Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, April 24, 2009

1 Malaysia

Berkerut dahi seorang teman apabila diajukan tentang konsep 1 Malaysia. Teman di sebelahnya tersenyum sinis. Beliau bukan menyindir temannya yang tidak faham konsep 1 Malaysia itu tetapi merasakan betapa sengkeknya idea DS Najib memajukan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan PAP dan diteruskan oleh DAP.

Agak-agaknya, siapa sebenarnya yang belum faham?

Bagi Demang, konsep 1 Malaysia bukanlah perkara baru, namun amat berbeda berbanding 'Malaysian Malaysia'. Ia sebuah konsep berasaskan Perlembagaan Persekutuan (31 Ogos 1957).

Secara mudahnya, 'Malaysian Malaysia' memperjuangkan kesamarataan. Manakala 1 Malaysia mengutamakan keadilan, yakni menentukan hak dan keperluan serta mengagihkan harta negara melalui instrumen yang dikenalpasti oleh pakar-pakar ekonomi, politik, sosial, dan agama. Seterusnya dibincang dan diputuskan melalui sistem demokrasi raja berparlimen.

Pengagihan bukan sahaja mengambilkira harta yang kita sudah ada malah juga strategi untuk menambah lagi harta tersebut supaya pengagihan akan datang lebih meluas dan bertambah banyak.

Jika demikian, apa yang menariknya dengan konsep 1 Malaysia?

Sebenarnya konsep 1 Malaysia adalah pemantapan terhadap Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada 22 Februari 1991 melalui kertas kerja bertajuk "Malaysia Melangkah Ke hadapan".

Wawasan 2020 adalah respon kepada perkembangan ekonomi, sosial, dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa ketika itu.

Objektif Wawasan 2020 ialah mewujudkan sebuah negara merdeka yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, dan kebudayaan.

Konsep 1 Malaysia muncul dalam Cabaran Pertama Wawasan 2020 iaitu 'Mewujudkan Bangsa Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama'.

Konsep 1 Malaysia ini disebut pula dengan jelas dalam Cabaran Kelima Wawasan 2020 iaitu 'Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada SATU NEGARA'.

DS Najib mengambil langkah bijaksana pada masa yang tepat, dan dalam situasi yang betul dengan mengajukan konsep 1 Malaysia ini.

Kemelut ekonomi yang memperlihatkan keruntuhan sistem ekonomi kapitalis yang sedang berlaku sekarang memerlukan penggembelengan usaha, tenaga, dan fikiran semua rakyat Malaysia.

Sudah lupakah dengan kata-kata 'bersatu teguh bercerai roboh'?

Semua orang mendakwa sayang pada negara. Namun adakah semangat itu dikotakan?

Memang sukar untuk menilai diri sendiri. Justeru kemelut yang berlaku di negara jiran sewajarnya menjadi cermin pada kita. Adakah suasana begitu yang kita inginkan? Adakah kita mahu mewajarkan cara peralihan kuasa yang begitu? Suatu ketika dulu mereka memberontak terhadap Thaksin. Kini penyokong Thaksin pula memberontak bagi menjatuhkan Abhisit Vejava.

Apa pula selepas ini? Adakah penyokong Abhisit akan berdiam diri jika beliau digulingkan?

Mahukah kita hidup dalam negara seperti itu?

Kesimpulannya, 'Malaysian Malaysia' membawa persoalan "apakah yang aku boleh dapat dari negara? adakah aku sudah dilayan dengan adil?"

Sebaliknya '1 Malaysia' memberi fokus tentang "apakah yang patut aku sumbangkan pada negara Malaysia ini?"

Itulah maksud 1 Malaysia.

1 comment:

kifli said...

UMno Gadai Melayu
Antara isu yang menarik adalam berita nasional semalam ialah mengenai penghapusan keperluan pegangan 30% ekuiti Bumiputera dalam 27 sektor kecil perkhidmatan. Dalam keadaan negara masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti bumiputera seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, nampaknya Najib Razak mengambil langkah berani menghapuskan terus Dasar ini sepertimana yang diminta oleh Parti MCA, Gerakan dan MIC, rakan parti komponennya dalam BN.

Sekiranya kita masih ingat, perkara yang sama juga pernah dibangkitkan oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedikit masa dahulu namun akibatnya beliau dicerca oleh keseluruhan pimpinan dan ahli Umno BN termasuk pimpinan NGO Melayu. Akibatnya isu ini terhenti begitu sahaj dan menjadi tidak popular untuk dibangkitan lagi. Nah keadaan kini menjadi sebaliknya. Kalau sebelum ini pimpinan Pakatan Rakyat yang membangkitkan persoalan perlunya pegangan 30% ekuiti Bumiputra dihapuskan, namun sekarang Najib Razak, pemimpin no. 1 pula yang bersuara.

Persoalannya adakah pula selepas ini pemimpin melayu Umno ataupun NGO Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak ini? Ketika pemimpin UBN terus menerus menyerang Nizar kerana menjadi boneka DAP, adakah tindakan Najib Razak ini tidak boleh dipersoalkan?

Untuk pengetahuan kita, ini bukanlah tindakan membunuh usahawan kaum Melayu yang pertama dibuat oleh Najis Razak selepas menerima jawatan Menteri Perdana Malaysia ini. Sebelum ini juga, dalam memperkenalkan barisan kabinet kerajaan pimpinannya yang baru, beliau juga telah menghapuskan satu kementerian yang amat penting dalam pembangunan usahawan kaum Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan hanya menyerap fungsi tugas kementerian itu kepada 8 Kementerian yang berlainan. Aku harap akan ada pemimpin Umno seperti Ibrahim Ali mahupun Raja-raja Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak kali ini.-

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)