Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, April 24, 2009

Artikel Demang berkenaan 1 Malaysia mengundang komen seorang pengunjung berrnama Kifli. Meskipun tidak berdaftar secara rasmi namun Demang
Saudara Kifli,
Terima kasih atas keperihatinan anda berkenaan kepentingan orang Melayu/bumiputra. Demang rasa anda bukan penyokong PKR kerana penyokong parti itu sepatutnya akan gembira dengan penghapusan tersebut.

Adalah terlalu awal untuk Demang membuat penilaian terhadap tindakan PM dalam perkara ini. Apatah lagi maklumat mengenainya masih terlalu sedikit sedangkan keputusan tersebut adalah satu keputusan yang begitu besar. Malah jika dilihat pada kenyataan tersebut ia sudah bercanggah dengan perlembagaan negara. Sedangkan kita tahu bahawa sesuatu keputusan hatta akta sekalipun akan terbatal sekiranya bercanggah dengan perlembagaan.

Bagi Demang, Najib selaku pemimpin yang telah dipilih melalui proses demokrasi serta sentiasa terdedah dengan proses pemilihan dan undi tidak percaya sudah tentu sedar akan risiko setiap tindakannya. Adalah mustahil beliau akan mengambil tindakan yang akan menjerumus dirinya sendiri ke jurang kemusnahan. Semua orang Melayu (kecuali penyokong PKR) pasti akan menentang beliau, malah tidak mustahil akan mengemukakan undi tidak percaya.

Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa Najib adalah anggota kabinet dan Ahli Parlimen paling berpengalaman dilantik menjadi PM. Beliau sudah menjadi MB Pahang dan timbalan menteri dalam kabinet ketika usia yang amat muda. Demang percaya, jika ada tanggapan bahawa Najib seorang yang kurang cerdik, maka semua pemimpin lain samada di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang dikira lebih tidak cerdik berbanding beliau.

Saudara Kifli wajar untuk merasa bimbang. Begitu juga Demang. Namun sedarlah, bukan hanya kita berdua yang berperasaan begitu. Saudara berfikir dalam lingkungan fikiran, pengetahuan, dan ilmu saudara sahaja. Selebihnya, saudara berfikir berdasarkan pendapat dan pandangan orang lain yang berada di luar dari kumpulan pemikir Najib. Pihak yang berada di luar sekadar menyangka dan menduga. Mereka membuat andaian berdasarkan maklumat yang cuma sedikit yang mereka perolehi.

Demang tidak pernah menganggap Najib maha hebat dan serba sempurna. Sebagaimana manusia biasa beliau tidak sunyi dari pelbagai kelemahan. Namun beliau bukanlah berseorangan dalam membuat keputusan. Begitu juga semua PM yang telah lalu. Bahkan juga para pemimpin negara lain.

Dalam pada itu Demang tidak menolak sama sekali peranan pihak pembangkang dalam membina negara. Jika tidak, masakan rakyat turut memperuntukan sejumlah perbelanjaan yang besar bagi menyara mereka setiap bulan dengan pelbagai kemudahan?

Sejak merdeka, pihak kerajaan dan pembangkang sama-sama berganding bahu membina negara. Parti-parti PAS, PRM, dan DAP terutamanya sentiasa konsisten dalam bertindak selaku pihak yang sentiasa mengawal keputusan dan tindakan kerajaan yang memerintah. Sebagai bukti, PAS yang merupakan parti pembangkang terbesar tidak pernah bertanding melebihi syarat yang boleh melayakkan mereka mengambil alih kerajaan.

Namun keadaan ini tiba-tiba berubah setelah Anwar dibebaskan. Anwar membawa satu gerakan menyongsang arus dengan bertindak mengemukakan kerajaan alternatif. Sebenarnya Anwar bukan berubah wajah dan perilaku. Bagi yang lama mengikuti perkembangan politik negara dengan mudah memahami corak penglibatan beliau dalam politik negara. Kemasukannya ke dalam UMNO telah merubah parti itu daripada bersikap sederhana, menjadi sebuah parti elit (baca, politik wang). Siapa yang dapat menyangkal peranan Anwar menggunakan kuasa, pengaruh, dan wang setiap kali ingin menakluki mana-mana jawatan. Allahyarhan Tun Ghafar Baba adalah salah seorang mangsa beliau.

Najib dan pasukannya perlu diberi ruang dan masa bagi menjayakan misi dan visi negara. PRU 13 tidak begitu lama lagi. Itulah tempoh untuk Najib dan pasukannya bekerja dan jangan kita sengaja mengganggu mereka. Apabila tiba masanya nanti, nilailah samada mereka berjaya atau tidak. Gunakan kuasa kita sebagaai pengundi.

