Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, April 6, 2009

Negara Islam: menyediakan sebuah negara yang memberi keselesaan untuk beribadat



Video yang Demang papar pada permulaan blog Waadat ini memberi impak yang amat besar dalam mengiringi perubahan besar persepsi rakyat. Manakan tidak, Nizar telah mencabar Tajol Rosli untuk membuktikan dakwaan Tajol bahawa PAS meletakkan penubuhan negara Islam dalam perjuangan parti tersebut. Dengan kata lain Nizar dengan tegas mendakwa PAS yang diangggotainya hingga kini tidak pernah meletakkan penubuhan negara Islam sebagai visi perjuangan parti tersebut.

Perlu diingat bahawa pengakuan Nizar tersebut dibuat dalam sidang DUN Perak yang beliau menjadi Menteri Besarnya ketika itu.

Adakah Nizar bersendirian dalam kenyataan tersebut? Ternyata tidak. Pemillihan Nizar sebagai calon Parlimen Bukit Gantang kali ini memberi isyarat jelas bahawa kepimpinan PAS bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Jadi, apakah perjuangan PAS sebenarnya? Apakah motif PAS mencanangkan kepada rakyat bahawa parti itu ditubuhkan bagi mendirikan sebuah negara Islam? Padahal perlembagaan parti tersebut tidak pernah mencatatkan sedemikian! Demang tidak tergamak untuk menyatakan pemimpin parti tersebut berbohong.

Maka Demang teringat kajian beberapa orang sahabat Demang beberapa tahun lalu yang menunjukkan PAS tidak pernah meletakkan calon yang cukup bagi membentuk sebuah kerajaan pada setiap kali pilihanraya umum. Padahal tidak mungkin para pemimpin PAS tidak mengetahui bahawa syarat untuk meminda perlembagaan (termasuk bagi menubuhkan negara Islam) memerlukan sokongan 2/3 ahli parlimen. Dengan kata lain, jika benar PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam (mengikut acuannya sendiri) maka PAS perlu menguasai lebih daripada 2/3 kerusi parlimen. Anehnya, bukan sahaja 2/3, malah PAS tidak pernah bertanding lebih daripada 1/2 kerusi parlimen, termasuk ketika PRU12.

Seterusnya, apabila Demang menyemak Perlembagaan Malaysia, Perkara 3 (1) dengan jelas mencatatkan bahawa:
“Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Sebelum itu, Perkara 1 (1) mentakrifkan:
“Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.”

Perkara 32 (1) pula menyebut:
“Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.”

Perkara 32 (1) di atas menegaskan bahawa Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong. Demang catatkan Perkara 32 (1) ini adalah bagi mengaitkan satu lagi peranan Yang di-Pertuan Agong iaitu Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja. Bagi negeri-negeri yang mempunyai raja atau sultan maka raja atau sultan masing-masing menjadi ketua agama Islam.

Hal ini nyatakan dalam:
Perkara 3 (2):
Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-negeri yang tidak mempunyai raja kedudukan raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, ... (dan seterusnya)

Perkara 3 (3):
Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam de Negeri itu.

Perkara 3 (5):
”Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; ...” (dan seterusnya)

Tujuan Demang menyalin Perkara-Perkara dalam Perlembagaan Malaysia di atas ialah agar kita semua berfikir adakah belum cukup peruntukan untuk umat Islam menunaikan ibadah di negara ini? Negara Islam yang bagaimanakah lagi yang cuba ditubuhkan oleh PAS?

Demang catatkan kesimpulannya:
1) Islam adalah agama negara kita.
2) Ketua Negara kita adalah Ketua Agama Islam.
3) Orang Islam adalah penduduk utama (teras) dan diberi pelbagai keistimewaan.
4) Agama selain Islam tidak boleh disebarkan di negara kita dan orang Melayu tidak boleh sama sekali murtad (rujuk kes Lina Joy).

Jika pun kita enggan menerima kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, adakah kita tidak mahu mengakui bahawa Malaysia telah menyediakan iklim yang cukup selesa untuk kita melaksanakan ajaran Islam dalam keadaan penduduk yang berbagai kaum ini.

Adakah PAS mempunyai alasan lain untuk mengambil alih kepimpinan negara? Pemimpin PAS kini tidak boleh lagi bercakap soal hudud atau penubuhan negara Islam!

1 comment:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Saya telah dimarahi kerana marah pada si DAP dalam blog saya, mengenai DAP menggunkan Ayat suci AlQuran dalam ceramah kempennya memancing undi.

Macam tak percaya saya ramai juga Melayu yang membela si DAP ini. Ramai yang mempertikaikan saya sebab kata mereka dulu saya yang blog pasal si Jepun yang mengaji pasal Islam.

YA, saya akur. Memang inilah kenyataannya Satu dunia tahun beratus Orientalists yang mengkaji pasal Qur'an, Hadith kerana minat mendalam mahu tahu pasal kitab suci kita.

Mereka buat research secara Ilmiah dan tulis buku dan artikle. Ramai yang mengkritik dan ramai juga yang akhirnya memeluk Islam.

Mereka argue, mereka kata Al-Qur'an untuk SEMUA. Memanglah Al-Quran untuk semua termasuk Jinn.

Mereka tak tengok ke bila Si DAP tu sebut ayat suci si LGE tersenggih. Mana saya tak sakit hati!

Tergamam saya ada orang Islam yang duduk berpeluk tubuh, turut bertepuk tangan bila Cina DAP tersalah sebut surah dalam kepelatannya itu.

Mereka juga marah bila ada hamba Allah buat laporan Polis mengenainya. Apa lagi kalau yang komplain tu UMNO, lagi mereka hot.

Saya tak nafikan Semua orang boleh Pelajari Al Quran, tapi biarlah bertempat dan janganlah hina Agama saya dengan jadikan Ayat suci Bahan memancing Undi Pilihanraya!! Dan sambil ditertawkan pula oleh yang dikelilingnya tak kiralah orang Islam atau bukan Islam.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)