Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, August 7, 2009

Gula Hilang Lagi


SMS tanya: Aslkum..kat sana ada gula ke?
SMS Balas: Gula pasir ke gula Melaka?
SMS tanya: Gula pasir le...
SMS balas: Apasal?
SMS: Kt sini xde langsung...

Itu adalah SMS yang Demang terima daripada salah seorang adik Demang di kampung. Dua orang adik Demang sudah pulang ke kampung beberapa hari yang lalu setelah pusat pengajian mereka ditutup ekoran H1N1 yang semakin merebak

Sebelum itu Demang terima SMS berikut:

BH 06/08: KPDNKK Perlis sita 23.8 tan gula pasir bernilai RM32,000 yang cuba disorok pemilik gudang di Jejawi dalam serbuan petang semalam.

Ada tiga perkara yang Demang ingin sentuh berdasarkan semua SMS tadi.

Pertama, apabila ummat Islam hendak menyambut Ramadhan dan berhari raya, maka golongan peniaga (pengilang/pemborong) pun mengambil kesempatan.

Inikah semangat setiakawan, perpaduan, keadilan, dan kesamarataan yang didambakan kaum bukan Melayu? Bagaimana hendak pegang kuasa politik jika tidak tahu menjaga hak, kepentingan, dan kebajikan pengguna?

Pengguna = rakyat.

Kenapa Demang katakan begitu? Kenapa Demang kaitkan kemampuan bukan Melayu menguasai politik negara?

Kerana itulah hakikatnya! Bermula dengan PRU12, agenda kaum bukan Melayu ialah meruntuhkan kerajaan BN dan menguasai kerajaan baru melalui penguasaan dalam pakatan pembangkang!

Buktinya? Telah banyak kali disebut dan diulang-ulang. Semaklah fakta: dalam PRU12 para pengundi bukan Melayu telah berpaling tadah dengan memberi undi pada pembangkang. Adakah kenyataan Demang ini dusta?

Lihat pula fakta, kaum manakah yang menguasai pakatan pembangkang? Lihat kedudukan kerusi DUN Perak ketika Nizar menjadi MB. Siapa yang menguasai DUN sebenarnya? Pernah dengar istilah 'Kerajaan Boneka?'

Lihat pula isu Selesema Babi H1N1? Kemana perginya pemimpin DAP? Kenapa tidak cuba berkempen agar semua babi dihapuskan dari bumi Malaysia ini?

Masih ingat artikal Demang tentang Kenapa Chua Jui Meng keluar MCA dan sertai PKR?

Demang bukan menempik pada kaum cina sahaja. Tak ramai pengunjung cina ke blog ini. Yang Demang nak sedarkan ialah kawan-kawan Demang yang menyokong PKR yang acapkali memberitahu Demang bahawa lebih baik kaum cina memegang politik negara ini sebab mereka kaum yang maju. Malaysia nanti akan maju seperti Singapura!

Anda tidak pernah mendengar kata-kata tersebut? Bagaimana dengan kenyataan ini:

"Semua rakyat perlu dilayan secara sama rata - kesamarataan. Semua peluang harus dibuka secata samarata. Kesamarataan. Hapuskan hak istimewa Melayu & Bumiputra = KESAMARATAAN"

Masih belum faham-faham lagikah? Bila sebut pasal perpaduan UMNO-PAS, maka penyokong PAS pun mula mengungkit semua dosa-dosa UMNO yang lalu. Besar sangatkah dosa UMNO? Tak adakah jasa UMNO yang menguasai BN hingga sekarang?

Yang mana kita hendak pilih? PAS yang menjadi parti minoriti dalam pakatan pembangkang atau UMNO yang menguasai BN? Atau PKR yang semakin dikuasai bukan Melayu.




..............

Foto gula melaka thumb
umami.typepad.com

Terima kasih

6 comments:

Anonymous said...

