Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, March 23, 2009

Pemilihan Umno: "Pilihlah dengan hati nurani" (kata Tun DrM)




Seorang sahabat menelefon dari Terengganu meminta pandangan siapakah yang patut beliau pilih dalam pemilihan UMNO nanti?

Jika soalannya 'siapa' maka sukarlah Demang menjawabnya. Apatah lagi Demang bukannya ahli UMNO. Cuma yang boleh Demang kongsikan di sini ialah ciri-ciri pemimpin yang layak dipilih dan ciri-ciri pemimpin yang wajar di'nyahtinja'kan.

Jika nak disenaraikan ciri-ciri pemimpin yang baik, rasanya akan penuhlah ruangan ini dengan satu set nilai yang mungkin membosankan pembaca. Bukan bosan pada nilai tersebut tetapi bosan dengan ahli politik yang sekadar menjadikan nilai-nilai tersebut sebagai umpan bagi meraih sokongan semata-mata. Justeru Demang cari senarai-semak yang lebih pendek iaitu apakah isu yang rakyat perbualkan terutamanya menjelang pemilihan ini.

Apa isunya? Sudah terang lagi bersuluh. Sudah tentu isu yang menjadi mimpi buruk KM bagi negeri Demang bermastautin sekarang!

Demang akur, bukan mudah melenyapkan politik wang . Sekalipun UMNO itu dimusnahkan kita tidak boleh menjamin yang parti alternatif mampu bersifat bersih.Namun sebagai manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi muslim dan mukmin, wajarkah kita berlepas tangan dan membiarkannya terus berlaku samada dalam parti bernama UMNO atau parti yang mempunyai nama lain?

Pokok pangkal terletak pada kita. UMNO tidak akan masuk syurga atau neraka. UMNO hanya alat di dunia untuk mencapai kejayaan di akhirat. Bagi ahli UMNO yang insaf dengan tujuan Allah SWT menzahirkan mereka ke dunia akan mengambil peluang yang disediakan oleh UMNO sebagai wadah memperjuangkan Islam. Atau setidak-tidaknya tempat untuk mengumpul pahala. Atau, kalau itu pun sukar dilakukan, maka jangan jadikan UMNO tempat menumpang dosa orang lain. Pemberi dan penerima rasuah sama sahaja tarafnya. Pemimpin memberi rasuah sebab boleh untung juta-juta sebaliknya para perwakilan terima rasuah hanya untuk beberapa ratus atau ribu ringgit sahaja. Nasib tidak baik, belum sempat tiba di rumah sudah mati eksiden!

Kalaupun selamat tiba di rumah, nak dipengapakan duit haram itu? Sanggup bagi anak-anak makan dengan duit haram itu? Atau digunakan bagi menukar tayar kereta? Apa hal kalau tayar itu meletup ketika membawa keluarga? Mahu dibeli perabut dengan duit haram itu? Tidak takut ke rumah terbakar dan keluarga anda rentung di dalamnya?

Maklumlah... duit haram. Tapi jangan bimbang. Perkara begitu jarang berlaku dan anda mungkin bernasib baik. Kalau berlaku juga mungkin terhadap orang lain. Bagaimana dengan akhirat?

Petua Demang ringkas dan mudah: Kalau kita sudah tahu calon itu mengamalkan rasuah, kenapa masih nak pilih? Nak tahu siapa yang rasuah mudah sahaja. Kalau kita ditawarkan sejumlah wang oleh seseorang, jangan diundi calon itu. Takkanlah kita tidak tahu siapa yang menyogok walaupun mereka menggunakan agen?

Bagaimana pula jika kesemua calon memberi sogokan? Lagi mudah! Pulaukan sahaja perhimpunan UMNO itu. Jika perwakilan tidak mahu pulaukan, rakyat yang akan pulaukan terus UMNO!

Bagaimana jika hanya anda seorang yang bertindak sedangkan orang lain tidak peduli? Hai, takkan lah itu pun Demang nak ajarkan? Kalau tak faham juga, baca tatacara berikut:

Apabila seseorang muslim itu meninggal dunia maka wajib atas kita memandikannya, mengafankannya, menyembahyangkannya, dan mengebumikannya.

Selepas itu, pandai-pandailah dia jawab sendiri pada malaikat kat dalam kubur tu. Tak perlulah kita nak jaga semua tingkahlaku mereka kalau mereka tidak sudi menerimanya. Pendekata, mereka jawablah sendiri nanti.

Belum puas hati dengan cadangan Demang itu?

