Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, September 12, 2009

erti saling menghormati


Rayau punya rayau, singgah di blog Anak Bukit Gantang

Oleh kerana siang tadi sudah menulis untuk Blog PRK Bagan Pinang dan kemudian mengarang pula untuk blog morhabshi maka Demang ambilkeputusan untuk 'copy & paste' sahaja artikel menarik dari blog ini. Terima kasih ABG.

.............
Dalam meluluskan Pelan Struktur Kuala Lumpur, DBKL telah mengadakan Pendengaran Awam bagi 9 kawasan parlimennya. Begitu juga Putrajaya, telah mengadakan Pendengaran Awam bagi Rancangan Sruktur dan Rancangan Tempatan Putrajaya.

Rancangan Sruktur adalah garispanduan pembangunan yang melibatkan sosial, ekonomi dan lain lain termasuklah pembinaan sekolah, tadika, taska, pusat perniagaan, hotel dan pusat hiburan. Dalam hal ini, semua infrastruktur yang telah sedia ada dan akan dibangunkan diambil kira. Begitupun impak dan kesan dari segi sosial dipertimbangkan sedalam dalamnya sebelum sesuatu RT dan RS diluluskan untuk diwartakan.

Pendengaran Awam pula adalah proses di mana pandangan rakyat di ambil kita sebelum Rancangan Sruktur dan Rancangan Tempatan sesebuah bandar di wartakan.

Pembinaan kuil di seksyen 19 Shah Alam tidak pernah digazetkan dalam mana mana rancangan struktur dan Tempatan Shah Alam. Menurut NGO Islam yang saya temui, kerana berurusan dengan mereka, kuil itu telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rezab surau. Surau itu pula asalnya tanahnya telah diwakafkan oleh orang Islam. Jadi claim yang mengatakan kuil tersebut wujud 150 tahun boleh dipertikaikan.

Modus operandi pembinaan kuil di negara ini selalu secara stake and claim macam stake and claim lombong emas di wild wild west Amerika Syarikat. Caranya begini:-

Dapat sahaja kawasan yang sesuai, tak kira tanah siapa akan dicacak incense stick. Jika incense stick ini tidak dibuang segera, maka lama kelamaan, dari beberapa cucuk incense stick, selang beberapa bulan akan muncul rumah kotak sebesar 2 kaki x 2 kaki! Tentulah pendirian rumah kotak itu sebenarnya pada asanya telah melanggar Akta Parit, Jalan dan Bangunan sebab tidak mendapat kelulusan Permit Mendirikan Bangunan.

DBKL dan Perbadanan Putrajaya telah memperuntukan beberapa lot tanah / kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan rumah ibadah berdasarkan populasi penduduk. Disebabkan majoriti penduduk adalah berugama Islam, maka lot tanah yang diperuntukkan untuk masjid dan surau tentulah lebih banyak dari tok pekong dan kuil. Saya yakin, mana mana PBT lain juga mempunyai Standard Operating Procedure (S.O.P) yang sama.

Kekecohan yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam tidak sepatutnya berlaku. Jika MBSA dibenarkan membuat kerja secara S.O.P , tentulah Pendengaran Awam telah dibuat! Itulah pembangkang, asyik membangkang semua langkah, penjawat awam dibelakangkan, prosedur dan peruntukan undang undang tidak diikuti, hak rakyat ditindas, sudahnya kecoh sebab gagal tadbir negeri!

Rujuk laporan akhbar berikut dan komen Dr Khir Toyo

Pembinaan kuil tak ikut proses - Khir
SHAH ALAM 9 Sept. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegur kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa tidak mengikut proses sepatutnya dalam melaksanakan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor ketika ini dilihat mengamalkan cara yang kurang sesuai bagi membolehkan rumah ibadat itu dibina di kawasan Seksyen 23 meskipun kerajaan negeri telah memperoleh lokasi baru bagi menggantikan lokasi asal yang mendapat bantahan keras daripada penduduk.

Menurut beliau, dalam pembangunan rumah ibadat bukan Islam di kawasan umat Islam, kerajaan negeri sepatutnya mendapatkan pandangan penduduk berhampiran kawasan itu terlebih dahulu, bukannya persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariaman di Seksyen 19.

Ini kerana katanya, penduduk Melayu dan Islam berhampiran kawasan berkenaan merupakan golongan yang terpaksa menerima kewujudan rumah ibadat Hindu itu di kawasan mereka yang tidak pernah ada selama mereka tinggal di situ.

