Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, June 9, 2009

Bersenyum



Entahkan sengaja entahkan tidak salah seorang peserta menggunakan istilah 'bersenyum' dan bukannya 'tersenyum' apabila menggambarkan perasaannya selepas satu aktiviti yang Demang kendali.

Kata beliau: "Walaupun penat namun kami masih mampu bersenyum".

Biasanya orang akan 'tersenyum' apabila ada sesuatu perkara yang menyentuh emosi seperti bahagia, gembira, atau senang hati.

Namun bila pula kita 'bersenyum'? Bagi Demang, 'tersenyum' masih memanafaatkan imbuhan 'ter' iaitu perlakuan tanpa disengajakan. Manakala 'bersenyum' ialah tindakan secara sengaja.

Justeru, walaupun kita sudah lama tidak tersenyum lantaran tiada sesiapa atau tiada apa yang mampu membuat kita tersenyum maka cubalah untuk 'bersenyum' pula.

Barangkali kita boleh lakukannya kepada pihak yang sebelum ini kita anggap sebagai musuh kita.

Sementara itu Muktamar PAS sudahpun selesai.

Bersenyumlah, walaupun kita tidak dipilih oleh perwakilan. Barangkali itu keputusan terbaik untuk rakyat Malaysia.

Takkanlah untuk bermuzakarah dan berbaik-baik sesama Islampun tidak boleh, ye tak?

Kepada Ustaz Nasharudin, Demang ucapkan TAHNIAH. Demang percaya kemenangan tersebut bukan sahaja kerana beliau lebih baik daripada Husam dan Mat Sabu tetapi juga kerana beliau mewakili ahli PAS (tulen) yang sentiasa menginginkan perdamaian.

Justeru Demang juga ucapkan tahniah kepada semua ahli PAS (tulen) yang telah menang dalam mempertahankan perjuangan sebenar PAS. Kalian sudah boleh tersenyum.

Manakala golongan Erdogan, cubalah untuk bersenyum... dan bermuhassabah.

4 comments:

Lebai Mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

Cheguman said...

Lebai,
Walaupun ramai (terutama UMNO) yang tak suka Mat Sabu, Demang sebaliknya suka mendengar ceramahnya. Jika Nasharudin tiada, Demang akan kempen Mat Sabu bagi menentang Husam.

Kata2 beliau tadi betul.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Eloklah Mat Sabu tidak menang, bolehlah dia ada lebih masa untuk karang puisi kegemarannya mengenai Altantuya. Nasib baik boleh ke Mongolia.

wakilrakyat said...

Tersenyum adalah senyum yang berlaku kerana emosi disentuh, tetapi bersenyum adalah senyum yang perlu dibuat atau dilakukan bagi mengambarkan emosi semasa untuk membuatkan orang lain turut tersenyum.
Ceramah Mat Sabun membuatkan orang ketawa terbahak-bahak, walaupun kita tau mat sabun adalah pembohong nombor wahid dalam PAS.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)