Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, May 27, 2009

TKO untuk Husam



Sejak malam tadi blog-blog utama menyiarkan isu kegagalan Husam meneruskan debat dengan Ezam M. Nor iaitu bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Demang rasa tidak perlu memberi komen peribadi sebab Demangpun kali terakhir bertemu Ezam kira-kira 5 bulan yang lalu.

Cuma satu kesimpulan yang Demang buat iaitu ‘jerat makan tuan’. Untuk mengetahui maksud Demang, semaklah sendiri kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pengendali-pengendali blog yang mempunyai hubungan rapat dengan Ezam dan Husam ini:

(1)
Saya menyimpulkan kegagalan Husam hadir pada malam ini ialah kerana Ezam mengganti tempat Zahid. Saya percaya kalau Zahid diganti dengan Azalina Othman Said, Sharizat Abdul Jalil ataupun Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin pasti Husam bersedia berhujah malam ini walaupun regu asalnya tidak hadir.
Mohd Sayuti Omar, Penulis Politik http://msomelayu.blogspot.com

(2)
Tiada siapa boleh nafikan bahawa Husam mempunyai hubungan istimewa dengan pihak media kerana beliau juga merupakan bekas wartawan. Di antara pihak media yang agak rapat dengan beliau ialah Malaysiakini (hubungan kelamin),The Star dan Media Prima (TV3 & TV9).
http://muktamarpas.blogspot.com

(3)
penggantian nama zahid kepada ezam sebagai wakil pendebat umno telah dimaklumkan oleh pihak tv. malah 2 hari sebelum perdebatan berlangsung, press secretary husam telah mengeluarkan kenyataan balas kepada penerbit tv menyatakan KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN HUSAM BERDEBAT DENGAN EZAM, SELAKU WAKIL PENDEBAT UMNO.

2 hari iklan debat dalam siri hujah ini telah dilakukan. bila tiba masanya...
http://www.gerakan-anti-pkr.com

6 comments:

Anonymous said...

Maklumat kurang tepat tu bro, Husam dah bagitau awal2 yg beliau ready anytime berdebat dgn Zahid, dan beliau telah pun pergi ke sri pentas dan berada disitu hingga pukul 935pm menanti Zahid.

Pembantu Zahid berdolak dalik kata Zahid pergi oversea sedangkan Zahid ada kt Malaysia.

http://nmjnh.wordpress.com/2009/05/27/kebaculan-bn-melarat-dari-penanti-ke-hujah-tv9/

Razif AR Al-Marbawi said...

haha bro nmjnh,

cakap je la Husam tu penakut, kalau dia betul2 berani, dengan siapa2 pun dia boleh berdebat, tak payah nak pilih2 orang la! tu semua kosmetik je, utk jawatan timbalan presiden!

banyak pulak alasan puak sana ni.

Anonymous said...

haha bro nmjnh,

KO INGAT HUSAM JER KE DAH LAMER NAK BEDEBAT DGN ZAHID.EZAM 2 DARI DULU DAH CABAR HUSAM DEBAT DGN DIA TAPI APER HUSAM BUAT....BUAT BODO JER...LASTLY MLM TADI LARI LINTANG PUKANG.HUHUHU INGAT HUSAM ADA HUTANG NGAN EZAM....2 PASAL KLU SEBUT DEBAT DGN HUSAM EZAM SET JER.MEMANG ITU YANG EZAM NAK...
HUSAM BIKIN MALU SATU MALAYA

Cheguman said...

NMJNH,
Terima kasih kerana memberi komen. Saya telah melihat blog anda. Tahniah kerana mampu menyediakan sebuah blog walaupun sekadar copy & paste sahaja.

Sebagai blogger, awak kena rajin membaca, berfikiran kritis dan teliti dengan apa yang hendak awak tuliskan. Jika tidak, jadilah sebagaimana komen awak tadi: ditertawakan dan diperlekehkan oleh orang lain. Saya sudah sediakan link pada artikal tersebut tapi saya percaya awak tidak membacanya. Jika tidak, awak tidak akan menulis begitu.

