Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, March 9, 2009

MLM vs Ahli Politik



Beberapa hari lepas seorang kenalan mengirim SMS untuk bertemu di satu tempat dengan alasan ada beberapa perkara nak dibincangkan. Saya bersetuju dan kami pun berjumpa di depan sebuah bangunan. Teman itu sudah menunggu dengan berpakaian kemas, siap dengan jaket kulit dan bertali leher.

Beliau kemudiannya mengajak saya masuk ke sebuah dewan dalam bangunan tersebut yang di dalamnya sudah terdapat ramai orang. Seorang lelaki sedang berceramah dengan penuh semangat.

Modus operandi syarikat yang dikatakan berasal dari Perancis itu rasanya sama sahaja dengan mana-mana syarikat MLM lain. Ahli-ahli akan mendapatkan prospek dan dibawa ke situ untuk 'ditarbiahkan' (sponsored).

Saya difahamkan bahawa syarikat tersebut sudah lama juga beroperasi di Malaysia namun baru sahaja dipelawa kepada orang Melayu. Ertinya, kebanyakan 'leader' adalah dari kalangan bukan Melayu.

Selalunya begitu la...

Saya mula terlibat dengan MLM sejak awal 1990-an. Mula-mula Amway yang berasal daripada AS. Selepas itu menyertai Revell, Naturae, Dolla, Eraedar, Zulian, dan berderet lagi nama syarikat. Tak kurang 20 rasanya.

Saya pernah berusaha menubuhkan sendiri syarikat MLM namun terpaksa diurungkan kerana masalah modal. Mutakhir, saya terlibat memulakan rangkaian pengedar bagi sebuah syarikat MLM tempatan.

Barangkali nasib tidak menyebelahi, walaupun tidak gagal namun tidak mencapai target yang saya idamkan. (dulu saya hanya mengejar matlamat).

Kini saya menutup pintu hati terhadap mana-mana syarikat MLM. Sekurang-kurangnya ada dua sebab iaitu pertama saya ingin menumpukan pada produk keluaran keluarga (minyak Morhabshi) dan kedua kerana kekangan masa.

Saya dapati banyak persamaan antara MLM dengan politik. Sebagaimana politik, ahli MLM juga bermula sebagai ahli biasa dan bergerak membina kumpulan sendiri. Kemampuan seseorang ahli membentuk kumpulan mewajarkan beliau menjadi ketua atau pemimpin kumpulan.

Dari semasa ke semasa pemimpin tadi melantik dan melatih ahli mereka membina kumpulan sendiri. Lebih banyak dan lebih besar kumpulan maka lebih tinggilah kedudukannya. Semakin ramai ketua yang berjaya dibina maka semakin tinggilah pangkatnya. Pendapatanpun semakin lumayan.

Usahawan MLM bermula sebagai ahli biasa, menjadi ketua kumpulan dan akhirnya mengetuai beberapa orang ketua kumpulan.

Berbeza dengan politik, dalam MLM tidak ada ketua bahagian atau ketua cawangan kerana perniagaan ini tidak menghadkan kawasan. Malah ia bersifat global sehingga anda boleh menaja ahli baru di seberang sempadan negara.

Samada MLM ataupun politik, persaingan tetap ada. Persaingan dalam politik timbul kerana jawatan ketua yang terhad manakala persaingan dalam MLM melibatkan usaha merebut penyokong (downline) Sebenarnya sama sahaja. Malah jika dalam politik terdapat tindakan 'melompat parti' dalam MLM juga ada istilahnya iaitu 'curi line' (under cutting).

Baik politik mahupun MLM, kedua-duanya adalah sistem yang baik. Jangan kerana ada sebilangan manusia yang rakus dan tamak di dalamnya maka kita buang semua sistem itu. Bergerak aktiflah di dalamnya dengan menjadikan hukum Islam sebagai panduan. Jadikan politik mahupun MLM sebagai salah satu alat untuk mendapat keredhaan Ilahi.

Selamat menyambut Maulidurrasul. Akhlak terbaik adalah akhlak Rasulullah.

4 comments:

zari said...

Memang benar dan tidak dinafikan ramai dari ahli pembangkang (PR) berkecimpung dalam MLM.Siang mlm ,malam sms dan email kempen sampai,tetapi banyak orang umno bila dengar mlm sengeh dan juih jer kerana mereka tidak nampak selain mlm apa yang berlaku dalam kumpulan mlm

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Zari, terima kasih atas maklumat anda sebab saya pun terlepas pandang perkara tu.

Tapi saya dapati ramai kalangan pemimpin hebat dalam MLM menyokong kerajaan sebab untuk berjaya kita perlu berfikiran terbuka dan positif.

