Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, March 11, 2009

Isu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris



Gerakan Munir tampak semakin lemah. Raihan masih berusaha memutuskan tali yang berbelit ditubuh sahabatnya itu. Buih-buih halus yang keluar dari rongga Munir semakin berkurangan. Sedari tadi lagi Munir sudah beberapa kali memberi isyarat pada Raihan agar meninggalkannya sendirian. Namun Raihan tidak tergamak. Selagi mampu, tubuh Munir akan dilepaskan dan dijuakkan ke permukaan.

Berada pada kedalaman 60 kaki di dasar tasik bukanlah perkara yang asing bagi mereka. Namun keadaan kali ini memang berbeza. Besi padu dari runtuhan jeti di tebing tasik telah menghempap kaki Munir. Tali-tali kecil yang melurut bersama tiang itu membelit tubuh Munir menyebabkan ia tidak boleh melepaskan diri. Kini tangki oksigen Munir juga sudah kontang. Tangki kepunyaan Raihan juga sudah semakin susut dan akan kehabisan bila-bila masa sahaja. Tali sial yang membelit tubuh Munir belum dapat dirungkai, malah semakin utuh apabila batang besi itu berinsut.

Raihan memandang wajah sahabatnya dengan sayu. Dia sedar, tidak ada apa lagi yang boleh dilakukannya. Dia harus naik ke permukaan sekarang. Jika tidak, mayat mereka berdualah yang akan dinaikkan oleh orang lain nanti. Tegarkah Raihan meninggalkan Munir yang masih bernyawa itu? Mahu tidak mahu itulah keputusan yang sedang diambil Raihan kini.


.....................

Demikianlah sukarnya membuat keputusan. Barangkali itulah yang dirasakan para pejuang bahasa Melayu yang mengusung keranda 152 dalam demonstrasi di Istana Negara kelmarin. Itu jugalah perasaan yang turut dikongsi oleh saya dalam isu PPSMI ini. Seperti mengulum buah Simalakarma, ditelan mati emak diluah mati bapa.

Dalam keadaan begini kita perlu kembali pada realiti. Kerajaan bukan suka-suka hendak mengusik sensitiviti orang Melayu. Kerajaan bukan sekali-kali hendak membunuh bahasa Melayu. Malah Bahasa Melayu tidak akan mati dek penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Kerajaan boleh sahaja membuat keputusan yang popular dengan membatalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains & Matematik sebagaimana kerajaaan membatalkan permit kerja 70 ribu pekerja Bangladesh setelah banyak pihak mendesak. Kerajaan boleh sahaja mengubah keputusan membenarkan kenaikan tol tidak sampai 12 jam setelah kenaikan diumumkan.

Kerajaan tidak berdegil semata-mata kerana egois atau angkuh.

Kenyataannya, apapun bahasa yang digunakan dalam pengajaran kedua-dua subjek tersebut hanya sebahagian kecil sahaja pelajar yang akan lulus dengan cemerlang. Sebahagian besar pelajar hanya akan memperolehi keputusan sederhana sahaja. Jika tidak percaya, tanyakan pada orang sekeliling anda yang belajar Sains dan Matematik menggunakan bahasa Melayu.

Kitapun tidak mengimpikan semua rakyat cemerlang dalam Sains dan Matematik. Itu hanya fantasi.

Sebahagian besar pelajar akan menyertai bidang teknikal, agama, sastera, pertanian, dan sebagainya. Dalam pada itu penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris akan lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Sebagai contoh, kita berharap akan memperolehi ilmuan Islam yang mahir dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Soalan kedua, adakah bahasa Melayu akan pupus dengan perlaksanaan PPSMI? Tidak. Sebagaimana yang dinyatakan tadi hanya sebahagian kecil sahaja akan meneruskan pelajaran di universiti dalam bidang Sains dan Matematik sebagaimana juga yang berlaku sebelum ini.

Soalan ketiga, adakah pelajar Melayu terutama di luar bandar akan menjadi korban? Jangan lupa, jika pelajar Melayu terpaksa belajar dua bahasa, pelajar cina perlu belajar tiga bahasa termasuk bahasa ibunda mereka. Jika diikutkan kaum Cina lah yang akan membantah PPSMI ini.

