Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, September 16, 2009

Hukum baru

University of Blue Haru menjadi kelam kabut lagi. Semuanya gara-gara formula terkini yang dikeluarkan Profesor Nicky Exist yang menyatakan bahawa ‘dua tambah tiga tidak semestinya menjadi lima, sebaliknya menjadi enam atau tujuh.’

Maka para cendikiawan dan ahli akademik di universiti itu menjadi bengong seketika dalam meneka helah terbaru Profesor Madya tersebut.

Biarpun begitu, para pelajar tidak merasa apa-apa sebab mereka tidak perlu memikirkan apa-apa pun. Mereka cuma sedikit resah menanti para tutor dan professor mereka berfikir, mengambil keputusan dan menyiarkan keputusan tersebut melalui SMS atau email ke mailbox masing-masing.

Apapun keputusan professor, mereka akan terima. Maklumlah, keputusan peperiksaan di tangan pensyarah.

Kegemparan rupa-rupanya tidak berakhir di bilik kuliah sahaja. Kekecohan juga berlaku di beberapa buah kafe apabila terdapat pengusaha kafe mengugut untuk menutup perniagaan ekoran tindakan ramai pelajar yang tidak mahu membayar dengan cukup harga makanan yang dibeli. Alasan para pelajar tersebut ialah jika mereka membeli nasi berharga RM5, kemudian membeli pula minuman berharga RM2, maka mereka cuma perlu membayar lima ringgit berdasarkan fatwa terbaru professor tersebut.

Terdapat pula kes para pelajar memberontak memecahkan kerusi meja di kafe kerana merasa ditipu penjual makanan. Hal ini berlaku apabila penjual makanan membuat tafsiran iaitu jika para pelajar membeli pada harga RM5 maka mereka perlu mengeluarkan wang sebanyak RM7.

Rupa-rupanya penjual tersebut telah menetapkan pada computer mereka bahawa jika tanda harga (barcord) tersebut tertulis RM5, maka computer secara automatic akan memaparkan harga baru iaitu RM7.

Ketika Demang tiba di universiti tersebut dua hari selepas itu, keadaan benar-benar kelam kabut. Para pensyarah kelihatan berhimpun di padang kawat kerana membantah gaji mereka yang turut dibayar menggunakan formula terbaru itu. Pihak pengurusan akademik juga pening kepala kerana formula pengredan markah pelajar menjadi bercelaru.

Akhirnya Demang berhasil menemui Profesor Nicky Exist setelah memujuknya berkali-kali. Sebaik melihat Demang, Profesor Nicky Exist terus menempelak:

“Mu ni lagi tak beto. Sistem yang mu pakai tu tak betul. Mati nanti mu masuk nerako. Tak cium bau syurga mu ni… mu buke Isle.”

“Profesor.” Kata Demang. Saya telah mengucap ‘aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.’ Adakah saya tidak Islam? Kemudian saya solat lima waktu. Saya akui itu adalah wajib, cuma kadangkala saya terlalai. Saya juga berpuasa di bulan Ramadhan walaupun tak penuh. Namun saya sedar bahawa meninggalkan puasa itu suatu dosa, tetapi tidaklah samapai gugur Islam saya kerana ponteng puasa. Setiap tahun saya mengeluarkan zakat dan fitrah. Cuma saya belum berkemampuan untuk mengerjakan haji.

“Itu yang aku kata tu… ‘dua tambah tiga belum tentu jadi lima”. Walaupun mu dah akui semua rukun Islam tu, tapi oleh kerana mu tidak ikut hukum hudud, maka mu belum lagi jadi Islam.”

“Hukum hudud tu rukun Islam yang ke berapa Prof?” tanya Demang ingin tahu.

“Err…” Profesor Nicky Exist teragak-agak.

“Satu lagi, Profesor Nicky Exist… Kata orang, Raja Pop Michael Jackson telah memeluk Islam sebelum meninggal dunia. Adakah beliau benar-benar seorang Muslim? Adakah beliau berpeluang masuk syurga?

7 comments:

wénkt said...

michael jackson bukan ahli pas

nik aziz kata dia tak masuk syurga selagi bukan ahli pas

anakbukitgantang said...

bagus sungguh "premis matematik" cheguman dan kawan wengk di atas (bagi yg tak tahu apa itu premis matemati, tentu tak pass matematik tingkatan 4 kurikulum Kmeneterian Pelajaran yg mana dimasukkan dalam SPM)

Memang haru biru betul university tersebut

agaknya venue/kedudukan university juga di atas angin? di negeri kelantan atau nak diimport ke negeri pasir berdengung?

Jadi kpd pembaca "read between the lines"- inilah dia jika buat fatwa ikut suka hati, negara haru biru berdengung jadinya!

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Rimas kita dengar tak habis habis ada yang mengaku SYURGA tu mereka yang tentukan siapa yang berhak atau tidak.

Pelik, belajar tinggi sampai jadi Professor tapi fikiran masih tertutup dan taksub tak tentu pasal pada pemimpin parti. Kesian.

Redz da Tsar said...

Serius... Aku banyak setuju dengan Nik Aziz dalam banyak hal... tapi dalam hal nie, komfem aku tak setuju...

Kalau benar aku akan katakan benar, dan kalau salah, tetap salah...

Tapi ketidaksetujuan aku nie masih lagi berkisar kepada 70% tak setuju sebab aku tak baca/dengar komen balas Nik Aziz... Sebab aku tau, berdasarkan pengalaman, media akan memutar belit fakta...

Sama la seperti ketika Nik Aziz kata Allah itu Samseng dulu, mulanya aku tak setuju 70%, tapi bila dengar penjelasan dia, aku tarik balik ketidaksetujuan aku tue...

Dalam hal Syurga nie, setakat nie memang aku tak setuju dan tak mungkin akan setuju...

p/s: Teringat kata-kata Mahathir yang diputar belit media pembangkang tentang 'pengakuan dia membuli Anwar'... Sekali pandang, nampak macam betul, bila dengar sendiri betulbetul, rupanya hanya helah... Macam jugak kes media kerajaan... Suka potong yang mana tak 'in-favour' kepada kerajaan...

Che Leh Jangok said...

Redz da Tsar dok data akhbar berputar belit termasuk Harakah ke ?

ONE said...

salam..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS..
MAAF ZAHIR DAN BATIN!

YANG GAMBI said...

Salam,

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)