Bukankah TV9 sudah mengiklankan debat Husam-Ezam selama DUA HARI? Lihat kronologi berikut:

1) Husam, dlm usaha merebut jawatan Timb Presiden PAS merancang siri debat dengan beberapa pemimpin negara bagi melonjakkan popularitinya.

2) Melalui TV9, Husam diatur untuk berdebat dgn Zahid. Zahid setuju.

3) Zahid kemudiannya mendapat info bhw debat tersebut adalah sebahagian strategi Husam berkempen utk pemilihan tsbt. Zahid minta debat ditangguhkan, sehingga pemilihan PAS selesai.

4) TV9 menawarkan Ezam ganti Zahid.

5) Husam menolak dgn alasan Ezam ahli biasa UMNO.

6) TV9 tawarkan kpd Mat Sabu, calon yg menentang Husam utk berdebat dgn Ezam.

7) Menyedari bhw debat tersbt akan melonjakkan populariti Mat Sabu, maka Husam memaklumkan pada TV9 bhw dia akan berdebat dgn Ezam.

8) Beberapa minit sebelum debat, Husam tiba dan mengatakan beliau hanya akan berdebat dgn Zahid.

Apa cerita bro?

KAPITAN MELAYU said...

Salam semua,,,

Sebeno nyer mungkin ini sebabnyer
Menteri Pertahanan tu tak jadi datang

Kepada

Ketua Pengarang/Editor/Bloogers



Jemputan Hadir ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam

Selasa: 12 Mei 2009 Jam:9 pagi



Perbicaraan kes saman malu En. Amir Bazli bin Abdullah terhadap YB Datuk Zahid Hamidi (ketika itu Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia)

Diharap pihak tuan dapat menghantar wartawan untuk sesi sidang tersebut. (Untuk urusan pertayaan sila hubungi pejabat peguam En. Amir Bazli)

(Tetuan Karpal Singh and Co.)

Sekian, terima kasih.



1. ***Sempena Hari Media Sedunia, jadilah anda seorang wartawan yang mempunyai prinsip dan beretika. Tidak seperti (disunting) dari Kelantan.

2. Beliaulah yang mula-mula mempertegahkan isu ini di dalam blog beliau tetapi telah berhenti separuh jalan. Urusetia Anak Kelantan yang membela Amar Bazli. www.anti-zahidhamidi.blogsport.com telah menyiasat dan mendapat pengakuan dari Ahmad Zahid Hamidi sendiri bahawa (disunting) telah dibayar sebanyak RM20,000 (dua puluh ribu Ringgit Malaysia) serta telah ditanggung untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah. Ini jenis wartawan yang dianggap Haji subsidi/wartawan pelacur.

3. Terkini, Amir Bazli patah hidung (KECEDERAAN KEKAL) akibat ditumbuk oleh penjenayah ini. Laporan perubatan daripada HUSM Kubang Kerian ada. Lengkap. Mata sebelah kiri (ROSAK KEKAL) akibat dilibas dengan batu oleh anak penjenayah ini. Dahi dan tulang dahi lekuk (KECEDERAAN KEKAL) akibat dihempuk dengan batu oleh menantu penjenayah ini.

4. Amir Bazli sendiri terlantar di wad HUKM Cheras, dan di wad HUSM Kubang Kerian selama 12 hari. Semuanya tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

Saksi kejadian ada tetapi tiada kawad cam dilakukakan …. Dan laporan doktor yang lengkap juga ada tetapi semuanya telah DICOVERUP. Kerana melibatkan penjenayah VVIP ini.

KEADILAN UNTUK AMIR BAZLI!

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Wallah Hualam

Cheguman said...

Kapitan Melayu,
Saya harap saudara dapat jelaskan tanpa berselindung atau menimbulkan tanda tanya pada pembaca. Dedahkan kenapa peristiwa tersebut berlaku? Adakah Zahid seorang yang kurang siuman membelasah orang tanpa sebab?

Cuba baca kes 2 hari lepas bagaimana seorang suami yang membunuh lelaki yang menculik dan merogol isterinya.

Apa pendirian anda semua dalam kes ini? Patutkah lelaki tersebut dihukum mati?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)