Satu Malaysia.

Pemansuhan 30% Ekuiti Melayu?

Artikel Demang berkenaan 1 Malaysia mengundang komen seorang pengunjung bernama Kifli. Meskipun tidak berdaftar secara rasmi namun Demang menghargai sikap beliau yang memaparkan nama untuk disebut bagi memudahkan perbincangan. Sebagai menghargai pandangan beliau, Demang kemukakan pandangan Demang dalam artikel kali ini.

Saudara Kifli,
Terima kasih atas keperihatinan anda berkenaan kepentingan orang Melayu/bumiputra. Demang rasa anda bukan penyokong PKR kerana penyokong parti itu sepatutnya akan gembira dengan penghapusan tersebut.

Adalah terlalu awal untuk Demang membuat penilaian terhadap tindakan PM dalam perkara ini. Apatah lagi maklumat mengenainya masih terlalu sedikit sedangkan keputusan tersebut adalah satu keputusan yang begitu besar. Malah jika dilihat pada kenyataan tersebut ia sudah bercanggah dengan perlembagaan negara. Sedangkan kita tahu bahawa sesuatu keputusan hatta akta sekalipun akan terbatal sekiranya bercanggah dengan perlembagaan.

Bagi Demang, Najib selaku pemimpin yang telah dipilih melalui proses demokrasi serta sentiasa terdedah dengan proses pemilihan dan undi tidak percaya sudah tentu sedar akan risiko setiap tindakannya. Adalah mustahil beliau akan mengambil tindakan yang akan menjerumus dirinya sendiri ke jurang kemusnahan. Semua orang Melayu (kecuali penyokong PKR) pasti akan menentang beliau, malah tidak mustahil akan mengemukakan undi tidak percaya.

Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa Najib adalah anggota kabinet dan Ahli Parlimen paling berpengalaman dilantik menjadi PM. Beliau sudah menjadi MB Pahang dan timbalan menteri dalam kabinet ketika usia yang amat muda. Demang percaya, jika ada tanggapan bahawa Najib seorang yang kurang cerdik, maka semua pemimpin lain samada di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang dikira lebih tidak cerdik berbanding beliau.

Saudara Kifli wajar untuk merasa bimbang. Begitu juga Demang. Namun sedarlah, bukan hanya kita berdua yang berperasaan begitu. Saudara berfikir dalam lingkungan fikiran, pengetahuan, dan ilmu saudara sahaja. Selebihnya, saudara berfikir berdasarkan pendapat dan pandangan orang lain yang berada di luar dari kumpulan pemikir Najib. Pihak yang berada di luar sekadar menyangka dan menduga. Mereka membuat andaian berdasarkan maklumat yang cuma sedikit yang mereka perolehi.

Demang tidak pernah menganggap Najib maha hebat dan serba sempurna. Sebagaimana manusia biasa beliau tidak sunyi dari pelbagai kelemahan. Namun beliau bukanlah berseorangan dalam membuat keputusan. Begitu juga semua PM yang telah lalu. Bahkan juga para pemimpin negara lain.

Dalam pada itu Demang tidak menolak sama sekali peranan pihak pembangkang dalam membina negara. Jika tidak, masakan rakyat turut memperuntukan sejumlah perbelanjaan yang besar bagi menyara mereka setiap bulan dengan pelbagai kemudahan?

Sejak merdeka, pihak kerajaan dan pembangkang sama-sama berganding bahu membina negara. Parti-parti PAS, PRM, dan DAP terutamanya sentiasa konsisten dalam bertindak selaku pihak yang sentiasa mengawal keputusan dan tindakan kerajaan yang memerintah. Sebagai bukti, PAS yang merupakan parti pembangkang terbesar tidak pernah bertanding melebihi syarat yang boleh melayakkan mereka mengambil alih kerajaan.

Namun keadaan ini tiba-tiba berubah setelah Anwar dibebaskan. Anwar membawa satu gerakan menyongsang arus dengan bertindak mengemukakan kerajaan alternatif. Sebenarnya Anwar bukan berubah wajah dan perilaku. Bagi yang lama mengikuti perkembangan politik negara dengan mudah memahami corak penglibatan beliau dalam politik negara. Kemasukannya ke dalam UMNO telah merubah parti itu daripada bersikap sederhana, menjadi sebuah parti elit (baca, politik wang). Siapa yang dapat menyangkal peranan Anwar menggunakan kuasa, pengaruh, dan wang setiap kali ingin menakluki mana-mana jawatan. Allahyarhan Tun Ghafar Baba adalah salah seorang mangsa beliau.

