Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, October 8, 2009

mentaliti pembangkang


Jika anda ingin membuat kajian dan buntu memikirkan tajuk yang sesuai maka Demang cadangkan buatlah kajian tentang mentaliti seorang pembangkang.

Pilihlah subjek dari kalangan bangsa apa sekalipun, anda akan dapati ciri-cirinya sama sahaja.

Pertama, mereka mempunyai perasaan tidak puas hati dalam hampir semua keadaan. Mereka amat mementingkan 'zero defect'. Maksud Demang ialah ketika menerima perkhidmatan daripada orang lain. Namun itu tidak bermakna mereka mampu mengamalkan 'zero defect' apabila mereka pula menjadi pembekal perkhidmatan.

Kedua, menganggap bahawa kegagalan mereka adalah kerana kejayaan orang lain. Begitu juga sebaliknya. Mereka amat cemburu terhadap orang yang berjaya dan akan menyelidik apakah kerja haram yang dilakukan oleh orang itu sehingga menjadi kaya.

Ketiga, sentiasa ada pihak lain yang boleh dipersalahkan kecuali diri sendiri. Jika mereka tersepak batu, maka batu itulah yang dituduh bersalah. Namun jika mereka mendapat tahu bahawa rakannya sesama pembangkang yang meletakkan batu itu di situ maka mereka akan menyalahkan kerajaan pula kerana gagal meletakkan tanda amaran.

Keempat, mereka begitu kreatif dalam mencari silap orang. Dalam masa yang sama mereka juga kreatif dalam menyediakan alasan bagi menutup kesilapan sendiri.

Kelima, sentiasa prihatin samada orang lain ada melakukan dosa. Mereka amat susah hati apabila orang lain berbuat dosa tetapi apabila mereka melakukan dosa, mereka menganggap hal itu adalah lumrah manusia dan Allah akan mengampunkan mereka.

keenam, apabila orang lain ditimpa bencana mereka menuduh sebagai balasan Tuhan sebaliknya jika mereka ditimpa malapetaka mereka anggap sebagai ujian Tuhan.

Keenam, amat sukar memberi kemaafan tetapi begitu mudah melupakan kesalahan sendiri.

Ketujuh, merasakan bahawa dunia tidak pernah bersikap adil kepada mereka.

Kelapan, mereka amat suka mempertikaikan sebarang peraturan dan ketentuan apabila peraturan tersebut tidak menguntungkan mereka sebaliknya akan menggunakan peraturan yang sama apabila ia menguntungkan mereka.

Foto hiasan: opposite of sex jpeg
rosebudbandasonora.com

7 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

analisis yang sangat tepat.

Anonymous said...

pilih kajian tentang mentaliti seorg umno lg baik tuan..duit,duit dan duit..

Demang Lebar Daun said...

Anonymous, terima kasih atas cadangan tu. Oh ye, nama Anonymous tu atuk awak bagi ke? Sedap nama tu.

(satu lagi mentaliti pembangkang ialah 'baling batu sembunyi tangan'.

Demang Lebar Daun said...

Kepada semua pengunjung, saya tidak memaksa anda menuliskan nama sebenar, namun eloklah diberikan nama samaran yang konsisten agar mudah kita berinteraksi dan berkomunikasi.

Terima kasih.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Chegman,

Duit duit duit konon...orang UMNO saja ke nak pakai duit, orang PAS dan PKR masih guna "Barter Trade" ke? Tak perlu duit ke? Anwar Ibrahim ada 3 billion tu bukan duit ke? Nallakarupan dan Murad sendiri yang sahkan bukan UMNO.
Kenapa senyap je orang PKR? Halal ke duit macam ini pada PAS?

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Tahniah Orang PD. Orang PD memang Bijak!!

AlhamdulillahiRobbilAlamin!!

(Sekarang kita tunggu PAS RIDO atau tidak)

rumputsundal@kemuncup said...

Salam chenguman,
Saya telah terfikir beberapa kali seperti yang tuan nyatakan tentang mentaliti atau psikologi orang yang cenderung kepada pembangkang dan berharap ada ahli sains politik telah berbuat demikian. Sering saya apabila bertemu atau berbicara dengan golongan ini saya amati ialah mereka2 yang sangat ekstremeli EMOSIONAL,(mungkinkah penyakit mental sebenar?), suka dan BERANI menuduh tanpa bukti, berfikiran kurang matang, mengaitkan kisah kehidupan dan sejarah lampau (biasanya tentang penindasan dan ketidakpuasan hati)sama seperti dendam tak sudah nik aziz pada kerajaan KEMAS, kurang mementingkan penampilan diri (apa lagi kalau puak muslimah PAS..takde wajah berNUR langsung), majoriti ialah introvert dan banyak lagi, yang menjadikan topik ini sangat perlu diperbincangkan bagi membantu strategi pilihanraya akan datang. Bagi saya, kesimpulannya bagi penyokong pembangkang ialah mereka yang sukar untuk mengungkap perkataan SYUKUR,ALHAMDULILLAH, PENDENDAM dan MUNAFIK. Saya akui puak ini baik dan bijak tetapi apabila dendam membara dengan hasutan pemimpin laknat mereka maka mereka segera akan masuk lubang kesesatan. Hanya ALLAH dapat memberi HIDAYAH kepada mereka sepertimana Saidina Umar RA diberikan hidayah Islam dan Iman sebelum amirmukmin ini belum Islam.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)