Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, May 13, 2009

Realiti politik di Perak




Nampaknya kemelut politik di Perak terus mendominasi berita-berita di blog. Demang sempat singgah di blog Nobisha yang memaparkan ‘rakaman’ penyertaan beliau dalam satu program di Astro Awani malam sebelumnya. Demang tertarik dengan pendapat Nobisha mengenai ’hak-hak’ yang perlu diambil kira selain dari hak dan kepentingan diri sendiri.

Salah satu hak yang dibangkitkan ialah hak rakyat. Kebetulan gabungan parti pembangkang telah menggunakan istilah ’rakyat’ sebagai pengenalan mereka. Malah Nizar ketika berkemas-kemas untuk keluar daripada pejabat MB juga sempat merungut betapa BN telah membelakangkan rakyat.

Demang bersetuju dengan omelan Nizar itu bahawa hak rakyat tidak boleh dikebelakangkan. Bahkan Najib telah mengemukakan slogan ’rakyat didahulukan...’ bagi meingkatkan mutu perkhidmatan kerajaan. Demang percaya Hj Hadi juga memikirkan hak rakyat apabila mengemukakan konsep kerajaan perpaduan. Malangnya tidak ramai pemimpin PAS yang bersetuju dengan cadangan presiden PAS itu.

Oleh kerana semua pemimpin bercakap tentang rakyat, maka marilah kita melihat semula keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam PRU-12.

Dalam PRU tersebut, rakyat Perak telah membuat keputusan seperti berikut:

UMNO: 27 kerusi
DAP: 19 kerusi
PAS: 6 kerusi
PKR: 4 kerusi
MCA: 1 kerusi

Justeru sudah sepatutnya kita mengikut kehendak rakyat Perak. Ertinya, majoriti rakyat Perak telah memilih UMNO iaitu sebanyak 27 kerusi atau 27 orang ADUN atau 27 orang wakil rakyat mereka.

Cuma 6 kerusi diberi kepada PAS. Justeru, benarkah Nizar dipilih oleh rakyat Perak?

PKR Cuma menempel sahaja. Mereka cuma mendapat 4 kerusi.

Maka fahamlah Demang kenapa DAP beriya-iya inginkan Nizar menjadi MB Perak.


Foto sekadar hiasan: flickr.com

10 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

cheguman

saya rasa kalau mereka cakap kembalikan hak rakyat utk memilih kerajaan ,memang wajar lah UMNO yg memerintah kerana UMNO parti yg paling banyak memenangi kerusi di Perak ..

umno fobia pilihanraya said...

Bukan umno saja 27 kerusi tu..BN la woi..BN tu terdiri dari parti komponen seperti mca,mic dll... hangpa ingat umno saja ka? piiirah!!!jgn nak menipu la...

Anonymous said...

UMNO ka BN? Masa pangkah tak dak pun lambang UMNO,,,.Bila dah jadi macam ni baru nak mengaku,, sapa nak percaya..

Anonymous said...

kepada semua, jangan jadi bangang BN menang 28 kerusi, UMNO 27, MCA 1..BN ni merupakan parti yang diiktiraf dan merupakan komponen yg kukuh PAKATAN RAKYAT pulak hanya dibentuk apabila ada pilihanraya! sebelom pilihanraya, mereka dgn ideologi mereka! jgn jadi bangang! PAKATAN RAKYAT TIDAK LANGSUNG DIIKTIRAF KERANA MEREKA HANYA MEMBENTUK PAKATAN SEMASA PILIHANRAYA SAHAJA!!!

JANGAN JADI BANGANG!! BUDAK SEKOLAH MENENGAH PON TAU LAH BODOH!
BANYAKKAN MEMBACA!!!

KALAU UMNO TIDAK BERTANDING ATAS TIKET BN PON DAH LAME DORANG JADI MB SEBAB MEREKA MEMPUNYAI MAJORITI BERBANDING PARTI LAEN!!!!!

YG KORANG NI BAHALOL SGT APEHAL! LAEN KALI BANYAK KAN MEMBACA! JGN KUTIP DARI TONG SAMPAH LA BANGANG!!!

oster said...