Sedingin Salju said...

Ha, family saya dulu adalah buat MLM.

anakbukitgantang said...

Saudara Waadat, kalau boleh disiarkan....dah sesak nafas tengok Melayu sama Melayu masih galak nak bertengkar sedang bahaya semakin dekat

POLITIK LONDEH MELONDEH KAIN, MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI OLEH ORANG MELAYU


Saya memang telah lama memerhati gelagat penyokong taksub PAS ini. Saya juga telah membaca beberapa blog penyokong PAS seperti tranungkite dan juga blog yang hanya pure ugama terutama oleh penyokong Abuya iaitu Heliconia.Apa yang saya bandingkan adalah ilmiah yang dibahaskan, pengetahuan ugama yang disebarkan, gaya bahasa yang digunakan dan juga attitude “holier than thou” yang menyesakkan nafas.

Bagi saya dalam perjuangan melawan nafsu mazmumah ( ujub, riak, bongkak, sombong, bangga diri, buruk sangka, kuat makan, kuat minum, kuat tidur, pendendam, lalai dalam ibadah, lalai dalam pekerjaan/tugas sebagai suami/isteri/umat Islam dsbnya) saya telah mengambil keputusan berikut:-

1- tidak akan jadi ahli PAS-takut ujub dan riak dan akhirnya Tersungkur Di Pintu Syurga kerana tidak diterima amalan oleh Allah akibat masih ada sifat mazmunah tadi

2- saya lebih suka melayari blog penyokong Abuya seperti Heliconia dan juga blog nur Islam serta sejarah kebangkitan Islam/Sejarah kerajaan Islam Nusantara seperti Mahaguru58 serta Sang Tawal kerana dapat belajar ilmu ugama, dapat membaca tulisan bernas mengenai the rise and fall of and empire serta mengambil iktibar darinya

3-Saya juga lebih suka melayari blog Nasyabandi, tarekat yang diterima dan juga Harun Yahya-penulis Islam Turki yang membahaskan ilmiah, kejadian alam dari asas sains dan Islam dengan baik sekali

4-Saya kesal kerana orang Melayu tidak strategik bila berpolitik sehinga melondehkan aib (UMNO vs UMNO) menjelang Pemilihan Parti sedangkan negara menunggu service merekauntuk menghadapi krisis ekonomi ini.

5-Saya terlebih kesal kerana golongan "ulama" PAS yg. telah melacurkan PAS dengan isu Allah For All, Double std dalam isu Eli Wong boleh Zina dan Bersekedudukan tapi Chua Soi Lek tak boleh buat dan disuruh letak jawatan, isu Ladang BABI dan tidak mahu prihatin dengan masalah rakyat marhain yang terjejas akibat krisis ekonomi.Ketidakhadiran mereka di Parlimen semasa pembentangan mini budget menunjukkan PAS lebih galak berpolitik dari menjaga kebajikan rakyat marhain.

6-- Saya teramat kesal kerana orang Melayu Perak (yang mencerminkan keadaan fast forward in the future:- mini Malaysia dalam beberapa tahun lagi jika ahli politik masih gila berpolitik!) masih ada yang sanggup dicucuk hidung dan mengiyakan DAP dalam isu tanah 999 tahun, isu gantung tugas pegawai kerajaan(Setiausaha Dewan yang mengikut Undang2x Tubuh Negeri) digantung kerana tak ikut cakap speaker yang nak buat sidang TANPA PERKENAN DYMM Sultan Perak

Saya dan rakan-rakan hanya mampu berdoa, mengadakan tahlil, bacaan Yassin memohon kehadrah Illahi agar DISELAMATKAN UMMAT ISLAM DI MALAYSIA DARI MENJADI MANGSA KEEGOAN, KEBODOHAN SENDIRI AKIBAT TERTUTUP MATA HATI DEK KERANA TERLALU BANYAK DOSA KERANA TAK TERKAWAL NAFSU MAZMUNAH

SERUAN SAYA CUMA SATU - BANGUNLAH MELAYU DARI TIDURMU!, AYUH , SEDARLAH PERJUANGANMU MASIH JAUH, KITA ADALAH BAKAL TENTERA IMAM MAHADI YANG MEMPERJUANG KESUCIAN ISLAM, BERSATULAH MELAYU DALAM ISLAM UNTUK ISLAM!

SAMA-SAMA KITA TOLAK PEMIMPIN YANG PECAH BELAH UMAT ISLAM DAN BERI FATWA SONGSANG SERTA MENYESATKAN UMAT ISLAM KERANA NAK POLITICAL MILEAGE

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)