Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Tuesday, May 19, 2009

Demokrasi ala PR




Demang terima SMS siang tadi bahawa Dr Khir Toyo digantung dari menghadiri sidang DUN Selangor selama SETAHUN. Untuk makluman, speaker DUN Selangor ialah YB Teng Chan Kim.

Lihatlah bagaimana PR menggunakan kuasa mereka. Lihat di Perak. Sivakumar juga membawa rentak yang sama. GANTUNG... GANTUNG... GANTUNG...

Dalam masa yang sama mereka lah yang kononnya memperjuangkan demokrasi.

Kata mereka ISA zalim. Sedangkan mereka? Baru dapat kuasa di negeri sudah bersultan di mata beraja di hati. Bagaimana agaknya jika mereka berkuasa di Parlimen?

Kata mereka, berilah peluang pada PR. Beri peluang? Lihatlah, betapa gelojohnya mereka menggunakan kuasa.

Apabila ditegur ketidakcekapan PR mentadbir Selangor, kata mereka, alaa... baru setahun. UMNO dah perintah 50 tahun.

Lihatlah apa yang telah mereka perbuat selama setahun? Demang tidak maksudkan tentang pembangunan sebaliknya soal moral dan etika demokrasi.

Adakah penggantungan Dr Khir Toyo tersebut menggambarkan semangat demokrasi? Bagaimana mereka melihat hak rakyat yang telah memilih Dr Khir?

Baru SETAHUN.... dah macam-macam yang mereka buat di Selangor dan Perak.

Gelojoh betul.

Setakat ini Dr Khir belum lagi membuat kenyataan di dalam blognya. Namun perkara ini sudah beliau bayangkan sebelum ini dalam blog beliau.

2 comments:

Anonymous said...

Tambahan:
Selepas Mahkamah Tinggi mengumumkan Nizar kekal sebagai Menteri Besar yang sah, tanpa berlenggah-lenggah dan sempat menarik nafas, beliau mengadakan mesyuarat exco malam berikutnya dan ambil keputusan gantung tiga pegawai kerajaan negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Jamaluddin Al Amini.

Turut digantung ialah Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid dan semua pergantungan tugas itu berkuat-kuasa serta-merta.

Penjawat awam pun dia nak gantung!

(sumber: http://belantan.blogspot.com/2009/05/artikel-pilihan-dap-nizar-yang.html)

azlan said...

Andai berlaku dalam bola sepak, jika pengadil (pro pr) maka berdozen pemain (pro bn) yang kena kad merah kot?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)