Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, November 30, 2009

Anwar bebas Saiful dipenjara


Demang salin dan tampal suara hati anak muda yang sedang bertungkus lumus cuba membersihkan namanya dan membongkar kebenaran. Sayangnya beliau tersepit antara kelemahan undang-undang dan kelicikan para pemainnya. Manakala pemimpin negara tidak berani campur tangan kerana bimbang terjerut dalam permainan songsang.

Bagi anda yang mempunyai hati dan perasaan, bacalah suara hati anak muda ini dan bayangkan jika ia terjadi pada kaum keluarga anda.

_______________________________________________

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Esok pagi , di Mahkamah Tinggi Jln Duta, adalah keputusan permohonan tertuduh untuk gugurkan pertuduhan sebelum dibicarakan.

Implikasi terhadap diri saya jika kes ini digugurkan sebelum dibicarakan adalah amat besar, ke tahap boleh disaman tertuduh dan lebih teruk saya pula yang bakal dipenjarakan. Ini kerana secara tidak langsung ia membuktikan kononnya laporan polis yang saya buat tidak berasas, menipu. Sedangkan saya langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dengan memberi keterangan serta bukti-bukti di Mahkamah jika ia tidak dibicarakan.

Adakah ini Adil? Anda fikirlah sendiri..

Walaubagaimanapun, Saya berkeyakinan penuh pada mahkamah dan saya percaya bahawa hari perbicaraan penuh untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi. Namun, yakin sahaja tidak cukup.

Justeru, saya mohon kepada anda sekalian, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya BERDOA agar perbicaraan kes saya ini TIDAK DIGUGURKAN bagi anda sendiri mengetahui Kebenaran yang sebenar. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.

Diam tidak bermakna kalah, diam tidak bermakna takut, diam bermakna saya sabar dan berhati-hati dalam mengatur langkah.. Dan sabar itu adalah senjata mukmin yang paling afdal dan sangat digeruni lawan. Sudah 1 1/2 tahun saya bersabar menanti hari perbicaraan untuk tiba, jika kes ini gugurkan, haruskah saya bersabar lagi?

Alhamdulillah, banyak hikmah yang diperolehi selama 1 1/2 tahun penantian saya ini. Berkat kesabaran dan doa, sudah ramai diluar sana semakin hari semakin meragui kredebiliti tertuduh yang sehingga hari ini berdolak dalik daripada ia dibicarakan. Ini ditambah lagi dengan sokongan padu dari individu2, blogger2, forum2, media cetak dan elektronik dalam membantu saya menegakkan kebenaran ini.

Ada banyak lagi hikmah2nya, tapi saya tidak mahu sebut disini.

Untuk makluman, ramai juga diantara mereka(penyokong, rakan dan barisan pimpinan tertuduh) memberikan sokongan dan simpati dalam diam. Walaupun ada diantara mereka yang masih enggan percaya, namun mereka semua bersetuju agar kes ini dibicarakan bagi mengetahui kebenaran dan kesahihannya, bukannya lari dari perbicaraan. Terima kasih diucapkan kerana bersikap rasional dan adil.

Sudahlah bersumpah laknat pun beliau enggan, kini bicara di Mahkamah dengan dibarisi 12 Peguam handal pun beliau masih mahu berdolak dalih daripada ia dibicarakan.

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu saya akan terus istiqamah dan berjuang habis-habisan demi menegakkan kebenaran. Saya tidak bergantung pada sesiapa, hanya pada Allah swt tempat saya bergantung.

Sama-sama kita nantikan keputusan Mahkamah esok.

Kepada Allah saya berserah..



''Justice delayed Is Justice denied''
William E. Gladstone


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI


Bagi Demang, jika Anwar berjaya menahan Saiful daripada mendakwa dan membicarakan kesnya di mahkamah, maka majoriti RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN PERCAYA PADA ANWAR IBRAHIM SAMPAI MATI.


foto:
anwar 200 jpg rnw.nl

2 comments:

YANG GAMBI said...

Waadat, Allah akan sentiasa dipihak yang benar, "Allah mendahului doa dari orang yang teraniaya sekali pun dianya dari seorang kafir" yakinlah...... kebenaran pasti terserlah...

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

Allah swt maha mengetahui tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa dan kehendaknya..

Insyaallah seandainya ia satu kemungkaran akan terselak dan terbongkar juga keaiban.

wassallam.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)