Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, July 22, 2009

Niat




"Innamal a'ma_lu binniat"

Demikianlah hadis pertama yang saya pelajari ketika di kelas Peralihan SM (A) Al-Khairiah, Temerloh hampir 30 tahun dahulu.

Mungkin anda juga pernah mendengar atau membaca hadis tersebut yang bermaksud 'setiap perbuatan itu diambil kira akan niat seseorang yang melakukannya.

Sebenarnya hadis tersebut menceritakan tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

Rupa-rupanya bukan semua kaum muhajirin yang ikut berhijrah itu mempunyai niat yang sama, meskipun majoritinya berhijrah demi menegakkan Islam.

Perlu diingat, niat yang tidak serupa tidak semestinya tidak baik. Cuma, ’kurang afdhal’.

Maka Rasululullah SAW bersabda, masing-masing akan mendapat sebagaimana yang mereka niatkan. Jika hijrahnya kerana mengikut isteri/suami, dapatlah isteri/suami itu.

Saya membawa isu niat dalam peristiwa hijrah tersebut kerana setelah seminggu lamanweb baru morhabshi dilancarkan, saya masih meneka-neka, apakah yang dikehendaki oleh para pengunjung?

Adakah pengunjung akan tertarik dengan khasiat Minyak Morhabshi? Atau akan tertawan dengan ganjaran yang bakal diperolehi setelah membantu mempromosikan ramuan herba ini?

Atau kedua-duanya tidak menarik minat?

Apapun niat anda, sebenarnya ia bukanlah suatu kesalahan.

Beberapa hari lepas saya mendapat panggilan daripada Dr Laziz (Kuantan) yang begitu teruja dengan keistimewaan Morhabshi. Saya berbual dengan Encik Rahiman (Johor) melalui telefon yang menceritakan tentang Minyak Morhabshi membantu saudaranya yang terkena gangguan.

Saya juga menerima ucapan penghargaan daripada blogger Makcik Melayuangkat, iaitu seorang blogger wanita yang disegani, yang turut mencuba sendiri Minyak Morhabshi.

Malah seorang pengguna, Encik Nordin daripada Terengganu sempat menemui saya ketika beliau datang ke Melaka. Kemudian, rakannya iaitu Ustaz Shamsudin menelefon saya untuk datang ke Melaka berbincang mengenai produk istimewa ini.

Sebenarnya kesemua mereka di atas adalah pengguna Minyak Morhabshi sebelum sistem baru ini dilancarkan.

Saya juga mengimbau kembali bagaimana Encik Harizal berjaya menjual hampir 1000 botol sebulan di sekitar Pulau Pinang tahun lalu.

Lantas saya tertanya-tanya, kenapa dalam masa seminggu cuma terdapat 30 pendaftaran sahaja? Padahal sebelum inipun memang sebanyak itulah pesanan yang kami terima setiap minggu melalui lamanweb yang lama. Padahal ketika itu kami hanya membuat promosi dalam Yahoogroup Myherba sahaja. Itupun jarang-jarang sekali.

Barangkali anda ada jawapannya. Sila maklumkan pada kami melalui kotak maklumbalas yang kami sediakan di http://www.morhabshi.com/


foto madinah: trin.cam.ac.uk
foto mecca: flickr.com

Thanks

4 comments:

boyot said...

salam..

selamat majujaya cheguman..

Cheguman said...

Terima kasih Boyot.
Insya-Allah. Doakan kejayaan kami sempena pintu Kaabah yang dibuka hari ini (30 Rejab-23 Julai) 11.00am - 01.00pm waktu Malaysia. Doa-doa sangat makmul ketika ini.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Teruskan usaha Cheguman serta yang lain terlibat dengan Minyak ini. Memang minyak ini baik dan Disyorkan menyimpan minyak ini terutama yang ada anak kecil.

We will never know when we need it.

WaAllahuAlam.

Cheguman said...

Terima kasih Makcik.

Baru-baru ni ada seorang pengguna cadangkan dibina web morhabshi versi BI. Nampaknya saya dah dapat motto untuk versi tu:
"We will never know when we need it"

Thanks Makcik.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)