Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, June 25, 2009

Wakil Amerika



Budaya membangkang akhirnya terbawa-bawa dalam semua perkara. Silap sikit, komplen. Belum silap pun dah komplen. Apatah lagi rasa macam silap, terus saja komplen. Media untuk mengutuk pun dah berbagai-bagai. Kalau dulu setakat mengumpat dan mengutuk orang di kedai kopi atau di beranda rumah atau di bawah pangkin bawah pokok nangka; sekarang, macam-macam media tersedia.

Ruang untuk buat dosa semakin canggih.

Semalam, terdapat puula suara-suara yang mempersoalkan benarkah tarikh semalam ialah 1 Rejab? Hmm… itu pun nak dipertikaikan.

Samada 1 Rejab atau bukan, semalam Ustaz Fuad menyampaikan syarahan berkenaan Isra' Mikraj. Demang sedar, kebanyakan orang Islam sudah kerap diperdengarkan kisah Isra' Mikraj tersebut. Apatah lagi para pengunjung waadat dan para blogger yang rata-rata golongan menengah Melayu yang berilmu.

Namun, ada satu kisah yang belum pernah Demang dengar telah diceritakan oleh Ustaz Fuad malam tadi. Rupa-rupanya, rumah yang didiami oleh Rasulullah SAW bersama Ummul Mukminin Siti Khadijah semasa Baginda dijemput untuk Isra' & Mikraj kini telah diruntuhkan oleh kerajaan Arab Saudi (Bani Saud). Itu belum cukup memeranjatkan. Demang lebih terperanjat lagi apabila diberitahu bahawa tapak rumah tersebut telah dijadikan TANDAS AWAM.

Maka fahamlah Demang kenapa Amerika Syarikat begitu baik dengan kerajaan tersebut dan kenapa kerajaan tersebut selalu menjadi batu penghalang terhadap usaha ummat Islam. Kisah itu juga menjadi panduan pada Demang untuk memahami kenapa Arab Saudi membenarkan US membina pengkalan bagi menyerang Iraq, dan kisah itu juga mengingatkan Demang betapa Arab Saudi menolak cadangan Tun Dr Mahathir untuk menggunakan Dinar Emas suatu masa dulu..

Patutlah Allahyarham datuk Demang pernah secara sengaja mempermainkan polis Arab Saudi yang melarang beliau mengambil gambar-gambar tempat bersejarah.

Kononnya, penghapusan tempat-tempat bersejarah tersebut adalah bagi mengelakkan ummat Islam 'tersesat'. Itulah sebabnya arwah datuk Demang dimarahi kerana mengambil gambar tempat-tempat tersebut sekitar 1970-an dulu.

Persoalannya, jika itu alasannya, kenapa tanaman anggur tidak diharamkan? Bukankah anggur boleh dibuat arak?

Berbalik pada negara kita, nampaknya ada seorang pemimpin pembangkang yang begitu rapat dengan US walaupun beliau sudah tidak ada jawatan rasmi dalam kerajaan. Malah, menjelang perbicaraannya yang ditangguhkan itupun beliau akan ke negara itu lagi.

Menurut sumber yang Demang percayai, salah satu sebab pemimpin itu begitu takut untuk ke mahkamah ialah kerana Saiful Bahari yang terlibat dalam kes ini banyak menyimpan maklumat pertemuan sulit beliau di luar negara.

Kita tunggu.

(foto anwar rubin wol...tz from tembam.wordpress.com)

6 comments:

paneh said...

Salam Cheguman.

Betul ke maklumat berkenaan tapak rumah Rasulullah s.a.w. telah dijadikan tandas awam? Saya akan jadikan ia sebagai contoh dlm bahan ceramah saya esok ttg bagaimana liciknya agenda asing. Inilah padahnya sistem monarki. Amerika tidak perlu bersusah payah mempengaruhi rakyat Arab utk menguasai negara itu. Cukup sekadar 'pegang' kepalanya yakni Raja Saudi Arabia maka segalanya akan berada di bawah kekuasaan mereka.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

KONONnya, mereka mahu hapuskan shirik. Tidak mahu kita puja kesan-kesan sejarah, sehingga rumah Rasulullah saw pun tidak diberi pengiktirafan.

Tetapi kita lihat sekarang apa yang jadi, sekeliling Masjidil Haram, hotel berpuluh tingkat dan lengkap dengan segala yang 'branded' dari Amerika.

Rumah Rasulullah s.a.w diruntuhkan. Starbuck Coffee, KFC, MotherCare semuanya ada,macam di Pavillion diketengahkan.

Pasal yang sorang tu nak ke luar Negara, malas nak komen. Meluat.

Cheguman said...

Paneh,
Untuk makluman, Ustaz Fuad yang menyampaikan kisah rumah Rasulullah SAW dijadikan tandas itu itu ialah Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki, seorang ulama' besar dari Negeri Sembilan.

Makcik,
Saya cuma mendengar sedangkan Makcik sudah biasa di sana.

paneh said...

Terima kasih Cheguman.

Srikandi said...

hmm.inilah padahnya bilamana kita dikuasai oleh mereka2 yg ingin menjatuhkan Islam...walau dengan cara bagaimanapun, secara tersurat mahupun tersirat...ia akan tetap terjadi..cuma kita jer yg alpa dan masih tidak bangun untuk mengubahnya...

wakilrakyat said...

salam bro,

hari ni, iran menyatakan bahawa seorang wanita yang ditembak mati dalam demostrasi jalanan membantah Ahmad denejad ditembak dengan peluru bukan dari negara Iran atau sekitar.

Ala benda ni semua budak kecik pun boleh pikiaq, ni semua keja CIA nak lemahkan Iran.

Samalah jugak dengan kat Malaysia ni, takkan CIA tak perhati. Bukan takat tu, siap ada wakil lagi dalam malaysia, org melayu lagi.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)