Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, June 20, 2009

Tunggu sampai santak



Semasa bujang dulu, Demang dan rakan-rakan sekampung selalu menyewa kereta untuk ke Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan bola sepak. Duit sewa kereta/van serta duit minyaknya kami kongsi bersama.

Biasanya kami akan pastikan minyak yang kami isi itu cukup-cukup sahaja sampai ke rumah pemilik sebenar kenderaan itu. Maklumlah, kereta sewa.

Pernah satu ketika, kami telah tersilap perkiraan. Kira-kira sepuluh KM sebelum tiba di kampung kami, van yang dinaiki tersenggut-senggut dan akhirnya berhenti.

Sah! Van sudah kehabisan minyak. Maka, dinihari yang sunyi dan permai itu kami isi dengan latihan menolak van beramai-ramai.

"Itu la. Aku dah kata minyak nak habis tadi, korang tak percaya." rungut salah seorang dari kami.

Demang teringat peristiwa tersebut kerana situasi politik Melayu sekarang hampir sama dengan kejadian itu. Walaupun tanda-tanda orang Melayu akan 'kehabisan minyak' sudah banyak dan ketara, namun masih ada pemimpin yang enggan percaya.

Agaknya mereka nak tunggu hingga 'van' kita ini berhenti mendadak baru nak bertindak.

...............
foto 1: swimntina flickr.com
foto 2: videoplacebo ... flickr.com
TQ.

2 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheuguman,

Bukan apa, takut situasi Orang Melayu lebih teruk dari Van yang kehabisan minyak tu.

Sebab Dalang dan Iblis banyak sangat ditengah-tengah "IDEA" untuk mereka bersatu dan berpadu.

Belum APA APA PUN, baru IDEA sahaja. Ramai yang MELENTING..
Tak mengapalah mereka orang BERIMAN, buat apa pun orang tak kan nak komen dan kutuk.

Sedialah kita semua...supaya kalau minyak van kehabisan, stok telah ada kita ketepikan. In case of emergency!!! Pandai-pandailah..

Cheguman said...

Makcik,

Orang kata sejarah berulang. Adakah kita cuma mampu jadi pemerhati dan penerima?

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)