Demang ada petua kedua:

Jika ada 3 calon yang merasuah anda, undilah calon yang beri anda habuan yang paling sedikit. Contoh, jika calon A beri 100, calon B beri 30 dan calon C beri 10, undilah calon C. Tapi ingat; berdosa atau tidak, bukan Demang yang tentukan. Sekurang-kurangnya kita berusaha mengurangkan gejala rasuah. Demang yakin petua ni memang bagus. Pemilihan seterusnya nanti (jika UMNO masih ada), pasti para calon akan berlumba-lumba bagi rasuah paling sedikit. Lambat laun, bukan calon yang merasuah perwakilan sebaliknya perwakilan yang mengumpulkan dana dari kocek sendiri bagi menyokong seseorang calon yang sanggup menjadi pemimpin.

Nota Demang:
Ada sesiapa boleh tolong berikan Demang alamat web pendaftaran UMNO online? Demang nak masuk UMNO dan nak bertanding dalam pemilihan seterusnya. Tak lama lagi guru-guru dah boleh aktif politik!

6 comments:

ONE said...

salam,

betul UMNO perlu dibersihkan segera dan platform terbaik tentulah pada PAU kali ini..

wah cheguman nk sertai UMNO ke..arap cheguman akan berjuang dengan penuh kebenaran dalam UMNO dan bersama dengan mereka yang tidak pernah menyerah dalam mempertahankan UMNO, bukan mudah tapi jangan berputus asa yer..

semoga berjaya..

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Apa khabar di Melaka sekarang?

Saranan kamu betul. Harap semuanya akan berjalan lancar, InsyaAllah.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat masa hadapan Bangsa, Agama dan Negara kita.

Ezad said...

salam

ni website nya..
heh

http://www.daftar.umno.org.my/

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Saya amat setuju dengan ONE.

Makcik, Orang Melaka alhamdulillah. Tinjauan saya, boleh dikatakan semua menyokong gandingan Najib-Muhyidin setelah Ali disekat dari bertanding.

Ezad, Terima kasih. Saya yakin UMNO masih wadah paling sesuai bagi menerajui negara kita.

sangkakala said...

Salam,

Sebelum ini ada berita angin bahawa bekas penyokong Ali Rustam akan memberikan undi mereka kepada Muhammad Md.Taib, sebagai undi protes.

Saya tidak tahu khabar angin ini benar atau tidak. Tapi saya harap mereka akan bersikap rasional, dan bukan bertindak kerana kecewa atau panas hati; tak kiralah siapa yang akan mereka sokong.

Parpu Kari said...

NI ADA SATU CERITA PANAS PASAL MAMAT YANG BERNAMA WAN INDRA PUTRA BIN AHMAD! BUKAN TUAN-TUAN DIA NI BUKAN PEMAIN BOLASEPAK, DIA NI DIKENALI SEBAGAI RAJA SEGALA KATAK, KERJA DIA NI DOK SUKA MELOMPAT JE DARI SATU PARTI KE PARTI LAIN....ADAKAH ANDA KENAL DIA? ASAL UMNO LOMPAT PKR, MASUK BALIK UMNO KELUAR LAGI PASTU MASUK BALIK...PEHHHH...INILAH BAPAK PADA SEGALA KATAK SIOT! NIK AJIS NGAN AL JUBURI WAL LIWATI PUN TAKUT TENGOK MAMAT NI...

AL KISAHNYA BILA DIA MASUK UMNO SEMULA, DIA SANGAT LA SUKA MEMUJI PAK LAH FLIP FLOP! ASAL APA SAJA PAK LAH BUAT SEMUANYA BETUL LA BAGI MAMAT YANG BERNAMA SEPERTI PEMAIN BOLASEPAK NI....TU DIA, KIRANYA DIA NI JENIS AMPU DAN CIUM BONTOT TAHAP WORLD PUNYA LA, DENGAR CERITANYA DIA KELUAR UMNO DULU SEBAB DITOLAK DARI JADI AJK PEMUDA BAHAGIAN KOTA RAJA DULU, TUP TUP LOMPAT MASUK PKR JADI SETIAUSAHA KEADILAN@PARTI SEX BEBAS, TAK PUAS HATI JUGAK TUP LOMPAT MASUK UMNO BALIK! PASTU MACAM TU LA CYCLE DIA SAMPAI LA DIA DAPAT CABLE NGAN PAK LAH!

KESEMPATAN KEKABELAN INI TELAH DI GUNA PAKAI OLEH BRADER WAN INDRA PUTRA ATAU KAWAN-LAWAN DIA PANGGIL DIA WAN INDRAF POKEMON NI DENGAN BEGITU CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG SEKALI TAU! JENIS MANUSIA RAJA KATAK MACAM NI LAH YANG BUATKAN PAK LAH TAK SEDAR AKAN KESILAPAN DIA DAN TERUS MENGANGGAP DIRI BELIAU MASIH POPULAR! ORANG MACM NI LAH YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA!

