Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 11, 2009

Nizar mohon restu

Bismillahirrohmanirrohim.

BH 11/05: Nizar akan mohon restu Sultan Perak untuk bubar DUN selepas Mahkamah Tinggi KL hari ini memutuskan beliau masih MB Perak yang sah.

Kenapa nak bubarkan DUN sedangkan sudah berjaya menjadi MB?

Alhamdulillah, rupa-rupanya Nizar masih boleh berfikir. Dia tahu bahawa keputusan mahkamah tersebut bersifat sementara. Beliau hanya akan bertenggek seketika sahaja di bangku MB sbelum disingkirkan secara terhormat.

Cuma Demang khuatir adakah beliau sekadar berfikir demi survival politik atau untuk perjuangan Islam.

Beliau sedar bahawa DUN akan membuat undi tidak percaya dan beliau pasti kalah kerana penyokongnya cuma 28 orang berbanding BN 31 penyokong.

Selain itu beliau juga ragu-ragu dengan keputusan rayuan nanti. Nasib-baik tidak selalu akan berpihak padanya.

Cuma Demang sedih mengenangkan sultan tidak lagi berkuasa di negeri sendiri. Mungkin selepas ini ada tindakan proaktif bagi membetulkan perkara ini. Jika tidak, tunggulah saat dan ketikanya apabila orang Melayu merempat di negeri sendiri.

Jika Andalusia bertahan 700 tahun, Melaka 110 tahun, adakah hayat Malaysia sekitar 60 tahun?

Manusia berasa sedang merancang padahal perancangan tersebut cuma secebis kecil daripada perancangan Allah SWT.

Ambillah kesempatan ini untuk menjadikan perjuangan sebagai satu ibadah.

Wallahu’alam.

13 comments:

BeeEnd said...

bro..nape ni..nape bt statement yg bodoh mcm ni..

ayat ni xsesuai.."Jika Andalusia bertahan 700 tahun, Melaka 110 tahun, adakah hayat Malaysia sekitar 60 tahun?"

sepatutnya "Jika Andalusia bertahan 700 tahun, Melaka 110 tahun, adakah hayat UMNO sekitar 63 tahun?"

pndai putar belit ye..mmg ko ada ciri2 org umno totok..

TAAVEEKUN PERAK said...

Saya sendiri pun pernah derhaka kepadaUMNO untuk seketika. Kenapa saya derhaka ? Kerana ikutkan darah panas anak muda pada masa tersebut dan tiada 'didikan'. Tetapi saya cepat tersedar dan saya kembali ke landasan yang sebenar.

Anonymous said...

Pada saya bukan soal sultan hilang kuasa, tetapi soalnya adalah sultan sendiri perlu ikut kpd perlembagaan. Bukankah Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan? Negara kita tidak amalkan raja berkuasa mutlak. Dlm hal ini, sultan perak sepatutnya kena ikut prosedur perlembagaan utk pecat Nizar sebab perlembagaan adalah garis tertinggi dlm sesebuah negara atau negeri. Tindakan sultan sendirilah yg sebenarnya mencemarkan institusi sultan itu sendri..yg lain itu hanya berupa tindakbalas.

Anonymous said...

persoalannya kenapa umno nak lari daripada pilihanraya? tak berani berhadapan dengan rakyat ke? kalo jantan bubarkanlah dun sejak dilantik oleh sultan!

Anonymous said...

ADUH..., ASIK-ASIK NAK BUBUR DUN. BERAPA BANYAK LAGI DUIT RAKYAT NAK DIPAKAI UNTUK MEMUASKAN NAFSU SARAKAH POLITIK ORANG MELAYUKU INI. BERAPA RAMAI SAUDARAMARAKU YANG PERLU DIBANTU.., MASALAH2 BANJIR YANG BOLEH DISELESAIKAN, BANTUAN2 PENDIDIKAN DAPAT DISEGERAKAN. MENGAPA ADA YANG MENYOKONG BUBAR DUN SEDANGKAN MEREKA MAKAN PUN X KENYANG.. KENAPA!!!!

Anonymous said...

bukan masalah kuasa tuanku akan hilang.masalahnya ada pihak yang mempermainkan tuanku.(kita baca..ameno)
Peristiwa krisis perlembagaan meminda kuasa sultan, siapa yang buat?Siapa sebenarnya nak hapuskan kuasa raja.
PR dah berjanji akan mengembalikan kuasa sultan dan memperkukuhkan lagi kerana tuanku adalah payung negara dan negeri.

Kepada umno macam mike nie..senang jer, Nizar dah laungkan SATU MALAYSIA (1malaysia) bahawa KAMI MAHU BUBAR DUN..BIAR RAKYAT TENTUKAN...so?apa lagi. Tak berani ker wahai BN?
BN kata dapat majoriti sokongan?hanya denga 3 ekor katak itu lompat keluar kolam.Tetapi...P.Raya bukit gantang telah membuktikan bahawa DUN changkat jering telah dimenangi oleh Nizar dari segi jumlah undi yang diperolehi oleh katak jering. So What?Buat tak paham pulak umno. ini maknanya rakyat dah TOLAK!!!!!!!