Bagi pelajar Melayu di luar bandar, melalui PPSMI lah mereka mempunyai masa tambahan untuk berbahasa Inggeris. Selain dari waktu itu, mereka akan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Mereka tidak seperti rakan-rakan yang lahir dalam keluarga yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris di rumah. Mereka juga kurang didedahkan dengan interaksi dan komunikasi luar menggunakan bahasa Inggeris. Hanya di sekolah sahaja tempat mereka memberikan perhatian pada bahasa tersebut. Kita tidak mahu mereka semakin ketinggalan.

Soalan keempat, kenapa tidak kita asingkan pelajar yang ingin berbahasa Inggeris dengan yang 'tidak mampu'? Jawabnya, kerajaan (Tun DrM) tidak mahu bersikap tidak adil. Mereka mahu membuka peluang kepada semua rakyat tanpa mengira darjat. Malah jika kerajaan mengasingkan pelajar berbahasa Inggeris dengan yang berbahasa Melayu, pihak pembangkang tentu akan mendakwa bahawa kerajaan memang zalim.

Pembangkang memang begitu.

Apapun, Demang ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Sasterawan Negara A. Samad Said kerana memainkan peranan dengan baik. Adalah menjadi tanggungjawab beliau dan orang seperti beliau untuk mengingatkan kerajaan supaya tidak tersilap membuat keputusan.

16 comments:

TokMudim said...

Aku sokong PPSMI diperkasakan.

Kerja nak mansuhkan tu kerja politik jalanan...cari mencari kesempatn.

Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.

nadz said...

terima kasih di atas kupasan cheguman yang sememangnya bernas ttg isu ppsmi.

bagi teman ppsmi sememangnya bagus tidak kira kepada golongan luar bandar mahupun di dalam bandar. teman sempat bertanya kepada rakan² teman ttg ppsmi, mmg bagi golongan 'malas belajar' seringkali merungut ttg ppsmi..tapi bagi rakan teman yang mahukan ilmu,ppsmi bukanlah 1 isu yang perlu dipolitikkan malah perlu diteruskan.

teruslah menyokong ppsmi..bahasa melayu tidak akan hilang dek arus pemodenan...

Ikhwan Fikri said...

terima kasih atas komen saudara cheguman pada posting saya..

Bagi sy, sy berpendapat, memandangkan jumlah bahan ilmiah yang kurang dalam bahasa melayu, maka PPSMI patut diteruskan, sy sebagai pelajar menyambut baik kerana ketikdakseragaman dwi bahasa (dari inggeris ke bahasa melayu) dari segi istilah, agak luas.. tambahan pula pengalaman sy sekarang menjalani praktikal di sebuah kilang memerlukan sy mendalami istilah dalam bahasa inggeris, maka menjadi suatu kesukaran kerana subjek yang di ajar (sy semester terakhir yang di ajar bahasa melayu).. diajar dalam bahasa melayu, maka menyukarkan sy untuk memahami sesuatu peralatan atau mesin.. PPSMI patut di beri peluang kerana ia banyak membantu (terutama bumiputera) dalam menempuh arus kemodenan yang menuntut pemahaman di dalam bahasa Inggeris. Memang terdapat pro dan kontra dalam perlaksanaannya kerana susah untuk meyakinkan bahawa PPSMI ini usaha murni kerajaan memantapkan pelajar. Kita jangan salahkan PPSMI boleh mengganggu keutuhan bahasa melayu kerana "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Bukan semua pelajar bumiputera boleh bercakap b inggeris dengan sempurna dan ia menjadi suatu kelebihan sekiranya seseorang itu boleh menguasai b Inggeris. Apatah lagi 'mother tongue' bangsa lain seperti b Cina dan b Tamil...Tepuk dada tanya selera..:-)

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Tok Mudim,
Jelas kelihatan pihak pembangkang menangguk di air keruh dalam isu ini.

Nadz,
Apabila saudara meminta saya mengulas isu ini tempohari, saya telah membuat sedikit soal selidik dalam kalangan rakan-rakan guru termasuk yang saya ketahui pro pada pembangkang. Sebenarnya saya sendiri sukar menerima kaedah PPSMI ini. Namun dari soal selidik dan perbincangan dengan rakan-rakan, setelah melihat pada pendapat pro dan kontranya saya terpaksa akui bahawa tindakan kerajaan itu amat wajar. Bagi saya kita tiada pilihan lain. Itulah sebabnya saya mulakan tulisan ini dengan sebuah cerita pendek yang Allah Taala ilhamkan secara spontan. Itulah perasaan saya sebenarnya.

