Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, June 17, 2009

Runtuhnya Kerajaan Islam




“Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat minta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatan Timbalan Presiden PAS jika mahu teruskan agenda kerajaan perpaduan.” BH 17/06.

Demikianlah SMS daripada Berita Harian yang Demang terima siang tadi.

Kenapa hanya Ustaz Nasharuddin? Bagaimana dengan Haji Hadi yang membuat usul tersebut? Kenapa tidak disuruh meletakkan jawatan juga? Bagaimana dengan lebih 400 perwakilan yang memilih Nasharuddin di Muktamar PAS baru-baru ini? Bagaimana pula dengan semua perwakilan yang memilih Haji Hadi sebagai Presiden PAS? Bukankah Haji Hadi secara jelas telah mengemukakan cadangan muzakarah PAS-UMNO dan seterusnya gagasan Kerajaan Perpaduan tersebut lama sebelum ini? Tidakkah kemenangan tersebut menggambarkan majoriti ahli PAS bersetuju dengan Haji Hadi yang mempertahankan firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 10.

”Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Ketika DS Najib yang dituduh jahat dan jahil oleh pemimpin PAS menerima dengan terbuka dan tidak bersikap prajudis terhadap cadangan Haji Hadi tersebut, Nik Aziz yang dianggap sangat alim bertindak mengkesampingkan ayat Quran dan rela bersekongkol dengan pihak yang selama ini amat sukar berkrompomi dengan Islam, apatah lagi HUDUD.

Kenapa Nik Aziz begitu curiga sesama Islam tetapi tidak kepada DAP?

Adakah ini tanda-tanda kemusnahan kerajaan Islam di Malysia, yakni bermula dengan perpecahan dalam PAS dan UMNO?

(foto Terminator: canmag.com)

5 comments:

~~~~AMIE~~~~ said...

Nik Aziz berkata isu kerajaan perpaduan yang cuba diusahakan Nasharuddin adalah "sampah" bagi PAS...

Huhh.. Heran aku... Tergamak Tuan Guru Nik Aziz ni menganggap perpaduan yang mampu menyatukan orang Melayu amnya dan umat Islam khasnya di negara ini sebagai SAMPAH!!!... dimanakah semangat Ukhwah Islamiah Tuan guru ni??...

Kalaulah Rasulullah, para sahabat dan kalifah Islam yang terdahulu mendengar apa yang dikatakan Nik Aziz ini, adakah mereka akan mengatakan:
"MasyaAllah, inilah pejuang Islam yang sebenar"

Tepuk dada, tanya selera... hehehe...

wak-labu said...

Wak bukan ahli UMNO atau PAS jauh sekali PKR dan DAP.

Apa yang Wak fikirkan ialah Melayu/Islam mesti bersatu dalam politik.

Kalau cina dan india sudah bersatu dalam DAP, mengapa melayu/islam masih berpecah belah dalam politik.

Politik sangat penting kerana kuasa politik menentukan siapa yang berkuasa memerintah negara.

melayuangkat said...

Asslamualaikum Cheguman,

Islam itu Aqidah, Syariat dan Akhlak.

Package itu harus ada, Iman bukan hanya dengan ilmu tetapi juga AMALan Ilmu Islam yang kita pelajari dan ikuti itu.

WaAllahuALam.

Cheguman said...

Amie,
Ustaz Nasharuddin bukan baru ini memperjuangkan perpaduan UMNO-PAS. Pendirian beliau sudah lama diketahui orang PAS. Justeru kemenangan beliau boleh dianggap mewakili kehendak sebenar akar umbi dalam PAS.

Nik Aziz kata ada ahli PAS yang menangis teresak-esak sebab tidak mahu perpaduan PAS-UMNO. Saya bimbang yang datang tu ialah iblis yang menyamar sebagai manusia...


Wak Labu,
Saya amat bersetuju bahawa kita perlukan politik bagi menjaga negara dan memastikan agama terpelihara.

Saya terfikir bahawa adakah Allah SWT akan redha dengan kita jika kita kuat beribadat namun dalam masa yang sama membiarkan negara terus huru hara?

Melayu Angkat,
Memang betul tu dan Makcik memang layak menulis tentang itu. Baru-baru ini seorang ustaz memberitahu saya bahawa HUDUD yang diperjuangkan PAS dahulu hanya ranting kecil dalam Islam. Barangkali itu sebabnya HUDUD yang dibentangkan oleh Haji Hadi di Terengganu dengan HUDUD yang dibentangkan oleh Nik Aziz di Kelantan berbeza.

Muhammad Azli Shukri said...

betul tu cikgu..pelik dengan DAP boleh berbaik2

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)