Najib dan pasukannya perlu diberi ruang dan masa bagi menjayakan misi dan visi negara. PRU 13 tidak begitu lama lagi. Itulah tempoh untuk Najib dan pasukannya bekerja dan jangan kita sengaja mengganggu mereka. Apabila tiba masanya nanti, nilailah samada mereka berjaya atau tidak. Gunakan kuasa kita sebagaai pengundi.

Satu Malaysia.

1 Malaysia

Berkerut dahi seorang teman apabila diajukan tentang konsep 1 Malaysia. Teman di sebelahnya tersenyum sinis. Beliau bukan menyindir temannya yang tidak faham konsep 1 Malaysia itu tetapi merasakan betapa sengkeknya idea DS Najib memajukan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan PAP dan diteruskan oleh DAP.

Agak-agaknya, siapa sebenarnya yang belum faham?

Bagi Demang, konsep 1 Malaysia bukanlah perkara baru, namun amat berbeda berbanding 'Malaysian Malaysia'. Ia sebuah konsep berasaskan Perlembagaan Persekutuan (31 Ogos 1957).

Secara mudahnya, 'Malaysian Malaysia' memperjuangkan kesamarataan. Manakala 1 Malaysia mengutamakan keadilan, yakni menentukan hak dan keperluan serta mengagihkan harta negara melalui instrumen yang dikenalpasti oleh pakar-pakar ekonomi, politik, sosial, dan agama. Seterusnya dibincang dan diputuskan melalui sistem demokrasi raja berparlimen.

Pengagihan bukan sahaja mengambilkira harta yang kita sudah ada malah juga strategi untuk menambah lagi harta tersebut supaya pengagihan akan datang lebih meluas dan bertambah banyak.

Jika demikian, apa yang menariknya dengan konsep 1 Malaysia?

Sebenarnya konsep 1 Malaysia adalah pemantapan terhadap Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada 22 Februari 1991 melalui kertas kerja bertajuk "Malaysia Melangkah Ke hadapan".

Wawasan 2020 adalah respon kepada perkembangan ekonomi, sosial, dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa ketika itu.

Objektif Wawasan 2020 ialah mewujudkan sebuah negara merdeka yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, dan kebudayaan.

Konsep 1 Malaysia muncul dalam Cabaran Pertama Wawasan 2020 iaitu 'Mewujudkan Bangsa Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama'.

Konsep 1 Malaysia ini disebut pula dengan jelas dalam Cabaran Kelima Wawasan 2020 iaitu 'Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada SATU NEGARA'.

DS Najib mengambil langkah bijaksana pada masa yang tepat, dan dalam situasi yang betul dengan mengajukan konsep 1 Malaysia ini.

Kemelut ekonomi yang memperlihatkan keruntuhan sistem ekonomi kapitalis yang sedang berlaku sekarang memerlukan penggembelengan usaha, tenaga, dan fikiran semua rakyat Malaysia.

Sudah lupakah dengan kata-kata 'bersatu teguh bercerai roboh'?

Semua orang mendakwa sayang pada negara. Namun adakah semangat itu dikotakan?

Memang sukar untuk menilai diri sendiri. Justeru kemelut yang berlaku di negara jiran sewajarnya menjadi cermin pada kita. Adakah suasana begitu yang kita inginkan? Adakah kita mahu mewajarkan cara peralihan kuasa yang begitu? Suatu ketika dulu mereka memberontak terhadap Thaksin. Kini penyokong Thaksin pula memberontak bagi menjatuhkan Abhisit Vejava.

Apa pula selepas ini? Adakah penyokong Abhisit akan berdiam diri jika beliau digulingkan?

Mahukah kita hidup dalam negara seperti itu?

Kesimpulannya, 'Malaysian Malaysia' membawa persoalan "apakah yang aku boleh dapat dari negara? adakah aku sudah dilayan dengan adil?"

Sebaliknya '1 Malaysia' memberi fokus tentang "apakah yang patut aku sumbangkan pada negara Malaysia ini?"

Itulah maksud 1 Malaysia.

Wednesday, April 15, 2009

Fakta kemenangan Nizar di Bukit Gantang: Ada udang...

Ternyata telahan Demang tepat apabila membuat spekulasi bahawa pengundi Melayu akan menolak PAS/Nizar dalam PRK Bukit Gantang. Andaian Demang juga tepat apabila menjangkakan pengundi Cina akan terus membantu kemenangan PAS/Nizar.