Tiap tiap tahun orang melayu Islam Malaysia sangat murah hati membeli barangan saperti beras, gula,minyak,tepong,ayam yang rata rata umum tahu bukan di bawah kawalan orang bukan melayu islam.
Tambah pula bahab api dan bahan tersebut di nikmati olih orang bukan warga Malaysia yaani orang Singapore thailand dan indonesia (di Malaysia ade 2.1 juta dan ber tambah kerana beranak pinak satu tahun satu kali).
Jangan lupa pendatang asing yang ade 1 juta(1,000,000) yang tingal di sini dan tidak semua bekerja semua menambah permintaan tinggi .
Akibat nya orang melayu islam malaysia murah hati bayar lebihan walalu barangan makan saperti dan bahan api di beri subsidy berbiliion(1,000,000,000,000= satu billion) RM!!!
menteri tukar menteri
dan tukar cabinet,tapi tiap tahun cerita sama....
Mengapa susuah payah Kerajaan Msia cari hasil cukai pendapatan dan cukai lain, bagi subsidi untuk rakyat Mlsia,tapi orang Thailand.Singapore dan Indon serta pendatang lain yang untung nikmat tak ter kira ???
changkat lobak.
arjuna waspada.

TOBATLA UMNO said...

BILA UMNO BERSANDIWARA

Bila heboh berita kenyataan Hassan Ali terhadap ROnie Liu berkenaan isu arak, tiba tiba Umno dan pemudanya cuba menjadi hero dan cuba menjuarai isu arak, mahu berdemontrasi membantah perlantikan Liu bersama pemuda PAS, seolah olah mereka bersih dari dosa Arak pada zaman pemerintahan mereka sebelum ini, mereka lupa! Selangorlah satu satunya Negeri Umno di Malaysia telah memecat muftinya kerana menguatkuasakan undang undang larangan pertandingan ratu cantik dan arak kepada orang Islam.

bila tersebar berita 3 wanita Melayu digari keluar kerana menyertai pertandingan ratu cantik, Umno pada ketika itu dari pemuda, MB , Menteri hinggalah Perdana Menteri Malaysia mengutuk tindakan penguatkuasa Jais, dan yang amat malang yang dihentam teruk oleh pemimpin Umno pada ketika itu ialah Mufti Selangor yang kita sayangi dan sanjungi kerana Ilmunya Almarhum TG Ishak Baharum. tidak cukup TG Ishak Baharum di hentam di media dan di dada dada Akhbar, TG Ishak Baharum di pecat Kerajaan Umno pada tahun 1997.

Ingat !! yang memecat ini bukan DAP, Bukan MCA , Bukan MIC tetapi MB Islam dari UMNO.

kita Imbas sekali berita tersebut melalui rekod wikipedia :

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.

Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Pertandingan ratu cantik

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. [1] Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk "Mufti lawan Mahathir". [2]

Demang Lebar Daun said...

Kepada: 'changkat lobak'

Pemerhatian yang baik. Hal tersebut telah disedari sejak zaman Tun DrM namun hingga kini kita masih belum dapat penyelesaiannya. Memang ada kaedah lain namun adakah rakyat bersedia menerimanya? Tun Abdullah cuba membuat perubahan tetapi tidak dapat diterima sehingga menyebabkan beliau tersingkir.

Kepada: 'TOBATLA UMNO'

Komen anda langsung tiada kaitan dengan topik perbincangan kali ini. Mungkin anda perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat terlebih dulu sebeum ikut campur.

Marhaen said...

Permit import dikuasai oleh BN (UMNO). AP gula hanya kepada 2 orang. 1 melayu 1cina. Tak boleh bagi AP gula kepada 20 orang? Bangang!

gotahlantun said...

jom kita ramai2 pijak semut2 yang membawa lari gula....

eXception said...

Gula tak hilang ke mana. Tak pernah habis pun. Faham-faham je lah nak dekat Ramadhan ni. Org akan sorok gula, tggu hingga permintaan meningkat, mereka akan naikkan 2 kali ganda harga gula tersebut dan jual. Biasanya org cina yg tamak buat mcm ni. Bila Tahun Baru Cina tak pernah dgr kes kehabisan gula, kehabisan tepung. Kenaikan harga pun takde. Bila dekat raya je, pasti tepung akan hilang pula...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)