"Jadi perkara inilah yang perlu diberi perhatian. Dapatkan pandangan penduduk setempat dan jika mereka setuju barulah dapatkan pandangan jawatankuasa kuil dan seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat Exco," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan negeri mencari tapak baru kuil berkenaan bagi menggantikan tapak cadangan asalnya yang mendapat bantahan majoriti penduduk Islam Seksyen 23 sehingga mencetuskan pergaduhan sebelum ini.

Tambah Mohamad Khir, bantahan penduduk Islam Seksyen 23 terhadap kerajaan negeri sehingga hampir mencetuskan pergaduhan adalah berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dengan prosedur pelaksanaan berkaitan dengan pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Ini kerana katanya, tapak cadangan asal berhampiran dengan kawasan penduduk Islam yang diputuskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dibuat tanpa mengambil kira pandangan penduduk Islam di kawasan itu terlebih dahulu.

Sebaliknya beliau memberitahu, tapak cadangan asal kuil itu diputuskan hanya menerusi perbincangan antara kerajaan negeri dengan jawatankuasa kuil Seksyen 19, tidak termasuk penduduk Seksyen 23.

"Mereka patut tahu dan faham apa maksud pendengaran awam sebenarnya. Pendengaran awam ialah mendapatkan pandangan penduduk yang akan menerima projek dan pembinaan rumah ibadat itu di kawasan mereka," jelasnya.

Abdul Khalid ketika bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini memberitahu kerajaan negeri tidak akan mengadakan perbincangan dengan para penduduk berhampiran Seksyen 23 di sini berhubung tapak baru kuil Sri Maha Mariaman yang dicadang dipindahkan ke kawasan itu dari Seksyen 19, buat masa ini.

Menurut Abdul Khalid, perbincangan dengan penduduk mengenai cadangan baru itu tidak menjadi keutamaan kerana sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan ia haruslah mendapatkan persetujuan daripada Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 terlebih dahulu.


Sila lihat sumber asal di sini.

Lihat komen Demang dalam ruangan Comment entri ini.


foto di atas untuk hiasan sahaja: caves temple with massive ...of the hindu
Kuan Hoong flickr.com

2 comments:

Cheguman said...

Justeru memang tepat masanya DS Najib melancarkan kempen 1 Malaysia.

Dalam soal ini sikap saling menghormati amat penting untuk dihayati. Maksud dihayati ialah 'faham dan patuh'. Adalah tidak wajar bagi orang Islam mendirikan masjid di kawasan bukan Islam serta memasang speaker sekuat-kuatnya. Begitulah sebaliknya.

Jika kita lihat zaman sahabat, walaupun tentera Islam sudah menguasai sesebuah negara namun khalifah Islam melarang menukarkan gereja menjadi masjid.

Jika dihayati semangat perlembagaan, menara agama lain tidak boleh melebihi ketinggian menara masjid di negara ini.

Menghayati semangat perlembagaan ertinya kita sedar bahawa perlembagaan digubal oleh manusia dan untuk kesejahteraan manusia itu sendiri, bukan sekadar untuk memberi peluang pekerjaan kepada kakitangan mahkamah.

C L J said...

Saling menghormati:

Kerajaan Pusat dan juga kerajaan Negeri Selangor sudah mengamalkan SOP.

Apakah SOP yang sudah menjadi peraturan dan kaedah perlaksanaan itu tidak perlu diikut apabila kerajaan bertukar puak ?

Kalau begitu bagaimana pula dengan Perlembagaan Malaysia. Tak perlu dihormati juga ke ?

Bagaimana pula dengan sistem yang menjadi asas dalam penubuhan negara2 hari ini. Tak perlu diberi perhatian juga ke ?

Itulah barangkali sehingga Pendengaran Awam pun sudah menjadi tidak perlu.

Kalau demikian sikap Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri yang baru itu maka betullah barangkali pertuduhan hamba bahawa 'puak puak ni' (meminjam istilah Hj Hadi dlm Amanat Hadi) memang sedang membiakkan akalan (idea) Negara Republik.

Kalau begitu maka pihak yang patut merasa lebih bimbang daripada rakyat jelata serta pemimpin yang dipilih di kalangan mereka ialah Raja Raja.

Institusi Raja sedang terancam nampaknya.

Janganlah sampai begitu sekali..!!!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)