Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, June 14, 2009

Muslihat terbaru Anwar



Kenapa Chin Peng ingin dibawa pulang ke Malaysia di hujung-hujung usianya yang sudah menganjak 85 tahun? Adakah kerana Chin Peng rindukan kampung halaman dan negara tercinta ini? Kasihkah ia pada negara Malaysia? Murnikah perjuangan PKM? Atau sudah insafkah Chin Peng?

Bukankah Chin Peng memiliki kerakyatan Britain?

Siapakah yang membawakan hasrat Chin Peng itu? Apa hubungan mereka? Sudah lamakah mereka berhubungan?

Kenapa isu ini timbul semula? Apakah kemelut politik sekarang ada kaitan dengan isu ini? Apa pula liberalisme? Kenapa kesamarataan menggantikan keadilan? Kenapa 'negara Islam' menjadi 'negara berkebajikan'?

Itulah sebahagian persoalan yang bersarang dalam fikiran Demang.

Ada satu jawapan yang pasti. Chin Peng pasti akan mati. Bahkan dia diharapkan akan mati di Malaysia supaya mayatnya boleh dikuburkan di sini. Kuburnya nanti akan dipacakkan binaan memorial. Saban masa memorial itu akan dilawati. Ia akan menjadi sebahagian produk pelancongan.

Lama kelamaan orang akan lupa kekejaman komunis. Yang tinggal hanya fakta akademik tentang idealisme komunis. Idealisme yang telah terbukti gagal apabila dipraktikkan di Rusia, China dan lain-lain.

Realiti kekejaman komunis di Tanah Melayu akan lenyap. Generasi akan datang cuma tahu komunisme adalah salah satu ideologi sepertimana juga kapitalisme atau nasionalisme.

Tiba-tiba Anwar pula menyokong Chin Peng dibawa ke Malaysia. Kenapa? Apa pentingnya komunis pada Anwar? Kenapa Anwar menentang arus kemarahan masyarakat Melayu dalam isu komunis?

Kenapa sekarang? Tidakkah Anwar lebih perlu memberi tumpuan pada perbicaraan kes liwatnya yang semakin hampir?

Sebenarnya soalan Demang yang terakhir tadi adalah jawapannya. Anwar mahu mengeksploitasi isu Chin Peng bagi mengalih perhatian rakyat terhadap perbicaraannya. Sekiranya dia didapati bersalah nanti, dia akan memberitahu rakyat bahawa simpatinya pada komunislah yang menyebabkan mahkamah memutuskan dia bersalah dan ditahan.

Walaupun isu ini bakal merugikan PKR dan PR dari segi politik namun buat masa ini Anwar sedang berdepan dengan soal MARUAH. Anwar seboleh mungkin ingin menjaga hati anak-anaknya terutama Nurul Izah yang sedang membina kerjaya politiknya.

Tidak ada sesiapa yang ingin berbapakan seorang gay!

Berhati-hatilah memainkan isu komunis ini kerana ia boleh menguntungkan Anwar.

(foto: dapmalaysia.org)

11 comments:

Alizul said...

Mungkin saya boleh rumuskan seperti berikut:

1. Rayuan mengembalikan Chin Peng ke Malaysia adalah disebabkan kepentingan pihak-pihak tertentu (DAP, MCA, Anwar dll.), termasuk saki-balik komunis di negara ini. Semuanya mempunyai muslihat mereka tersendiri.

2. Chin Peng, jika dibenarkan kembali, akan dijadikan satu simbol oleh pihak-pihak tersebut, terutama saki-baki komunis, iaitu simbol "hero" atau "pejuang". Maka mereka akan menggunakan simbol ini sebagai landasan pergerakan politik mereka.

3. Jika Chin Peng dibenarkan kembali dan mati di Malaysia, ia akan dijadikan "martyr" oleh pihak-pihak tersebut, maka akan bermula dan tersebarlah "legenda" Chin Ping hinggalah ke cucu-cicit kita dan generasi akan datang.

Adakah ketiga-tiga di atas akan menyumbangkan kepada perpaduan dan kehamonian negara? Tidakkah ia akan membawa ancaman kepada negara? Fikir-fikirlah...

