Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, August 1, 2009

Anwar ditahan ISA


Kemampuan ANwar Ibrahim menggoncang pentadbiran pimpinan Tun DrM amat menggusarkan DS Najib. Para penasihat Najib pasti telah mengingatkan DS Najib bahawa kes liwat amat sukar dibuktikan di mahkamah. Malah dianggap hampir mustahil. Bayangkan, satu barisan peguam hebat boleh diupah hanya untuk menimbulkan cuma satu keraguan sahaja! ... dan Anwar hampir pasti akan bebas.


Maka kaedah paling sesuai ialah ISA. Tangkap dan tahan Anwar menggunakan ISA. Bukankah sudah banyak bukti yang boleh dikemukakan kepada rakyat betapa Anwar mempunyai hubungan istimewa dengan USA? Gunakanlah ISA, habis cerita. Biarkan para penyokongnya melaung di luar sana. Lambat laun mereka akan letih dan bersurai. Yang masih berdegil, tangkap sahaja!


Namun itu tidak berlaku sehingga hari ini. Jadi, apa nak digusarkan ISA?

ISA sebenarnya untuk rakyat jelata. Yakni bagi melindungi rakyat daripada keadaan huru-hara.


ISA bukan sahaja tidak digunakan secara wewenang, malah amat berhati-hati. Mat Sabu dan Ibrahim Ali yang pernah ditahan di bawah ISA sendiri mengakui bahawa ISA itu perlu untuk keamanan negara dan menghindari daripada bencana besar.


Adakah negara perlu menunggu sehingga cukup bukti bahawa negara akan binasa baru hendak bertindak? Ketika itu, sesuaikah lagi orang yang mengancam negara itu dibawa ke mahkamah?


Lihatlah, berapa ramai penjenayah yang dibebaskan oleh mahkamah walaupun kita memang pasti merekalah yang bersalah.


Itu belum dikira lagi orang yang berusaha bermati-matian agar tidak dibicarakan di mahkamah!

6 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Mat Sabu pun turut beri semangat pada para demonstrasi anti ISA padi tadi di KL. Memalukan saja, semuanya Melayu.

Saya pun amat setuju. Tahan saja sekor tu guna ISA. Kerajaan pun lembut sangat dengan dia, sebab tu dia naik tokchang.

Alang-alang dia orang nak sangat demo, cekup sekor tu biar penyokong tegar dia melalak. Kalau nak ikut dia masuk ke Kemunting pun boleh, aman sikit kita semua.

Dia kata dia tak salah liwat Saiful, tapi dia takut nak berSumpah dengan nama Allah, lepas tu barisan peguam hebat hebat sampai nak sepuluh orang. Kalau tak salah kenapa takut sangat??

Anonymous said...

Makcik,
Orang tua-tua kata: "berani kerana benar takut kerana salah... kan?

Unknown said...

1.Cant believe those people went there been fooled by him, wasting time and energy for this stupid rally against ISA...

2.Dia nak mansuhkan ISA sebab dia takut kena sumbat kat kem kemunting tuh...

3.Anwar memang bijak memasang perangkap, sedang pakatan rakyat menghadapi banyak isu dan hilang kepercayaan rakyat mereka cuba meraih simpati dan memenangi hati rakyat dengan cara begini.

4. Harapan saya hanya satu... Anak muda zaman sekarang ni, Janganlah mudah percaya dengan auta sipeliwat ini!!!!

melor45 said...

Bangsa apakah yan paling ramai ditahan di Kem.Kemunting tu cuba cek pi siasat noo.Hampa yang dok komen dan menyokong ISA ini tiada ahli keluarga yang ditahan tanpa bicara sedikit pun tiada rasa simpati dan kejamnya undang-undang ni.Sisa-sisa tahanan ini kebanyakan Hamba Allah yang benci kepada kemungkaran yang berleluasa kini.

Anonymous said...

Mari kita try hapuskan ISA barang sekejap, ikut kata segelintir rakyat kurang aqal. Lepastu kita tengok apakah negara kita juga akan turut meletup seperti di Bali dan Jakarta. Atau timbul Al Maaunah 2? Seperti kata Luncai, biarkan, biarkan. Lepastu bila ada demonstrasi jalanan, puak yang berseteru boleh pasang bom kereta pulak. Kurang la sikit ahli yang nak berdemonstrasi lain kali. Juga, lepaskan habis ketua penjenayah dan mastermind yang sekarang ditahan ISA yang merupakan jerung besar dalam urusan judi, dadah, pelacuran yang tidak boleh disabitkan kesalahan kerana yg buat kerja untuk mereka ialah kuli2 dan valachi mereka. Biar padan muka kita semua dikemudian hari.

Anonymous said...

Saya setuju dengan Melor45, kerana kalau betul bangsa melayulah yang paling banyak ditahan ISA, kita hapuskan ISA. Lepastu, kerana bangsa melayulah yang paling banyak ditahan dipusat serenti, kita tutup pusat serenti pula. Dan kerana bangsa melayu jugalah yang paling banyak dipenjara kerana kesalahan merogol kanak2 dan juga anak cucu sendiri, kita bebaskan mereka juga!!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)