Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, June 22, 2009

Dua Berita Penting


Ada dua berita penting semalam dan hari ini yang sepatutnya membuka mata ummat Islam di Malaysia.

Pertama, kenyataan pemimpin MCA semalam bahawa jika UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS maka MCA akan bergabung dengan DAP.

Kedua, parti-parti pembangkang sepakat menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS.

Sesiapapun akan sedar bahawa tanpa berita yang pertama itu, tidak akan ada berita kedua. Jika dilihat sekali imbas pun seseorang akan tahu bahawa berita pertama adalah ugutan manakala berita kedua adalah tindak balasnya. Yakni tindak balas pihak yang lemah!

Sebenarnya UMNO sudah lama memahaminya. Itulah sebabnya UMNO membentuk Barisan Nasional bersama parti-parti bukan Islam. Namun PAS sebelum ini tidak sedar lantas menuduh UMNO macam-macam, termasuklah kenyataan Haji Hadi yang terkenal dengan nama ’Amanat Haji Hadi’. Demang tidak pasti sama ada Hj Hadi masih ingat amanat tersebut.

UMNO membentuk BN ketika sedang kuat. Maka UMNO mempunyai cukup kekuatan untuk menentukan sesuatu dasar, asalkan tidak menjejaskan kepentingan kaum lain. Contohnya, walaupun Melayu/bumiputra mewakili 66.6% (statistik terkini) daripada penduduk Malaysia, namun UMNO sekadar memperjuangkan cuma 30% ekuiti dalam negara.

Apakah yang nak diharapkan dengan pakatan PAS dan parti-parti perkauman lain itu? PAS cuma mempunyai 23 kerusi parlimen. Jelas, PAS mempunyai kuasa TERCOROT dalam komplot pembangkang tersebut.

Tak perlulah Demang mengulas panjang. Hanya ada satu pilihan sahaja untuk orang Melayu hari ini. Oleh kerana UMNO dilihat sudah hilang bisa manakala PAS pula sedang PERASAN berkuasa, maka orang Melayu tidak perlu lagi hiraukan kedua-dua parti itu.

PKR? Jangan jadi bodoh sekali lagi. PKR bukan parti Melayu dan bukan juga didominasi oleh orang Melayu. Pemimpin berbangsa melayu cuma 2-3 kerat dalam PKR dan akan ’terpeleot’ habis apabila Anwar dipenjara kelak.

Orang Melayu wajib mengundi berdasarkan calon dan tidak lagi memilih parti. Jika berlaku pertembungan calon seperti di Manek Urai, barulah lihat parti. Pilihlah parti yang dominan, iaitu jika PAS menguasai kerajaan, maka pilihlah PAS. Jika ketika itu UMNO yang menguasai kerajaan, maka pilihlah UMNO. Jika dalam PRU, lihat parti mana yang meletakkan paling ramai calon bagi Parlimen. Hal ini penting kerana dalam prinsip demokrasi, parti yang bertanding sedikit tak mungkin dibenarkan menubuhkan kerajaan.

Cuma masalah yang akan menghalang strategi ini ialah pemikiran penyokong PKR dalam kalangan orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu dalam PKR sudah begitu terpesona dengan ahli politik bukan Islam sehingga berpendapat negara ini lebih sesuai diperintah oleh orang bukan Islam. Jika disanggah, mereka akan menggunakan Singapura sebagai contoh.

Anwar? Jangan jadi bodoh sekali lagi. Para pemimpin DAP memang yakin yang Anwar takkan lama menguasai PKR. Ada banyak faktor yang akan melenyapkan Anwar dari politik Malaysia,jikapun dia terselamat dalam kes Saiful nanti.


(foto: septianka.web.ugm.ac.id) TQ.

5 comments:

http://pemudatamanperuda.blogspot.com said...

Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha mengetahui...Nampaknya cerita Kerajaan Perpaduan dah sampai ke penghujungnya.Ini berikutan kenyataan terbaru pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN. Apa yang peliknya ialah Hj Hadi pun turut bersetuju dengan perjanjian itu malah Hj Hadi dalam kenyataannya telah mengatakan UMNO dengan sengaja cuba membuat Fitnah Jahat! Saya begitu hairan dengan sikap ulamak sebegini. Jika kita renung dari awal lagi, idea cadangan untuk bekerjasama dalam isu kerajaan perpaduan ini datangnya dari beliau. Kenapa Hj Hadi menyatakan UMNO sengaja membuat fitnah jahat berkenaan isu ini. Kenyataan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin sangat terbuka dan ikhlas supaya UMNO dan PAS boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai isu ini. Nampak gayanya penyatuan umat melayu dan umat Islam tidak dapat menjadi kenyataan.Puncanya ialah PAS yang takut dan bacul dengan rakan-rakan pakatan mereka bukan kerana faktor fitnah UMNO. PAS LEBIH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAFIR DAP DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN UMNO YANG SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA...ALLAH MAHA BESAR...

melayuangkat said...

Assalamualaikum sekali lagi Cheguman,

Sah lah memang mereka tidak mahu apa apa perpaduan. Tapi tak mengapalah..kita pun tak harap sangat.

PM pun dah kata, tak ada kerajaan Perpaduan pun tak mengapa...InsyaAllah, BN masih boleh perintah negara dengan Baik dan Jaya. InsyaAllah.

Lepas ini entah episode apa pula yang akan dihebohkan supaya perhatian kita semua tak sangat ke Mahkamah tu...WaAllahuAlam.

Cheguman said...

Pemudatamanperuda,
Apa yang saudara tulis itu, sama seperti yang bermain dalam fikiran saya. Sungguh menjengkelkan apabila seorang yang digelar ulama AKA tuan guru sanggup melemparkan tuduhan kepada orang lain setelah dia sendiri yang memulakan.

Bagi saya itu sangat menjijikkan. Tak apa lah. Allah dah tunjukkan rupa sebenar mereka yang bertopengkan Islam selama ini.

Makcik,
Kata-kata Najib tadi adalah realiti sebenar politik negara. Beliau amat matang dalam menghadapi permainan politik pembangkang. Sejak Haji Hadi memulakan isu ini, beliau bersikap terbuka dan mengambil sikap tunggu dan lihat, tetapi sedia bekerjasama walaupun ramai pemerhati politik mengatakan itu hanya helah politik PAS.

Yang penting, rakyat nampak sekarang, siapa yang sebenarnya dajjal politik Malaysia.

Diharap semua blogger menyimpan fakta-fakta penting dalam isu ini untuk rujukan kita di masa depan.

Bagi saya, jikapun kerajaan perpaduan gagal, namun kita masih boleh memulakan PERPADUAN ISLAM tanpa perlu menunggu 'kelulusan' ahli politik. Insya-Allah, ada caranya.

Paksu said...

Politik melayu di Malaysia ni semakin tidak matang dan menjengkelkan. PAS bertopengkan agama manakala UMNO plak berpemimpin yang majoritinya keturunan mamak keling. Melayu pure jadi tukang bawak bendera dengan tukang gantung banner je.

Alfonso2009 said...

Salam,
Kata orang bila orang politik bersuara tentu mempunyai 2 makna. Tersurat dan tersirat. Nak cari keikhlasan jatuh nombor berapa entah. Kata-kata yang retorik akan keluar bila tersepit. Gunanya untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Orang politik penuh dengan kata-kata. Tapi yang hairan masih mengaku cedik pandai agama. Orang agama ni kata dikota. Tak tahu lah nak dinamakan ape bila kata berputar-putar.Dalam politik pancing memancing dengan kata-kata jadi lumrah. dengar waktu malam, siang pula berubah. Kadang kala teringat pula janji atau kontrak diantara demang lebar daun dengan raja. Ape yang berlaku telah pun berlaku dengan kehendakNya, kepada masyarakat Melayu, rindu kepada penyatuan tidak terjadi, agaknya bila akan berlaku penuh dengan persoalan? Melayu terus dihanyutkan oleh pemimpin yang hanya meletakkan kepentingan diri sahaja. Betul kata pendeta Zaaba orang Melayu semakin miskin dan kini tambah dengan MISKIN PERPADUAN

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)