Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, June 21, 2009

Jom ikut Iran

BH 21/06: TV Iran melaporkan 13 terbunuh dalam pertempuran polis dengan "kumpulan pengganas", dua stesen minyak dan satu pos tentera diserang perusuh.

Pakteh kata:
Elok la tu. Malaysia pun dah tak lama lagi nak jadi camtu. Cina tolak MCA sebab dikatakan terlalu toleransi dengan UMNO. Melayu tolak UMNO sebab dikatakan terlalu bagi muka kat bukan melayu. Orang India tolak MIC sebab dikatakan tak pandai meminta pada BN.

Lepas tu, Kerajaan Malaysia pun ikut cakap 'rakyat' (baca ’orang politik’ dan bloggers) atas alasan ’Rakyat didahulukan’. Maka Najib pun bagi semua yang cina mintak. Bagi semua yang India mintak. Penuhi semua yang PKR desak. Ikut semua kemahuan PAS walaupun depa tak layak.

Negara nak jadi apa?

Negara nak jadi apa, kita peduli apa? Masing-masing pertahan agama masing-masing. Nanti boleh jadi macam Selatan Thai.

Sapa nak pertahan negara? Masing-masing sibuk jaga kepentingan kaum masing-masing. Mana ada kaum atau bangsa Malaysia? Jadi, sapa nak utamakan negara?

PAS tuduh UMNO perkauman. DAP, MCA. MIC, PKR pun tuduh UMNO parti perkauman. Di belakang, puak-puak MCA, MIC desak kerajaan macam-macam. Kalau BN tak bagi, depa undi pembangkang.

Pasai apa kita tak kata depa parti perkauman? Ooo pasai DAP ada wakil Melayu? PAsai DAP konon perjuang Malaysian-malaysia? Heh... mana ada penyamun yang mengaku dia tu penyamun? Tenguk la tindakan depa selama ni..! Cuba perati sikit apa yang MCA mintak dan apa yang DAP desak!

PAS sibuk nak tubuh negara Islam tapi bertanding tak pernah cukup kerusi. Nik Aziz bentang enakmen hudud di Kelantan. Haji Hadi pun bentang jugak tapi tak sama dengan enakmen bikinan Nik Aziz. Nanti UMNO pun bentang juga enakmen hudud. Mana satu kita nak ikut?


Orang bukan Islam pakat gelak perleceh kita. Islam tak standard! Dah lah bodoh, taknak pulak bersatu.

Piirah mabuk.... Cakap berdegar-degar.

PAS terus jadi bodoh. Ikut apa kata PR. Kononnya Allah dah halalkan semua cara asalkan UMNO musnah.

Eloklah UMNO musnah. Lepas ni kita pinda perlembagaan. Buang Perkara 153 tu. Buang juga tarif 'Melayu itu beragama Islam’.

Lantik Nik Aziz atau Haji Hadi yang cuma ada 23 kerusi tu jadi PM! Biar depa jadi boneka macam Nizar.

Orang PAS lagi bodoh. Realiti politik di Perak pun tak tahu, tapi sibuk nak ikut berpolitik.

...

Artikel Pakteh ini juga disiarkan dalam blog politikbanjir.blogspot...


(foto: news.yahoo.com)

7 comments:

Cheguman said...

Salam Pakteh,
Wah... betul punya marah, Pakteh... Nanti kena jual...

Hentam saja la Pakteh. Kalau diorang serang blog ni, kita jawab sama-sama.

arifomar said...

jom.

TokAyah said...

Orang-orang PAS ni bukan apa sebab dah lama dah berpolitik. Bila lagi nak perintah negara? tak kan nak jadi pembangkang sampai habis hayat masing2. Kalau dah ada kesempatan begini itu yang di ambil kesempatan. Dah tak kisah lagi kemana arah perjuangan. Tok tok Guru yang dulu dihormati sekarang ni dah susah kit a nak percayai. Ini lah akibat terlalu ghairah politik atas tikit Ugama. Bawa-bawa lah bertenang wahai pemimpin2 PAS. Sesat dihujung balik kepangkal jalan. Insyaallah

antihusam said...

Pakteh,
kalau semua tak betul, siapa yang betul?

PakTeh said...

Cheguman,
Semetara orang bagi peluang menulis kat sini, aku kira apa.. he he

Arifomar,
Eh betul-betul ke ni? Saya tau, orang Melaka pantang dicabar...

Tokayah,
Nik Aziz pun teringin nak duduk kat Putrajaya. Dapat jadi Timb Menteri Belia dan Sukan di bawah Karpal pun jadi le...

Antihusam,
Kita buat parti baru le pulak... nak join?

Melayujati said...

Semakin orang melayu mendekati agama, natijahnya semakin orang melayu menjauhi UMNO. Mengapa?

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

SEPATUTnya semakin orang Melayu mendekati Agama Islam yang suci, semakin mereka bersatu.

Not the other way round.

Benci membenci itu kegemaran Syaitan dan tidak ada rasa demikian pada orang yang benar benar BerIman.

Kadang-kadang kita pun 'tersegan' bila ada orang kita yang MENGAKU mereka Tebal Iman, tambahan pula kalau dalam Parti yang Bertemakan ISLAM. Tetapi budi bicara dan perangai bukan apa yang ISLAM sarankan.

Pak Teh kecewa. Ramai yang kecewa..Kita tahu mengapa:

Ramai yang tidak berSyukur jadi rakyat Malaysia.

Ramai yang dihasut supaya tidak kenang jasa orang tua, supaya perlekehkan apa yang UMNO telah lakukan dan kalau boleh mereka mahu TUKAR SEJARAH negera.

Ramai yang AMBIL KESEMPATAN pepercahan orang Melayu. Nizar telah buka pintu mulakan, nampakkan DAP lebih baik kononnya. Sekarang dia nak lawan perlembagaan Perak mengenai Kuasa Sultan Melantik MB.

Tidakkah kerja GILA ni Cheguman?? Dan Peguamnya Peguam Cina. Baguslah tu. Betul kata Pak Teh tu, baguslah. Gila kuasa punya pasal tak sedar DAP ambil kesempatan atas dia, tunggang dia untuk kecohkan bangsa Melayu renggangkan segalanya.

DAP memang Iblis, dia buat buat baik, pura pura jadi hero. Lim Guan Eng kata semalam, mari kita semua bincang atas nama rakyat Malaysia bukan Melayu Cina atau India..OK..kalau macam tu sekolah sekolah di Malaysia tak payah ada sekolah Cina atau India, semua sekolah Melayu guna Bahasa Malaysia...bagaimana setuju tak semua orang DAP???

Suasana bertambah kalut bila isu PERPADUAN diCADANGkan. Belum apa-apa lagi ramai yang Melenting. Dan yang melenting pulak semua Yang Paling ALIM, yang tinggi MAQAM mereka dari kita-kita ni semua.

So, Iran here Malaysia come!!

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)