NAK TAU APA DIA DAPAT, TU DIA PROJEK PASIR SUNGAI DAN BERMACAM MACAM LAGI LA! NAK TAU KENAPA SEBAB DIA BODEK TAHAP GABAN PUNYA KAT PAK LAH WOO! DASYAT MAMAT NI PUNYA WAYANG LA, SAYA INGAT NI MAMAT ADA AMBIK KURSUS DENGAN AL JUBURI WAL LIWATI LA! MESTI PUNYA LA! MALAH BOLEH DIKATAKAN BERJUTA JUTA DIA DAH SONGLAP LA! ITU LA PASAL DIA TAK MAHU HILANG NI TELUR EMAS, DIA BERMATI-MATIAN MAU PILIHAN PAK LAH YANG JADI TPM! SUPAYA DIA BOLEH SURVIVE LAGI...DASYAT GILE LE ORANG MACAM NI...TAKDE MARUAH KE?

PARPUKARI TARAK MERAPU PUNYA, APA SAYA CAKAP MEMANG BETUL PUNYA! PASAL JENIS ORANG MACAM NI LA UMNO PARTI KERAMAT DI PANDANG HINA OLEH PEMBANGKANG DAN MASYARAKAT PADA AMNYA!

TAK CUKUP DENGAN TU, BARU BARU INI, MAMAT INI TELAH MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN LA, NI LA AKU NAK CERITA NI...DIA BAGITAU DEKAT LEBIH DARI 1000 OANG DENGAN MENGHANTAR SMS JE, KATANYA PADA PERWAKILAN JANGAN UNDI MUHYIDDIN YASSIN, KATA SI RAJA KATAK PURU MUHYIDDIN TAK HORMAT PAK LAH! WHAT? TAN SRI MUHYIDDIN TAK HORMAT PAK LAH? MEMANG SAH RAJA KATAK YANG AMBIK KURSUS DARI RAJA KUNYIT NI DAH GILA NAK MAMPOS!

SEBENARNYA DIA BUKAN GILA, DIA TAK NAK TS MUHYIDDIN NAIK SEBAB SUSAH DIA NAK MAKAN NANTI, YALAH TS MUHYIDDIN NI ORANGNYA TEGAS, TAK MAKAN RASUAH, TAK MAKAN BODEK PUNYA, LEPAS PAK LAH DIA NI NAK MINTAK KAT DS ANJIB MESTI TAK JALAN PUNYA, SEBAB DS NAJIB BIJAK ORANGNYA, SO DIA KENA MAKE SURE YANG AT LEAST BAKAL TIMBALAN PRESIDEN ADALAH ORANG YANG BOLEH DIA MAKAN! HMMMM...AGAK AGAK KORANG LA SIAPA LAGI SENANG SI MAMAT KATAK AL LOMPATI NI NAK MAKAN? DAH TENTU BUKAN TS MUHYIDDIN KAN? HAAA...SENDIRI MAU INGAT LA!

APA YANG SAYA CERITAKAN TADI ADALAH SALAH SATU DARI CONTOH DI MANA ORANG CUKUP TAKUT DENGAN GANDINGAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN DATO SERI NAJIB NI, YALAH PELUANG NAK MAKAN PROJEK FREE MELALUI BODEK DAH SUSAH LA KALAU TAN SRI MUHYIDDIN MENANG KAN? DS NAJIB, I DONT THINK SO DEPA ADA CHANCE NAK MAKAN DIA! SO APALAGI KAWAN-KAWAN DAN SAHABAT-SAHABAT PERWAKILAN SEMUA!

KITA KENA PASTIKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENJADI THE NEXT TPM!

KALAU NAK UMNO JADI BERSIH SEMULA, BUATLAH MELALUI PELUANG YANG ALLAH TELAH BERI PADA KITA INI, INGATLAH TUAN/PUAN PERWAKILAN DAN ORANG RAMAI DI LUAR SANA, ADALAH AMAT PENTING UNTUK UMNO REFORM SEKARANG!

REFORMLAH UMNO MELALUI PELUANG YANG DIBERI KEPADA ANDA, KITA MEMANG PERLUKAN ORANG-ORANG YANG TEGAS SEPERTI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN NI UNTUK MEMBETULKAN UMNO DAN MELETAKKAN UMNO DI LANDASAN YANG BETUL!

UNDILAH DENGAN BIJAK!!!

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)