Kenapa orang Cina mengharapkan PAS menang? Adakah mereka cenderung pada Islam? Kalau mereka inginkan Islam, mereka akan memeluk agama Islam dan bukannya memberi undi pada PAS. Walaupun ada pemimpin PAS kata undi PAS boleh masuk syurga, tapi fatwa tersebut tidak ditujukan pada orang yang belum masuk Islam.

Berikut adalah fakta dan data yang Demang kutip dari blog Aspirasi Bangsa.


Antara data yang perlu dilihat sebagai perbandingan antara 2008 dan 2009 ialah:


1) Kawasan PAS menang 2008 dan 2009 -undi Melayu kekal atau bertambah tetapi undi kebanyakan kaum Cina berpindah kepada PAS. keseluruhannya majoriti PAS dapat dikurangkan dengan ketara dan BN menang di beberapa kawasan.

1- Simpang Halt (Cina - 36%/ India 16%)
2- Kuala Sepetang (Cina 95%)
3- Jalan Mengala (Cina 65%)
4- Bendang Siam (Melayu 99%)
5- Changkat Ibol (Melayu 99%)

6- Pengkalan Aor (Cina 35%/ India 145)
7- Simpang Lama (Cina 48%/ India 11%)

8- Simpang Baru (Cina 90%)

9- Jalan simpang (Cina 30%/ India 15%)

10- Kawasan JKR (Cina 40%/ India 17%)

11- larut Tin (Cina 25%/ India 16%)

12- Kg Cheh (Melayu 99%)

13- Kuala Trong (Cina 22%)

14- Trong (Cina 06%/ India 40%)

15- Trong Barat (Cina 33%/ India 21%)
16- Ayer Terjun (Cina 26%/ India 13%)

17- Sg Rotan (Cina 61%/ India 16%)



2) Kawasan yang BN kalah pada 2008 dan menang pada 2009 (khasnya dikubu kuat PAS)
1- Ayer Putih (Melayu 71%)
2- Changkat Jering (Melayu 96%)
3- Bukit Gantang (Melayu 98%)

4- Kampung Tebok Trong (Melayu 99%)

5- Batu Hampar (Melayu 89%)



3) Kawasan yang BN menang pada 2008 dan 2009 -Undi sokongan Melayu kepada BN meningkat

1- Kemunting Station (Melayu 87%)

2- Jebong (Melayu 77%)

3- Kg Menteri (Melayu 80%)

4- Matang Gelugor (Melayu 96%)

5- Sg Limau (Melayu 80%)

6- Kg Jaha (Melayu 93%)

7- Sg Mati (Melayu 45%/ Cina 22%/ India 33%)

8- Ayer Kuning (Melayu 88%)
9- Jelutong (Melayu 98%)
10-Pasir Hitam Trong (Cina 99%)
11-Bkt Gantang Selatan (Melayu 60%/ Cina 10%/ India 30%)
12-Temerlok (Melayu 39%/ Cina 52%)
13- Sg Che rahmat (Melayu 98%)
14- Permatang Raja (Melayu 99%)
15-Sungai Tinggi (Melayu 71%/ Cina 29%)
16- Padang Gajah (Melayu 76%/ Cina 10%/ India 14%)



Kesimpulannya ialah undi Melayu bertambah menyokong BN dan BN dapat menawan 5 Peti Undi yang PAS pernah menangi dahulu namun tidak cukup untuk menampung pengundi Cina yang dibeli oleh PAS.



Untuk maklumat lanjut: Blog Aspirasi

Terima kasih pada blogger Aspirasi-Bangsa atas maklumat ini.

Tuesday, April 14, 2009

Kritis, bukannya kritik



Semalam Demang dan isteri menghantar seorang sepupu untuk pulang ke kolejnya. Sebaik memasuki lebuh AMJ (Melaka-Merlimau) penuntut politeknik tersebut memberitahu bahawa baru-baru ini seorang rakan pelajarnya terbunuh dalam satu kemalangan di jalan raya tersebut. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mayatnya diseret oleh sebuah MPV sejauh 25 KM.

"Dua Puluh Lima Kilometer?" tanya Demang ingin kepastian.

"Ya, Dua Puluh Lima Kilometer." jawabnya dengan yakin.

"Siapa beritahu?" tanya Demang lagi.

"Ada kawan beritahu." jawabnya.

"MPV tu seret sejauh 25KM dan pemandu tersebut tidak sedar? Pukul berapa kejadian tu?" tanya pula isteri Demang.

"Tengahari. Selepas habis kuliah." si pencerita mula ragu.