Ikhwan,
Saya memahami masalah saudara apabila berhadapan dengan realiti di universiti dan di tempat kerja. Saya juga menghadapinya ketika membuat MA saya (MBA).

Sedingin Salju said...

Jangan dibiarkan melayu itu terus mundur. Bahasa inggeris, mahu tidak mahu, kena dipelajari.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam ziarah,

1. Secara peribadi saya amat menyokong perlaksanaan PPSMI. Kita sebenarnya tidak dapat lari dari menggnkan bahasa Ingeris didalam kehidupan seharian. Dan, pendedahan awal serta pendekatan yang berhemah kepada anak-anak kita dan murid-murid sekolah perlu terutama di dalam konteks kemajuan bangsa Melayu itu sendiri khususnya.

2. Saya sebenarnya tidak amat bersetuju beberapa tindakan untuk memansuhkan PPSMI sejak kebelakangan ini. Saya nampak sikap ketidakjujuran samada kepada pihak-pihak yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI ini.

3. Ini adalah kerana saya yakin bahawa mereka mahupun di kalangan kelurga mereka sendiri pasti ingin mendpatkan pendidikan yang terbaik dan untuk mendapatkan endidikan yang terbaik dan terkini kebanyakannya datang dari pelbagai bahasa dan mereka harus mempelajarinya walaupun susah.

4. Seperti kata-kata penulis blog kita ini, bahasa melayu tidak akan pupus, hilang atau sebagainya walaupun kita mahir berbahasa Inggeris malah merupakan sutu advantage kepada kita menguasai pelbagai bahasa.

5. Samada sedar atau tidak, kita masih gagal menguasai bahasa cina dan india walaupun mereka berpuluh tahun tinggal dan hidup di sekeliling kita dan entah berapa banyak perkara yang kita ditipui oleh mereka-mereka ini. kenapa?

Kita tak nak belajar !

Sedingin Salju said...

ya betul sedangkan kami orang cina dan india, boleh kuasai bm. Dan tadi masa keputusan SPM dikeluarkan, dengarnya, matapelajaran bm kelulusannya merosot kerana sikap pelajar melayu. mereka kononnya pengguna bm dan tak payah ulangkaji.

Ini semua ni ada persepsi semata. Kalau orang melayu tidak boleh berbahasa inggeris, jangan terkejut jika di suatu hari nanti, melayu akan diperkotak-katikkan.

Faizal Zakaria's Blog said...

Kita perlu meneliti semua pandangan. Dan pandangan tentunya berbeza..

Pandangan minotiti tak semestinya tidak tepat...














+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Azam Baru – Semangat Baru UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

man_helang said...

aku menyokong tdk...mengia pun tdk...

ONE said...

salam,

terima kasih atas huraian cheguman, pada saya memang ada kekurangan dalam perlaksanaan PPSMI, malahan tidak mudah bagi anak-anak luar bandar utk menguasainya namun sebenarnya ia memang mampu membawa begitu banyak sekali kebaikan jika sistem dan penyampaian nya di perbaiki sedikit lagi..

seperti juga berlian, bukan mudah untuk membentuk dan menggilapnya namun jika kita tidak berputus asa insyaallah, kita akan memperolehi keindahannya..dan keindahan itu bukannya hanya pada pandangan mata tapi juga bernilai tinggi dan mampu dijadikan sebagai aset berharga..

bagi anak-anak yang sukar belajar belajarlah dari peristiwa rama maharaja yang merupakan makhluk ciptaan tuhan yang amat cantik sekali,perjuangan ia untuk keluar dari kepompong bukan mudah tetapi hasilnya adalah menakjubkan dan mampu memukau pandangan yang melihatnya..

tiada apa yang mudah di dunia ini, oleh itu dalam meniti perjalanan hidup pilihlah jalan yang mampu memberi lebih manfaat pabila tiba di destinasinya nanti..

allahualam..

gapodio said...

Bagi aku senang saja nak lawan isu ni. Buat kamus untuk sains dan matematik. Jadikan kamus tu buku teks percuma. Kerajaan tanggung.Semua pelajar dapat sorang satu. Kalau mak-bapak budak tu tak reti bahasa inggeris ke, buta ke, bisu ke, pekak ke, budak tu masih boleh belajar di rumah.Takkan ada alasan lagi dah

Sedingin Salju said...

ha, hari ni, boleh dah duduk semeja dengan menteri. Dajai betoi. Awat hari tu tak boleh? hari ni baru mengaku kata benda ni jangan dipolitikkan.

golokperak said...

