Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, October 25, 2009

Siapa syaitan itu?



"Bbrp hari sblm nik aziz keluarkan kenyataan supaya pas buat egm untuk bersihkan pro perpaduan.., anwar ibrahim mengadakan pertemuan dgn nik aziz. Tindakan nik aziz atas campur tgn anwar. Anwar yg myebabkn pepecahan dlm pas"

Demikian sms yang Demang terima kelmarin.

Nampaknya Nik Aziz benar-benar faham realiti politik di Malaysia. Tak kesahlah samada beliau sudah faham atau baru mula faham. Yang penting Nik Aziz sudah sedar bahawa PAS tidak boleh 'hidup' tanpa PKR dan DAP.

Kita boleh faham kedudukan Nik Aziz sekarang. Sejak meredeka PAS tidak pernah merasai nikmat disanjungi walau apapun tindakan yang diambil. Selama ini UMNO yang berkedudukan begitu. Selama ini jika diletakkan tunggul kayu sekalipun sebagai calon BN, maka tunggul itulah yang akan dipilih menjadi wakil rakyat. YB Tunggul Kayu.

Tiba-tiba PAS menerima nikmat sebegitu. Bukan PAS sahaja malah mana-mana parti pembangkang pun begitu. Bila? Sejak UMNO menyingkirkan timbalan presidennya Anwar Ibrahim. Sejak itulah PAS kembali bernyawa. Padahal pemerhati politik meramalkan PAS akan ditutup bila-bila masa sahaja sebelum peristiwa bersejarah itu. Sebabnya, (Tun) Dr Mahathir tika itu begitu mantap dan hebat!

Ertinya, Anwar adalah penyelamat PAS. Malah hingga kinipun PAS masih memerlukan Anwar. Buktinya, walaupun sekalian rakyat dikatakan membenci UMNO-BN dalam PRU12, namun PAS cuma mampu memenangi 23 kerusi parlimen. Sedangkan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sekalipun PAS memerlukan 111+1 kerusi parlimen.

PAS juga memerlukan DAP tidak kira apa sekalipun ideologi parti itu. Malah PAS memerlukan parti apa sahaja termasuk sosialis dan komunis bagi menumbangkan UMNO. Itulah lanjutan daripada kenyataan Nik Aziz untuk menerima hatta syaitan sekalipun yang mahu membantunya.

Maka Demang (dan mungkin juga anda) segera terfikir: siapakah yang dimaksudkan dengan 'syaitan' dalam kenyataan tersebut?

Takkan lah Nik Aziz nak bela hantu raya, ye tak?

foto-foto sekadar hiasan:
fire devil vuur duivel no Jan Hoogendoo... flickr.com

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, Nik Aziz tak kisah kalau tidak dapat menubuhkan sebuah kerajaan Islam tulin, kerana itu sudah memang tidak termaktub dalam perlembagaan PAS. Nik Aziz hanya ingin melihat sebuah parti keramat Melayu jatuh, itu sahaja.......

Anonymous said...

sebelum menuduh orang tu...nilai-nilailah diri tu dulu... pandang orang yang dinilai dan pandang diri sendiri... kalau kita sehebat atau lebih hebat daripada orang tu... bolehlah cakap tapi kalau kita adalah orang yang lebih hebat pastinya kita akan lebih berdiam daripada berkata2 perkara yang tidak membawa faedah dan tidak berakhlak....LU FIKIRLAH SENDIRI!!!!

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)