"Takkan pemandu kereta lain pun tak nampak?" isteri Demang menguji lagi.

"Engkau tahu tak, jarak dari Melaka ke Merlimau tidak sampai 25 KM dan terdapat tidak kurang tiga simpang-empat berlampu isyarat. Bayangkan, sepanjang jarak itu MPV tersebut menyeret mangsa." kata Demang.

Demang bawakan kisah di atas kerana antara analisis yang dibuat selepas pilihanraya ialah majoriti golongan muda telah memberikan undi kepada pihak pembangkang. Maka Demang tertanya-tanya adakah keputusan orang muda itu berdasarkan kajian menyeluruh terhadap fakta, atau hanya persepsi disalut emosi? Atau lebih malang lagi mengundi 'ikut cakap' orang.

Berdasarkan pengalaman Demang mengendalikan kursus motivasi yang melibatkan pelajar IPTA dan IPTS, majoriti peserta mempunyai pengetahuan kenegaraan dan sejarah yang terlalu minimum. Sebahagian kecil yang tahu sejarah pula sekadar 'menghafal' fakta dan gagal mengaplikasi dengan situasi semasa.

Malah 90% respoden memberi jawapan bercanggah dengan fakta ketika ditanya soalan tentang kedudukan kerusi DUN Perak. Mereka menyatakan PAS mempunyai kerusi majoriti dalam DUN Perak sedangkan parti tersebut cuma menang enam kerusi berbanding 28 kerusi UMNO. Lihatlah betapa lebarnya jarak sokongan rakyat Perak terhadap kedua-dua parti.

Para responden yang terdiri daripada mahasiswa IPTA tersebut lebih terperanjat lagi apabila Demang beritahu PKR cuma mempunyai TIGA orang calon Melayu yang menang.

Jadi, bagaimana mereka membentuk kerajaan Perak dengan Nizar menjadi MB? Jawabnya kerana DAP memenangi 18 kerusi DUN.

Siapa sebenarnya yang membentuk kerajaan?

Terbaru, dari sejumlah siswa yang ditanya tentang pembentukan kabinet baru, ramai yang memberi komen bahawa perlantikan Mukhriz yang kalah dalam pemilihan Pemuda UMNO menampakkan ketidakadilan DS Najib. Hal ini kerana KJ yang menang tidak dilantik.

Demang tanya semula, apakah yang kamu semua akan kata jika KJ dilantik? Bukankah itu yang diingini oleh orang ramai? Kenapa membantah setelah keinginan kamu dipenuhi?

Kemudian, mereka mempersoalkan tindakan Najib tidak melantik DS Khir Toyo. Demang tanyakan; "tahukah kamu semua perbezaan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan? Adakah DS Khir Toyo seorang Ahli Parlimen yang melayakkan beliau memasuki kabinet?

Bagi anda yang memahami prosedur tersebut mungkin akan memberi alasan DS Khir boleh dilantik sebagai senator terlebih dulu. Demang jawab, berapa ramai senator yang nak kita lantik?

Sebenarnya pembangkang sudah bersedia untuk membangkang apa sahaja. Jika kerajaan buat begini, maka ini yang mereka kritik. Jika kerajaan buat macam lain, lain pula kritikannya.

Itulah minda pembangkang.

Bersediakah pengundi menapis semua itu dan membuat keputusan dengan bijak ketika mengundi?

Melihat pada siswa-siswi sekarang, Demang wajar merasa risau...

Wallahu'alam.

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Najib



Sebaik melihat senarai penuh kabinet pertama Najib, meluncur tiga patah perkataan dari mulut Demang: "Najib memang bijak". Demang akan menulis kemudian alasan Demang. Sementara itu anda lihatlah sendiri dan boleh tinggalkan pendapat anda.

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Disalin dari http://pakmie.blogspot.com/2009/04/barisan-kabinet-bersama-dato-seri-najib.html

Tuesday, April 7, 2009

Assobiyah



Keputusan tidak rasmi PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai sudah mula tersebar meskipun proses sebenar belum selesai, kecuali di Batang Ai yang menyaksikan kemenangan calon BN menewaskan calon PKR. Sementara itu Demang kutip komen yang ditinggalkan dalam sebuah lagi blog Demang iaitu Morhabshi

.................

jebbat said...
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…


.................

Demikianlah betapa yakinnya Jebbat pada fahamannya itu. Demang dapat rasakan betapa sedihnya Jebbat melihat semua penyokong kerajaan yang diyakininya telah 'tersesat' kerana memperjuangkan 'assobiyah'.