MCA: Malaysia is a secular state
17 Mar 09 : 2.00PM
By Gan Ping Sieu
editor@thenutgraph.comeditor@thenutgraph.com

AS MCA Political Education Bureau head, I have reservations over the written reply given by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to Member of Parliament for Bukit Gelugor Karpal Singh in the Dewan Rakyat on 12 March 2009 that "Malaysia is a 'negara Islam'."

I welcome the prime minister's statement that Malaysia is not a theocratic state and shall adhere to a parliamentary democratic system as enshrined in the Federal Constitution. But the reference of Malaysia as a "negara Islam" by the prime minister is wholly unnecessary, as the phrase "negara Islam" will only serve to confuse the rakyat and cause unwanted fear.

Historical documents

The MCA is of the position that Malaysia is nothing but a secular state. This is evidenced from the following historical accounts and the subsequent debates when the Federal Constitution was drafted:

The Alliance Memorandum submitted to the Reid Constitution Commission on 27 Sept 1956 clearly stated that "the religion of Malaya shall be Islam ... and shall not imply that the state is not a secular state."

When the Working Party, comprising the Alliance and the rulers' representatives and the High Commissioner, met on 22 Feb 1957 to review the Reid Commission draft on the possibility of the provision on religion being misinterpreted, the Alliance and Umno chief Tunku Abdul Rahman assured the Working Party that "the whole Constitution was framed on the basis that the Federation would be a secular state."

At the London Constitutional talks in May 1957, the Colonial Office did not object to the inclusion of an official religion after being assured by the Alliance leaders that they "had no intention of creating a Muslim theocracy and that Malaya would be a secular state."

On behalf of the Alliance, (later Tun) Tan Siew Sin told the federal legislature that the inclusion of the official religion "... does not in any way derogate from the principle, which has always been accepted, that Malaya will be a secular state and that there would be complete freedom to practise any other religion."

A year after Independence, on 1 May 1958, then Prime Minister Tunku Abdul Rahman clarified in the Legislative Council that "I would like to make it clear that this country is not an Islamic state as it is generally understood. We merely provide that Islam shall be the official religion of the state."


Judicial recognition

The above position has received judicial recognition. Former Lord President Tun Mohamed Salleh Abas, in Che Omar bin Che Soh v Public Prosecutor (1988), stated that the term "Islam" in Article 3(1) of the Federal Constitution meant "only such acts as relate to rituals and ceremonies... the law in this country is ... secular law."

The former Lord President Tun Mohamed Suffian Hashim also wrote that Islam was made the official religion primarily for ceremonial purposes, to enable prayers to be offered in the Islamic way on official public occasions, such as the installation or birthday of the Yang di-Pertuan Agong, Independence Day and similar occasions.

Constitution law expert Prof Dr Shad Saleem Faruqi and prominent legal scholar, the late Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim, also shared the above observations.

The MCA is of the position that the guiding principles for public administration in our beloved multiracial country shall always adhere to universal values of equality, justice, fairness, transparency, mutual respect, the rule of law, etc., which transcends all religions.


Gan Ping Sieu
MCA Spokesperson and Head of MCA Political Education Bureau

Comments (You are allowed to leave comments until 7 Apr 09)

jerih said...

Bagi saya Sains & Matematik dalam BI itu tidak sesuai apatahlagi diperingkat persekolahan.

Saya bukanlah anti BI. Dalam skop BM dalam sains & matematik jangan kita sering terkabur nilai dengan kepentingan BI dialam pekerjaan dan juga kebanjiran maklumatnya.

Pokok asas ialah kemaslahatan BM dalam sains. Kita mahu melihat BM dilihat indah dan gah dengan terma sainsnya sendiri, kaya dengan kosa kata sains yang semakin dilupakan

jerih said...

Sudahlah semua! Kita juga sering berpolemik menyalahkan anasir politik dalam semua telaan sedangkan memangnya kita berpolitik. Apanya Samad Said, Dr. Hasan Ahmad tu orang politik, kalau ye mereka bahkan pendokong UMNO. Krisis keranda 152 dulu jugapun diarak ramai bahkan juga dijuarai Pemuda UMNO sendiri.

kayrolldin said...

saya tidak bersetuju langsung walau apa pun alasan. tapi saya bukan anti bahasa inggeris. kena ingat, ada perbezaan anti PPSMI dan anti bahasa inggeris.

SAYA ANTI PPSMI.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)