Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, March 30, 2009

Persepsi baru rakyat Malaysia




Sebelum bertolak ke Hulu Terengganu bagi menjayakan satu program motivasi baru-baru ini saya diberikan sebotol penjimat petrol oleh seorang rakan. Beliau meminta saya menguji samada produk tersebut berkesan atau tidak.

Maka saya pun menuangkan bahan tersebut ke dalam tangki di samping petrol. Memang berlaku penjimatan sekitar 20-30%. Maknanya, setiap RM100 yang saya belanjakan, saya jimat RM20-30.

Saya mula mencongak. Jika dulu saya guna RM100 untuk membeli petrol, kini saya cuma keluarkan RM80. Saya jimat RM20. Kemudian, RM20 tersebut saya gunakan untuk membeli sebotol penjimat petrol berharga RM15. Maknanya saya cuma jimat RM5.

Apabila saya kemukakan pada rakan-rakan, ada yang memandang remeh dengan tindakan saya itu. Kata mereka tak berbaloi dengan usaha tersebut cuma dapat jimat RM5. “Lagipun petrol dah turun harga.” kata mereka.

Itu adalah persepsi masing-masing.

Mudahnya mereka berfikir. Apabila harga petrol dunia mencanak naik, dengan mudah mereka salahkan kerajaan. Apabila diberikan alternatif, mereka menolak dengan pelbagai alasan.

Persepsi saya begini:

Pertama:
Penjimatan petrol sebanyak 20% tersebut membantu melambatkan penyusutan simpanan petroleum dunia.

Kedua:
Penggunaan produk penjimat petrol yang diperbuat daripada minyak sawit tersebut membantu industri minyak sawit negara. Kebetulan bapa saya adalah seorang peneroka Felda.

Ketiga:
Penggunaan penjimat petrol tersebut menyokong usaha kreatif dan inovatif saintis Melayu yang berjaya mencipta dan mengeluarkan produk tersebut.

Keempat:
Penjimat petrol tersebut bertindak menjaga enjen kereta saya dan menjadikannya lebih lancar dan meningkatkan jangka hayat.

Kelima:
Ia juga menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih baik.

Keenam:
Duit RM5 itu saya boleh beli kerepek untuk dimakan sepanjang perjalanan. Dengan itu membantu perusahaan kerepek makcik-makcik di kampung. Kebetulan di kampung saya (Sabak Bernam) memang ramai pengeluar kerepek yang enak.

Ketujuh:
Peningkatan jualan kerepek memberi pendapatan tambahan pada penanam ubi kayu, pisang dan sebagainya di kampung-kampung termasuk ibu saya.

Demikianlah manafaat RM5 yang saya jimatkan melalui produk penjimat petrol tersebut.

Kerja tambahan yang perlu saya buat hanyalah menuang sedikit penjimat petrol tersebut ke dalam tangki setiap kali mengisi petrol. Susah sangat ke?

Dalam keadaan ekonomi dunia yang begitu gawat sekarang sebarang usaha walaupun kecil akan memberi impak pada ekonomi negara. Kita perlu faham di mana perlu berjimat dan di mana perlu berbelanja.

Dalam ekonomi Islam, wang perlu diaktifkan bukan disimpan di bawah bantal atau di bank dalam bentuk simpanan tetap. Pelaburan adalah sesuatu yang amat digalakkan.

Oh ya. Sebenarnya saya tidak perlu mengeluarkan duit poket untuk membeli penjimat petrol tersebut. Oleh kerana rakan saya itu juga pelanggan tetap minyak herba (serbaguna) Morhabshi yang keluarga saya keluarkan. Justeru saya dan rakan tersebut boleh melakukan sistem barter. Saya beri beliau 4 botol minyak Morhabshi dan saya dapat sebotol penjimat petrol.

Alhamdulillah. Demikianlah sumbangan kecil saya selaku rakyat Malaysia dan seorang muslim.

Di sebalik cerita Cheguman tadi, Demang pula ingin menyampuk. Tanggapan rakan-rakan Cheguman terhadap penjimat petrol tadi adalah satu persepsi. Demikianlah yang berlaku selama ini pada kerajaan BN dan parti UMNO. Rakyat dihijab untuk melihat keburukan kerajaan sehingga membuat kesimpulan mudah iaitu apa sahaja yang kerajaan buat, itu tidak betul; sebaliknya jika pembangkang yang berkata, itulah kebenaran. Padahal, jika kita mahu berfikir secara positif, kita akan mampu melihat kebaikannya.

Sebenarnya, syarikat pengeluar penjimat petrol tadi tidakpun memberitahu Cheguman hikmah pada ekonomi ummah berpunca daripada penggunaan produk tersebut. Namun dengan berfikir secara positif barulah kita dapat memahaminya. Sebenarnya Allah SWT yang memberi ilham pada kita. Jika kita ingin kebaikan, maka itulah yang diberikan. Sebaliknya jika kita gemar berfikir negatif dan menyalahkan orang lain, maka di situlah minda kita beroperasi. Kita akan terus menjadi manusia yang berfikiran negatif terhadap usaha orang lain.

Marilah kita melihat barisan baru Najib secara positif dan ketepikan semua persepsi buruk. Berdoalah pada Allah SWT agar negara kita terus aman. Masa depan di tangan kita, Insya-Allah. Janganlah terlalu bermimpi untuk memperolehi para pemimpin yang serba sempurna. Adakah kita sendiri sempurna? Adakah pemimpin yang belum mendapat kuasa itu sempurna? Adakah pemimpin yang dulunya pernah berkuasa (nombor 2 dalam kerajaan) itu sempurna?

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya."

6 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Chegu kembali lapang menulis, alhamdulillah.

Ye lah, kita bukannya blogger sepenuh masa. Tentu kita pun tak sehebat penulis2 hebat yang berpuluh buku dihasilkan mereka.

Cuma kita tahu mesej kita dapat difahami pun kira cukuplah.

saya pun sama. Tak reti menulis tetapi kita hanya mencuba menulis dengan usaha terbaik di sisi kita.

Moga Allah mengira ia satu sedekah jariah dan tetap menjadi saham akhirat selagi ia dimanfaat dan bermanfaat utk rakyat malaysia.

p/s - gambar logo bpn tu saya rasa chegu boleh drag ke kolum lebih luas lagi sebelah kanan dia. sebab saiz logo tu besar dari kolum tengah sekarang.

atau resize balik pun boleh...cara saya kena bagitahu melalui messenger hehehe..

salam cheguman.

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Itu le pasal... Puas saya alih-alihkan logo tu, tak ngam jugak. Bila saya letak di atas foto saya, luas sangat pulak. Panglima kena ajar saya untuk besarkan kolum tengah tu.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Betul saranan Cheguman dan Mak Cik setuju.

Minyak ubat yang Mak Cik gunakkan itu memang setakat ini baik. Ada juga kesannya. Alhamdulillah.

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Salam Makcik,
Alhamdulillah... Terima kasih kerana berkongsi dengan kawan-kawan.

zul rahman said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabatku cheguman,

mohon ampun dan maaf atas ketersibukkan berjuang,

harap cheguman cukup tidur, minum air banyak2 dan jaga kanak-kanak sebaik-baiknya.

salam kembali,
zr

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Zul,
Lama tak muncul di sini. Insya-Allah, saya terus kuat berjuang dalam pendidikan dan juga dalam kenegaraan.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)