Demang bukanlah pandai sangat namun tidaklah terlalu bodoh untuk memahami sejarah bangsa dan ajar agama sendiri.

Berikut adalah respon Demang. Semoga Allah SWT sentiasa menunjukkan jalan yang benar dan lurus kepada Demang. Itulah doa Demang setiap kali selesai solat.

Saudara Jebbat,
Terima kasih kerana meninggalkan pendapat saudara di sini (http://morhabshi.blogspot.com) Saya percaya saudara seorang muslim yang baik yang sentiasa inginkan kebaikan dan berharap kebaikan tersebut dikongsi dengan orang lain. Semoga Allah SWT merahmati saudara. Namun adalah lebih molek jika saudara tidak 'menikam' secara rambang sebaliknya saudara berterus terang mengenai apa dan siapa yang memperjuangkan 'assobiyah' tersebut.

Oleh kerana blog Morhabshi hanyalah blog perubatan herba maka saya keberatan untuk memberi respon saya dalam blog tersebut sebaliknya saya bawa ke blog waadat ini kerana gelanggangnya lebih sesuai.

Jika saudara maksudkan UMNO maka perlulah saudara sedar, jika UMNO memperjuangkan 'assobiyah' tak mungkin parti itu sanggup memberikan kerusi kepada MCA dan MIC dalam PRU 1955 walaupun orang cina dan India tidak mempunyai sebarang kawasan majoriti tika itu. Malah, sehingga PRU12, tidak ada satu kawasanpun yang mempunyai majoriti orang India. Ramai pemimpin MCA dan MIC diletakkan di kubu kuat UMNO bagi memastikan kemenangan mereka. Masihkah UMNO bersikap ‘assobiyah’?

Saudara Jebbat,
Agar sukar saya menjawab apabila saudara tidak menunjukkan di mana kesilapan itu berlaku. Jika saudara maksudkan kontrak sosial, perlulah saudara sedar bahawa tiga perkara yang dikatakan keistimewaan orang Melayu iaitu agama Islam, raja-raja Melayu, bahasa Melayu, dan hak istimewa orang Melayu itu bukanlah sesuatu yang dirampas daripada kaum lain sebaliknya penganugerahan taraf kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu membawa implikasi hak orang Melayu terpaksa dikongsi dengan kaum yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Dengan kata lain, jika sebelum ini semua khazanah di muka bumi Tanah Melayu ini menjadi milik mutlak orang Melayu, maka selepas kaum bukan Melayu menjadi warganegara, semua itu perlu dikongsi bersama. Tidak cukupkah pemgorbanan orang Melayu? Hendak diambil semuakah harta orang Melayu? Tidak kasihankah saudara pada oarang Melayu yang terpaksa menjadi kuli di tanahair sendiri? Lihatlah gedung-gedung perniagaan milik warganegara bukan Melayu yang tersergam hebat.

Orang Melayu bukan bangsa yang semulajadi lemah. Bukalah sejarah empayar Melaka dan renungkan betapa kita pernah membina sebuah tamadun terhebat di dunia. Namun, oleh kerana empayar tersebut adalah sebuah empayar Islam maka kita diserang dan dijajah selama 446 tahun. Tatkala orang Cina diberi pelbagai kemudahan selama beratus tahun, orang Melayu masih ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.’

Saudara Jebbat,
Mungkin saudara memikirkan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang memandangkan nenek moyang orang Melayu berasal dari Jawa, Makasar, Sumatera dan sebagainya. Namun saudara perlu tahu bahawa semua pulau tersebut merupakan kepulauan Melayu dan penduduknya adalah serumpun. Samalah seperti Rasulullah yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Meski berlainan daerah namun mereka adalah dari rumpun yang satu (Arab). Pun begitu, dalam Piagam Madinah tetap dinyatakan hak-hak golongan Ansar dan Muhajirin. Saudara semaklah Perlembagaan negara kita dan lihatlah betapa bukan sahaja hak orang Melayu sahaja yang dinyatakan malah kepentingan kaum yang berhijrah juga turut didokumenkan.

Menurut ketetapan yang dibuat oleh PBB, imigran terbahagi dua kategori iaitu imigran tempatan dan imigran antarabangsa. Justeru penghijrahan orang Melayu dari sebuah pulau Melayu ke sebuah pulau Melayu yang lain didefinisi sebagai imigran tempatan. Sebaliknya jika seseorang Melayu berhijrah ke mana-mana kawasan di wilayah China atau India maka orang Melayu tersebut dianggap imigran antarabangsa. Dalam kes tersebut orang Melayu tersebut dianggap pendatang asing.