Tentang Anwar, masalahnya ialah apabila Anwar menyuara atau melakukan sesuatu, hampir semua media massa, termasuk blog-blog, melaporkannya. Tidakkah penyebaran laporan seperti inilah yang dikehendaki olehnya untuk terus menjadi relevan atau untuk terus mengalih perhatian kepadanya? Inilah perangkap Anwar yang sentiasa dipasang dari dahulu hinggalah sekarang. Saya rasa perangkap ini memang disedari oleh para blogger, namun hairan mengapa para media dan blogger terus terjerumus dalam perangkap ini. Ingat, isu Chin Ping telah diputuskan oleh Kerajaan dan ia dianggap selesai. Jadi, bukankah lebih baik jika para media dan blogger tidak langsung menyiarkan berita sokongan Anwar kepada Chin Ping, malah lebih berkesan lagi jika tidak langsung menyiarkan apa-apa berita tentang Anwar. Biarlah blog-blog pro-Anwar saja yang menyalak. Dengan itu, mungkin perasaan-perasaan emosi dan taksub pengikut Anwar boleh dibenam atau dipadamkan, supaya orang-orang yang taat dan iklhas kepada negara boleh fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan dan kehamonian negara. Fikir-fikirlah....

WakJ Zoner said...

Salam

Isu chin peng dibangkit oleh Anwar adalah semata-mata untuk mengalihkan perhatian org ramai dari mengikuti isu liwatnya. Walau siapa pun yg membela chin peng ini keputusanya tetap sama iaitu malaysia tidak membenarkan chin peng menjejakan kakinye di bumi malaysia. Oleh itu kita seharusnya menyeru seluruh bloger2,media massa menumpukan perhatian terhadap kes liwat anuwar yg semakin menghampiri.

Cheguman said...

Alizul;
Seingat saya saudara pertama kali memberi komen dalam blog ini. Namun saya sangat teruja membaca komen yang jelas menunjukkan kematangan saudara dalam melihat isu tersirat. Terima kasih.

GSenduk,
Anda memberi satu teka-teki yang menarik. Insya-Allah saya akan melihat blog anda itu.

UlatdanKulat,
Saya sependapat dengan anda.

pembela Malaysia said...

kenapa bekas pemimpin PKM lain i.e. shamsiah fakeh, rashid maidin etc dibenarkan pulang dn diampun sedangkn chin peng tidak? sebab dia cina? korang tak boleh macam tu..satu lagi PKM berjuang utuk tanahair dengan berperang dan menghalau inggeris..inggeris adalah penjajah...korang kena ingat tu penjajah..chin peng org tanah melayu..berjuang dengan menghalau inggeris dan memberikan tekanan kepada mereka supaya mereka tewas dan akhirnya merdeka..korang kena paham sejarah..pkm ramai membunuh orng inggeris dan org2 yang bersekutu denganya..termasuklah askar2 melayu ..sapa suruh berkhidmat dengan inggeris? kan dah kena..nasiblah..padan muka..korang p tolong penjajah pastu menyalahkan org yang mempertahankan tanah air..bengong2..aku benci Inggeris dan Penjajah..Malaysia masih Tak Merdeka

Alizul said...

Salam Cheguman,

Terima kasih atas komen saudara.

Ya, inilah pertama kali yang memberi komen dalam blog saudara. Sebenarnya saya telah lama melayari blog-blog politik tetapi hanya mula memberi komen pada awal tahun ini (kebanyakannya sebagai anonymous). Mula-mula saya masuk mengomen kerana tidak tahan dengan kelemahan-kelemahan pentadbiran Pak Lah. Apabila DS Najib jadi PM, saya mengharapkan negara kembali tenang seperti zaman Dr. Mahathir. Tetapi nampaknya kacau bilau masih berlaku, contohnya Perak, Chin Peng, dan lebih-lebih lagi kes Anwar Ibrahim yang nampaknya tiada penghujung. Jadi saya terpaksalah terus memberi komen setakat yang mampu (saya ni bukan muda lagi, dah hampir warga mas). Saya hanya mahu nostalgia zaman-zaman Tun Razak dan Dr. Mahathir kembali ke negara yang tercinta ini.

Cheguman said...
This comment has been removed by the author.
Cheguman said...

Pembela Malaysia,
Jika benar PKM hendak menghalau penjajah, kenapa mereka hanya meletakkan senjata selepas lama kita merdeka? Itupun setelah pelbagai tekanan dikenakan ke atas mereka. Jika mereka kuat, adakah mereka akan bersetuju untuk meletakkan senjata?

Hujah saudara bahawa Chinpeng ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah menunjukkan saudara amat jahil dalam sejarah kerana Chinpeng berbangsa Cina dan berkerakyatan British.

Kemerdekaan apa yang nak Chinpeng perjuangkan? Orang Cina dan India hanya diterima menjadi rakyat Tanah Melayu menjelang kemerdekaan 1957. Jika adapun tarikh yang lebih awal cuma sekitar 1948.

