Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, June 29, 2009

keadilan untuk rakyat

Mahu tidak mahu kali ini Demang terpaksa menulis agak panjang. Memangpun Demang selalu menulis panjang walaupun Demang tahu para pengunjung menghadapi kekangan masa. Demang mohon, baik bumiputra mahupun bukan bumiputra, bacalah sampai habis dan tolonglah faham realiti di negara kita. Bertolak ansurlah dan berlapang dada.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan biasiswa pelajaran akan diberikan berdasarkan merit sahaja. Justeru tidak ada lagi kuota untuk kaum bumiputra.

Cadangan tersebut nampak bagus, yakni tidak ada pilih kasih. Setiap yang berhak akan mendapat haknya.

Namun, benarkah ia adil dan merupakan hak kepada yang berhak?

Jika dilihat pada hak individu, memang betullah. Namun bagaimana dengan faktor-faktor lain yang berlegar di keliling kita? Bolehkah kita abaikan begitu sahaja?

Mari kita berfikir secara kritis.

Seorang pelajar bukan bumiputra mendapat biasiswa pelajaran sehingga tamat pembelajaran di universiti. Beliau akan masuk ke dunia pekerjaan dan berhadapan dengan tiga pilihan.

Pertama, beliau boleh bekerja dengan pihak kerajaan. Oleh kerana tidak ramai kaum bukan bumiputra berminat untuk menjadi penjawat awam maka peluang beliau agak cerah untuk diberikan tempat.

Kedua, beliau boleh bekerja dalam syarikat swasta. Kebanyakan syarikat swasta dan gedung perniagaan dimonopoli oleh pengusaha yang sebangsa dengannya. Maka peluang beliau dalam sektor ini juga terbuka luas. Jika ada dua orang calon pekerja iaitu bumiputra dan bukan bumiputra, yang manakah akan dipilih oleh syarikat swasta tersebut?

Ketiga, beliau boleh bekerja sendiri iaitu menjadi usahawan. Lihatlah sekeliling anda sekarang. Kaum manakah yang menguasai perniagaan dan perusahaan? Semua itu adalah ‘jaringan niaga’ yang akan menentukan jaya-gagalnya sesebuah perniagaan, terutama bagi pengusaha baru. Siswazah bukan bumiputra tersebut akan mendapat keistimewaan dari segi tapak, bekalan, kemudahan kredit, produk, harga pembekal, dan sebagainya.

Bagaimana pula jika siswazah tersebut dari kaum bumiputra?

Pertama, sebagaimana majoriti siswazah bumiputra lain, beliau akan turut beratur bagi mengisi kekosongan penjawat awam yang berhenti, bersara, atau meninggal dunia. Berapa tempat yang ada? Jika sebuah universiti mengeluarkan 2000 orang setahun, darablah dengan jumlah IPTA dan IPTS serta puluhan kolej yang kita ada. Belum lagi dikira universiti luar negara.

Kedua, beliau bolehlah mencuba memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoritinya kepunyaan bukan bumiputra. Namun, pengusaha syarikat tersebut sudah tentu mempunyai anak-anak, anak buah, sanak saudara, kaum kerabat, jiran tetangga, dan sebagainya yang jikapun tidak melebihi, sekurang-kurangnya sama kelayakan akademik dengan siswazah bumiputra tadi. Siapakah yang akan dipilih? Mahukah mereka bersikap 'kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan?

Ketiga, siswazah bumiputra tersebut boleh memulakan perniagaan sendiri. Namun beliau akan mendapati syarikatnya dikelilingi syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kaum lain yang mempunyai jaringan perniagaan cukup kukuh. Beliau boleh memilih untuk berada di kawasan perniagaan sesama bumiputra yang terpencil dan tidak disinggahi orang ramai, atau menempatkan kedai di celah-celah rangkaian syarikat bukan Melayu yang begitu hebat lagi terkenal.

Beliau juga akan mendapati para pembekal barang-barang yang akan dijualnya diambil daripada gergasi perniagaan yang dimiliki oleh bukan bumiputra. Masalah bahasa dan bangsa sering mempengaruhi urusan perniagaan. Walaupun syarikat-syarikat besar tersebut berasaskan keuntungan dan tidak bersifat perkauman, namun mereka perlu menjaga hubungan baik yang telah lama terjalin antara mereka.

Sekarang, bagaimana pandangan anda? Adakah wajar biasiswa nasional diberi kepada semua pelajar mengikut merit dan bukan mengikut kuota kaum mengikut keperluan?

Demang percaya, ramai yang akan mempersoalkan pula tindakan kerajaan BN bertindak demikian.

Jawapannya mudah sahaja dan ada pada kita semua (orang Melayu). Apabila kita berpecah belah, kita adalah lemah. Apabila kita lemah, pihak lain yang selama ini begitu mengidam segala keistimewaan tersebut segera mengambil kesempatan.

Inilah padahnya apabila tidak mahu bersatu.

Kepada pembaca bukan bumiputra, Demang tahu memang ada pelajar bukan bumiputra yang hidup susah. Kalian masih ada banyak pilihan terutama meminta bantuan daripada persatuan, ahli korporat, dan orang kaya yang memang ramai dari kalangan kaum kalian. Jika tidak boleh, barulah minta pada kerajaan. Sudah tentu kerajaan akan membantu sebab kalian juga ada kuasa mengundi.

Marilah kita bersatu padu dan jangan sekali-kali mengambil kesempatan.
__________________
(foto: peninsular malaysia Rudi Roels flickr.com)

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

INI baru detik-detik PERMULAAN yang berpihak kesebelah dia orang akibat Melayu sesama Melayu tidak bersatu.

Saya dah agak dah.

Tapi kita masih leka. Tapi rasanya ramai masih tak nampak atau pura-pura tak nampak akibat taksub pada pemimpin idola masing-masing walaupun tahu pemimpin mereka itu salah.

Unknown said...

Entahlah.
tapi yg aku nampak orang Melakalah yang paling ramai bodoh-bodoh. Semangat kuat tetapi semata-mata bertauhidkan mitos hang tuah yg dah jadi bahan gelak budak-budak sekolah sekarang. tak mahu kedepan. Buktinya? Ketua Menteri yg dah confirm perasuah pun dok sokong-sokong jugak. Woi! awak nak tunggu hang jebat datang balik dan mengamuk lagi ke baru nak sedar sikit? Aku ingat lagi dulu, NGO PEWARIS Melaka serah memorandum kat Mat Sabu di Bangi suruh selesaikan isu babi di Melaka. Memang bingai betul! Patutnya dia serah memorandum kat awak sebab awak yang ada ketuanan di melaka tanah berdaulat!

zm.azami said...

Itulah nasib melayu yang telah berpecah belah di tanah airnya sendiri, yang rela berkorban jiwa dan raga demi memuaskan hati orang lain...

Mana dia pejuang melayu UMNO, pejuang melayu PAS, pejuang melayu KEADILAN dan juga pejuang melayu DAP,..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)