Saudara Jebbat,
Negara ini perlu kita bina bersama. Namun bersederhanalah. Jangan diminta yang bukan-bukan. Kerajaan bukanlah sempurna. Memang banyak ruang kosong yang boleh dan perlu diperbaiki. Jangan diroboh kesemuanya. Saudara mempunyai ilmu namun sedarlah bahawa orang lain juga begitu. Janganlah terlalu mudah menuduh orang lain tidak betul hanya kerana sedikit perbezaan pendapat.

Semoga saudara sering berkunjung ke waadat untuk bertukar-tukar pendapat.

Wallahualam.

Monday, April 6, 2009

Negara Islam: menyediakan sebuah negara yang memberi keselesaan untuk beribadat



Video yang Demang papar pada permulaan blog Waadat ini memberi impak yang amat besar dalam mengiringi perubahan besar persepsi rakyat. Manakan tidak, Nizar telah mencabar Tajol Rosli untuk membuktikan dakwaan Tajol bahawa PAS meletakkan penubuhan negara Islam dalam perjuangan parti tersebut. Dengan kata lain Nizar dengan tegas mendakwa PAS yang diangggotainya hingga kini tidak pernah meletakkan penubuhan negara Islam sebagai visi perjuangan parti tersebut.

Perlu diingat bahawa pengakuan Nizar tersebut dibuat dalam sidang DUN Perak yang beliau menjadi Menteri Besarnya ketika itu.

Adakah Nizar bersendirian dalam kenyataan tersebut? Ternyata tidak. Pemillihan Nizar sebagai calon Parlimen Bukit Gantang kali ini memberi isyarat jelas bahawa kepimpinan PAS bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Jadi, apakah perjuangan PAS sebenarnya? Apakah motif PAS mencanangkan kepada rakyat bahawa parti itu ditubuhkan bagi mendirikan sebuah negara Islam? Padahal perlembagaan parti tersebut tidak pernah mencatatkan sedemikian! Demang tidak tergamak untuk menyatakan pemimpin parti tersebut berbohong.

Maka Demang teringat kajian beberapa orang sahabat Demang beberapa tahun lalu yang menunjukkan PAS tidak pernah meletakkan calon yang cukup bagi membentuk sebuah kerajaan pada setiap kali pilihanraya umum. Padahal tidak mungkin para pemimpin PAS tidak mengetahui bahawa syarat untuk meminda perlembagaan (termasuk bagi menubuhkan negara Islam) memerlukan sokongan 2/3 ahli parlimen. Dengan kata lain, jika benar PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam (mengikut acuannya sendiri) maka PAS perlu menguasai lebih daripada 2/3 kerusi parlimen. Anehnya, bukan sahaja 2/3, malah PAS tidak pernah bertanding lebih daripada 1/2 kerusi parlimen, termasuk ketika PRU12.

Seterusnya, apabila Demang menyemak Perlembagaan Malaysia, Perkara 3 (1) dengan jelas mencatatkan bahawa:
“Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Sebelum itu, Perkara 1 (1) mentakrifkan:
“Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.”

Perkara 32 (1) pula menyebut:
“Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.”

Perkara 32 (1) di atas menegaskan bahawa Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong. Demang catatkan Perkara 32 (1) ini adalah bagi mengaitkan satu lagi peranan Yang di-Pertuan Agong iaitu Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja. Bagi negeri-negeri yang mempunyai raja atau sultan maka raja atau sultan masing-masing menjadi ketua agama Islam.

Hal ini nyatakan dalam:
Perkara 3 (2):
Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-negeri yang tidak mempunyai raja kedudukan raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, ... (dan seterusnya)

Perkara 3 (3):
Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam de Negeri itu.

Perkara 3 (5):
”Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; ...” (dan seterusnya)

Tujuan Demang menyalin Perkara-Perkara dalam Perlembagaan Malaysia di atas ialah agar kita semua berfikir adakah belum cukup peruntukan untuk umat Islam menunaikan ibadah di negara ini? Negara Islam yang bagaimanakah lagi yang cuba ditubuhkan oleh PAS?

Demang catatkan kesimpulannya:
1) Islam adalah agama negara kita.
2) Ketua Negara kita adalah Ketua Agama Islam.
3) Orang Islam adalah penduduk utama (teras) dan diberi pelbagai keistimewaan.
4) Agama selain Islam tidak boleh disebarkan di negara kita dan orang Melayu tidak boleh sama sekali murtad (rujuk kes Lina Joy).

Jika pun kita enggan menerima kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, adakah kita tidak mahu mengakui bahawa Malaysia telah menyediakan iklim yang cukup selesa untuk kita melaksanakan ajaran Islam dalam keadaan penduduk yang berbagai kaum ini.