Sebaliknya komunis sudah mengganas lebih awal dari itu. Pengganas Bintang 3 telah merampas kuasa selama 14 hari pada 1945.

Perjuangan Chinpeng adalah kesinambungan peperangan cina-Jepun. Bintang 3 pernah dibantu Inggeris bagi melawan Jepun.

Pembela Malaysia,
pergilah belajar sejarah sebelum ikut campur urusan politik. Jangan mempamerkan kejahilan anda di sini.

'pembela Malaysia' BUSTED! said...

wahai sang 'pembela Malaysia';

ternyatalah kini kau:
1. BUTA Sejarah Melayu Islam
2. Jahil Sejarah Melayu Islam

dan jikalau dirujuk pula di 'profile' BLOG kau:
http://www.blogger.com/profile/00223056308258385747

ada tertulis yang engkau adalah 'folower' kepada BLOG:
http://callgirl-kelate.blogspot.com/2009/03/callgirl-79_03.html#comments

kau hanya follow 1 BLOG itu sahaja:
hebat blog itu,
apakah kau suka kepada tonggekkan-tonggekan call girl tersebut?
apa kau suka meratah secara melihat tubuh-tubuh mereka? apakah kau suka kepada cinta yang terlarang? keseluruhannya 90% adalah melayu,
kau suka? kau seronok? kau kata itu perjuangan?
pada 2 keadaan bila mata kau melihat: hati kau juga akan berkata-kata:
1.Seronok atau 2.Sedih

atau

engkau merasakan sesuatu yang mahu engkau perjuangkan untuk membebaskan CALL Girl-Call Girl itu, jika begitu, bagus!
jikalau tidak,


maka,
samalah keadaannya dengan FAKTA tulisan KAU tentang CHIN PENG DERHAKA,

apakah kau suka dengan jolokkan-jolokkan Cin Peng? apakah kau suka kepada layuran-layuran chin peng?

atau

engkau merasakan yang engkau mahu memperjuangkan sesuatu?

tanya,...
baca...

jawapan itu ada ditangan KAU!

dan jikalau engakau BELUM HABIS membaca,
'JANGAN SEKALI-KALI engkau LANGGAR di BLOG sahabatku 'Demang Lebar Daun'

tanya,...
baca...

jawapan itu ada ditangan KAU!

'pembela Malaysia' BUSTED! said...

'pembela Malaysia'


BANGKIT!

seperti kata KAU di BLOG KAU!

BANGKIT!
BANGKIT!
BANGKIT!

jangan jadi BANGGANG!

BAGKIT
Demi AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR Kau!

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Cheguman,

salam hormat, salam ingatan penuh kasih sayang kepada Cheguman serta keluarga dan kepada kesemua anak-anak kecil Cheguman,

wah, banyak sungguhnya bicaranya tentang hal dan perihal chin peng ya, namun fakta dan data perlu diperjelaskan,
dikemaskinikan dan dirapikan, kenapa?

kerana, apabila anak-anak kecil kita mula bertanya,
'Chin Peng' itu siapa ayah?


usahlah lagi kita menjadi bahan ketawa orang dan cercaan orang yang menjadi pencuri data dan fakta identiti kita, termasuk harta kepunyaan kita.

masakan kita pula yang mahu berbincang-bincang membeli kembali harta yang sebenarnya kita yang punya,
tetapi telah dicuri dek orang,
dan kini kita pula yang mahu membelinya kembali,

ishh..ishh.. ishh...

yang kita ada sekarang cuma data dan fakta,
kita cuba lah menyimpannya baik-baik untuk anak-anak kita,

ishhhh.. terlupa pula,
kitalah sebenarnya yang telah meminjam barang-barang kepunyaan anak-anak kita sekarang ini, merekalah yang bakal mewarisinya,
ishhh... masakan pula kita boleh 'ter'lupa...

La ila haillallah,

z i z o u said...

Salam,

Ramai yg tdk mgkin stuju dgn kpulangan CP kerana rekod n sejarah kita terang2an merujuk komunis dalang dlm slepas merdeka.
lebih jelas lagu dgn crita Bukit Kepong yg ntah jelas kebenarannya.
Nmaun jika dlihat negara komunis iatu China yg kita trima ideloginys knp tidak CP?
Saya bukanlah membelanya, kita perlu memberi pluang kpd ssiapa yg insaf spt Jepun yg kita trima wpun sangat kejam kpd kita suatu masa dahulu. sampai skrg masih ada hamba2 seks Jepun masih mahu mrk mohon maaf tapi kita tidak?
Chin Peng bukanlah PKM saja, Rashid Maidin, Samsiah sumanya anggota. renungkan lah

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)