sudah mengunjungi blog ini dan sempat membaca artikal ini. Demang juga percaya meskipun mereka tidak meninggalkan komen yang menyokong seruan Demang namun dengan tiadanya respon negatif yang ditinggalkan, bermakna seruan ini sedang dipertimbangkan, atau sekurang-kurangnya mereka sedia memberi laluan pada usaha ini.

Terima kasih semua.

rantong said...

Sekadar berpesan-pesan. Doa mengelakkan daripada difitnah orang.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari orang-orang yang kafir." Surah Yunus, ayat 85 dan 86
View Profile: Rantong

Sedingin Salju said...

ya encik, saya menyokong saranan encik. Berdamailah terutamanya orang melayu. Ini amat penting sekali.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)