Anak Perelih said...

Dah memang dari awak krisis Nizar dan PR nakkan kuasa diserah kembali kepada rakyat untuk menentukannya menerusi pilihanraya.... BTW... Nizar bukan dari UMNO... kalau pemimpin UMNO, sure tak nak pi mengadap Sultan untuk bubar DUN.. tapi terus jadi MB... itu beza pemimpin PAS/PR dengan UMNO/BN

Anak Perelih said...

Bila ada pilihanraya.. perbelanjaan tu semua rakyat Peraka akan merasa terutama bila ada projek projek segera... duit petugas negeri lain akan mengalik ke Perak... Polis dapat elaun bertugas.. pegawai SPR dapat eleun, pekerja UMNO dapt buat duit... pengundi Perak adapt duit dari UMNO/BN, kira macam pakej stimulus ekonomi la... malah lebih baik dari pekej stimulus yang Najib umumkan apa sebab duit sampai terus kepada rakyat...

Cheguman said...

Saudara BeeEnd,
Hari ini ini UMNO genap 63 tahun dan belum lagi tamat riwayatnya. Tidak usahlah saudara BeeEnd berlagak angkuh kerana merasa parti dokongan saudara banyak mengutip kemenangan. Saya bukan ahli UMNO ataupun mana-mana parti politik. Saya sendiri benci melihat pemimpin UMNO yang angkuh sejak dulu lagi. Pemimpin UMNO bukan baru angkuh 5-6 tahun ini malah sejak Anwar Ibrahim menjadi pemimpin lagi. Politik wang berleluasa ketika Anwar mencabar Ghafar Baba yang akhirnya Ghafar Baba tewas dengan kelicikan Anwar.
Justeru saya melihat keangkuhan tersebut diwarisi oleh pemimpin PKR kerana mereka adalah orang yang sama. Dan, jangan lupa bahawa sebahagian besar ‘orang Anwar’ telah menyusup masuk ke dalam PAS sebelum PKR ditubuhkan. Jika saudara BeeEnd berusia awal 20-an sekarang, saudara mungkin tidak begitu sedar peristiwa tersebut kerana waktu itu saudara masih di bangku sekolah.

Cheguman said...

Anak Perelih,
Hang cepat belajar. Baguihlah. Cuma dalam komen hang yang pertama tu masih belum menampakkan kematangan.

Takpa... usaha tangga kejayaan.

keta_besi said...

sedara-sedara sekalian, saya nampak semua mengeluarkan pendapat menggunakan perasaan bukan fikiran. Saya tak kisah sapa yang jadi menteri tapi sila sematkan dalam fikiran semua, nampak sangat kita terlalu emosi. sama islam dan sama melayu gaduh jangan nanti tanah halaman untuk anak cucu tergadai. Untuk renungan semua renunglah kembali bab bila panglima islam khalid al walid yang tidak pernah kalah perang dilucut jawatan oleh khalifah umar, dia tak bantah walaupun dia ada kuasa tentera yang ramai. dia ikut arahan khalifah umar. Pernah satu masa Ubaidah minta tentera islam untuk lepaskan pahlawan islam yang ditawan dan tak ada sape yang sanggup.Ubaidah bertanya umar kenapa tak menyahut pelawaan dia dan khalid jawab bahawa dia tunggu arahan ubaidah. Ubaidah jawab dia tak sanggup untuk arahkan khalid kemudian khalid balas balik jikalau budak 12 tahun dilantik oleh khalifah, dia akan ikut arahan tu. jadi renung-renunglah. ekonomi makin kelam kita asyik gaduh. tak ada untung kita macam nie.
Jangan lupa kekuasaan Ottoman jatuh sebab anak bangsa yang jatuhkan dan empayar dia x bersatu. bagi beeend, kaji sejarah sebab kesilapan kita buat ni pernah dibuat dulu tapi kita masih x belajar.

Redza said...

Salam Demang...

Keputusan Mahkamah itu mencerminkan betapa mahkamah bukan terikat lagi kepada Barisan Nasional... Jadi, puak-puak BN boleh lah menyatakan mahkamah sudah adil dan saksama..

Dari sudut pembubaran dewan, BN kena yakin boleh menang... Kalau tak yakin maka keluarlah ayat "Nizar takut undi tak percaya", "PRK membazir"...

Orang BN hendaklah lawan... Buktikan BN masih dihormati di Perak.. Kalau BN kalah, maka satu sahaja konklusi: BN MASIH TIDAK KUKUH DAN HANYA BERLANDASKAN RETORIK LAMA...

Maaf kalau kasar... Tapi itulah hakikatnya...

Cheguman said...

Keta_Besi, saya setuju dengan saudara. Satu pandangan menarik yang patut kita ambil ikhtibar.

Redza, Pandangan saudara juga bagus. Secara peribadi saya bersetuju. Kita tidak perlu terlalu takut. Terima ini sebagai cabaran dan jadikan ia sebagai tanda aras sebagaimana cadangan saudara.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)