Adakah PAS mempunyai alasan lain untuk mengambil alih kepimpinan negara? Pemimpin PAS kini tidak boleh lagi bercakap soal hudud atau penubuhan negara Islam!

Friday, April 3, 2009

DATO SERI NAJIB TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 6




Demang turut bersama rakyat Malaysia mengucapkan tahniah pada DATO SERI NAJIB TUN ABD RAZAK selaku PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 6.

Thursday, April 2, 2009

Nizar atau PAS yang berbohong?

Demang dah lama tahu, tetapi tak sangka pula Nizar yang akan bongkar perkara ini. Nak tahu? Tontonlah sendiri dalam klip video di atas tadi....

Sumber:
http://www.youtube.com/watch?v=JQdib-ZyONs

Wednesday, April 1, 2009

Berita Terkini: Berita Harian-Celcom-Waadat

BH 01/04: Abdullah Badawi mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang terakhirnya di Putrajaya, bermula 10 pagi tadi dan dijangka tamat 12.30 tengah hari.

BH 01/04:Shahrir serah surat letak jawatan Menteri pada mesyuarat Kabinet hari ini yang berkuat kuasa Rabu depan.

BH 01/04: Mahkamah Tinggi menetapkan esok untuk mendengar permohonan Nizar mendapatkan perintah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

BH 01/04:Yang di-Pertuan Agong berkenan istiadat angkat sumpah jawatan Najib sebagai PM pada Jumaat ini, jam 10 pagi di Istana Negara: KSN

Di atas tadi ialah empat berita ringkas Berita Harian yang dihantar melalui talian Celcom ke HP Demang hari ini. Lamgganlah. Cuma RM5 sebualan dan bulan pertama PERCUMA.

Berita pertama dan kedua memperlihatkan sikap wira sebenar yang rela melepaskan jawatan demi kestabilan politik negara.

Siapakah yang sedia mengakui kesilapan sendiri? Malah biasanya kita hanya nampak kesilapan orang lain. Pak Lah pun manusia juga. Beliau sendiripun percaya bahawa dirinya tidak bersalah. Namun demi negara, beliau akur dengan kehendak majoriti rakyat. Mudahkah melepaskan kuasa tertinggi ketua eksekutif?

Begitu juga Shahril yang Demang tidak tahu di mana silapnya sehingga beliau ditolak dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Namun beliau akur dengan keputusan ahli.

Dalam tradisi UMNO, situasi begini bukan kali pertama berlaku. Semaklah sejarah negara. Bermula dengan Dato' Onn Jaafar yang menarik diri setelah keinginannya bercanggah dengan kehendak
majoriti ahli UMNO, hinggalah perletakan jawatan Tun Dr Mahathir yang menyedari betapa beliau dianggap 'membawa masalah' pada kestabilan politik negara. Tun tidak meletak jawatan kerana beliau yakin beliau melakukan kesalahan. Sebaliknya beliau meletak jawatan kerana ramai yang menuduh beliau bersalah.

Malangnya ada pemimpin yang tidak mahu berkorban begitu walaupun baru-baru ini ada orang yang sanggup bersumpah bahawa tuduhan yang dibuat benar-benar berlaku. Sumpah tersebut bukan sekadar tuduhan sebaliknya satu pengakuan dari orang yang terlibat.

Beratus tahun dahulu Tun Tuah juga menghadapi situasi yang hampir sama.dan beliau juga bertindak menghindar diri dari memberontak. Beliau tunduk pada takdir dan tidak sekali-kali mahu menimbulkan huru-hara sedangkan beliau sangat mampu untuk ‘lawan tetap lawan’.

Namun berita ketiga amat bertentangan. Nizar tersingkir dari tampuk pemerintahan negerinya dan keputusan tersebut diperkenan Sultan. NIzar membantah dan mencari jalan bagi mendapatkan semula kedudukannya. Beliau tidak peduli bagaimana cara yang perlu dilakukan asalkan matlamatnya menjadi MB semula tercapai.

Berita terakhir adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat Malaysia. Demang percaya, kebanyakan dari persepsi berupa perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan akan beransur lenyap.
Demang melihat pihak pembangkang amat gusar dengan keadaan ini. Manakan tidak, bukan sahaja Najib, Zahid adalah bekas rakan karib Anwar yang lebih kenal Anwar berbanding kebanyakan penyokong Anwar.

Bagaimana dengan Ezam? Ezam adalah mimpi ngeri bagi Anwar.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)