Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, August 12, 2009

Bantulah sesama kita


Siang tadi singgah sebentar di kedai komputer. Cuma untuk minta bantuan memasang (install) aplikasi. Bukan apa, laptop kecil Demang tiada CD Rom.

Sambil menunggu pemasangan selesai, Demang keluar berbual sebentar dengan pemilik sebuah bengkel.

"Tak mahal ke servis kat kedai komputer tu?" tanya pemilik bengkel kereta tersebut.

"Biasa saja." balas Demang. "Lagipun, servis di situ mudah. Semuanya lengkap.

Memanglah ada 2-3 orang di kampung yang boleh buat benda tu. Tapi leceh sikit. Diorang cuma part-time. Selalu terpaksa bertangguh. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Kedai lain? Memanglah banyak. Tapi kalau Demang mati nanti, dah tentu diorang tak mampu sedeqah Al-Fatihah pada kita.

Bagi Demang, biarlah kita bayar lebih sikit asalkan puas hati. Bukan orang lain pun... kedai saudara seagama kita juga.

Oh ya, sebenarnya untuk pemasangan tersebut, pemilik kedai tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran pun.

.......................


foto: shop jpg suchmaschinen-tippgeber.de

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Memang polisi saya pun begitu, saya cari kedai 'saudara kita' dulu, kalau tak de barulah ke kedai lain.

Saya pun tak kisah kalau bayar mahal sikit pun. Sebab saya faham orang kita susah nak 'roll'. Dia orang tu banyak networking dan kalau nak 'roll' pun tolong sama sendiri.

Kita kena berkorban semampu boleh supaya orang kita pun boleh seiring dengan mereka. Orang kita boleh, InsyaAllah. Sekarang pun dah ramai yang berjaya. Alhamdulillah.

anakbukitgantang said...

elok sangat klu kita tolong sedara seislam dulu, untuk kuatkan ekonomi kita.

sebab ekonomi kita lemah, maka kita diperkotak katikkan, ugama kita nak dipijak , kuasa politik kita nak dirampas.

semoga ramai lagi orang akan lebih prihatin perkara "kecil" sebegini

www.anakbukitgantang.blogspot.com

Demang Lebar Daun said...

Betul tu Makcik. Jika bukan kita, siapa lagi?

Anak Bukit Gantang,
Ekonomi adalah kekuatan ummah.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)