Semua nombor2 ini tak penting, sebab persoalan utama ialah, adakah 3 ADUN yang meninggalkan PKR dan DAP masih mendapat sokongan pengundi kawasan mereka?

Adakah pengundi kawasan mereka mengundi berdasarkan parti atau individu?

Sekiranya Hee Yit Fong dan rakan2 beliau diundi berdasarkan parti, maka tidak wajar mereka menukar sokongan.

Sekiranya mereka diundi berdasarkan individu, maka mereka mempunyai hak untuk bertukar.

Tetapi, pada hakikatnya, kita tidau tahu niat pengundi2 kawasan mereka. Maka tindakan yang paling wajar adalah untuk menanya pengundi sekali lagi - adakah tindak 3 ADUN ini direstui pengundi kawasan mereka.

Dato' Seri Zambry sendiri kata, jangan bagi "tyranny of minority" berleluasa. Maksudnya segelintir orang tidak patut mengawal nasib majoriti. Maka, tidak wajar untuk 3 ADUN menentukan nasib cabang eksekutif Perak.

oster said...

Dan kepada Anonymous yang meletakkan komen sebelum saya, saudara tersilap, UMNO tidak mempunyai majoriti. Majoriti adalah lebih daripada 50%, maka UMNO tidak mempunyai majoriti. Mereka boleh membentuk kerajaan minoriti, tetapi oleh sebab perjanjian antara tiga parti tersebut mencukupi majoriti, ini tidak terjadi.

Selain itu, tidak perlu pun, pakatan yang sah untuk membentuk kerajaan, mengikut perlembagaan Perak.

Cheguman said...

UMNOFOBIAPILIHANRAYA, komen anda menunjukkan tahap pemikiran dan pengetahuan pembangkang di Malaysia. Ini yang saya risaukan.

OSTER,
Saya setuju dengan pendapat anda. Sebaiknya anda memberitahu perkara ini kepada Anwar Ibrahim sebelum 16September 2008.

Berdasarkan dua pendapat di atas, kita dapati pihak penyokong pembangkang terbahagi dua kategori:
1) Jahil fakta.
2) Munafik kerana menapulasi fakta.

Terima kasih ANON yang kedua atas penjelasan anda.

dap kafir harbi said...

Dap kafir ! Dap kafir Harbi ! Kami rakyat Perak bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerajaan kafir dap tumbang di Perak. Alhamdulillah! Siapa yang sokong kerajaan kafir dap samalah menyokong kafir, zionis dan yahudi.!

Anonymous said...

kerja! kerja! kerja!

masing-masing bangang!
rakyat pilih sebab suruh kerja!bukan suruh berbalah!

dari habis pilihanraya sampai hari ni,dok berbalah tak habis2.

tau-tau nak ngundi lagi.rakyat tak berenti buat kerja.yg jadi yb belum wat keja!

apa ni?!!

Cheguman said...

Nalapambu,
Adakah anda sedar kenyataan berikut:
Selepas PRU12, 8 mac 2008; Atas alasan BN menperolei 28 kerusi berbanding DAP 18. PKR 7 dan PAS. Dato Tajol mengadap DYMM Sultan Perak memohon BN membentuk kerajaan. Baginda menolaknya. Kemudian Dato Tajol memohon pembubaran Dewan atas alasan tiada parti yang mempunya mejoriti. DYMM Sultan menolak. Maka Dato Tajol berkata adalah tidak adil jika DYMM Sultan membubarkan Dewan sekarang ini atas tuntutan DAP PKR & PAS yang mempunyai 28 kerusi pada ketika BN + 3 BEBAS menpunyai 31 kerusi {mejoriti mudah}. Maka YAB Dato Dr Zambry berkata Adalah menjadi tanggung BN untuk mempertahankan hak mejoriti rakyat melalui persidangan Dewan. BN tidar gentar menghadapi Pilihan Raya. Soalnya kenapa kita harus memohon Dewan dibubarkan pada ketika BN mempunyai mejoriti. Adakah adil bagi UMNO?

(SMS dari seorang teman)

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)