Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, November 25, 2009

dua berita tak menarik


Sambil menunggu roti canai pagi ini Demang menyelak-nyelak akhbar Melaka Hari Ini yang memang tersedia di warung itu.

Dilihat pada nilai berita, tidak ada yang menariknya akhbar ini. Hanya berita biasa. Berita bantuan rakyat miskin, anak yatim, baiki jalan, jadual ceramah agama, gotong royong, majlis perasmian, dan yang sewaktu dengannya. Jika diberi percuma pun belum tentu orang membaca. Tiada yang sensasi.

Berita utama memaparkan kejayaan polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai 'Geng Pecah Rumah Hanafi'. Tajuk yang diharapkan dapat menarik sedikit perhatian khalayak.

Bagi menambahkan kebosanan anda dengan berita statik yang penuh statistik ini, mari kita perhatikan faktanya:

Kumpulan tersebut dianggotai 4 orang rakyat tempatan berusia 25-34 tahun dan sudah bergerak lebih 4 tahun sejak 2004. Operasi mereka tertumpu pada kedai runcit dan restauran sekitar Melaka Tengah dan Jasin melibatkan kira-kira RM50,000 hasil daripada 29 projek haram mereka. (suatu usaha yang tak berbaloi untuk tempoh EMPAT tahun!)

Turut ditahan ialah 3 pembeli barang curi dan polis berjaya menemui 222 tong gas, 1152 tin minuman, minyak masak, susu, TV, radio, periuk nasi, beras, gula, dan wang tunai RM5280. (Lagi lah tak berbaloi. Mencuri tong gas bukanlah kerja yang 'smart').

Demang masih menganggap tiada yang menarik pada berita tersebut sehingga menemui berita lain di dalam akhbar yang sama.

'Penyelidik USM cipta bahan utama ubat sakit jantung'

Menurut Prof Abd Latif Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM, bahan utama iaitu L-homophenylalanine dihasilkan menggunakan kaedah biopemangkin gabungan teknologi enzim dan membran yang jauh lebih selamat berbanding kaedah yang digunakan selama ini.

Beliau bersama Dr Syamsul Rizal Abd Syukor dan Oh Pei Ching berjaya menemui kaedah tersebut hasil kajian mereka selama 4 tahun dengan perbelanjaan RM500,000. Kini ia boleh dijual pada harga RM2500 berbanding bahan lama yang diimport pada harga RM9,000 hingga RM11,000!

Walaupun berita tersebut dianggap tidak menarik, tidak sensasi, dan tidak popular namun bagi Demang ia cukup bermakna. Ia melibatkan dua kumpulan manusia yang memburu kejayaan masing-masing, dan ada hubungan dengan manusia lain.

Perhatikan fakta dan angka-angka dalam kedua-dua berita dan renungkanlah sejenak dan berhenti sebentar dari berfikir tentang politik.

Jangan lupa, perhatikan angka RM50,000 (jadi penjenayah) dan RM500,000 (jadi penyelidik). Bukankah lebih untung menjadi orang baik?

Terpulang pada kita untuk masuk dalam kumpulan yang mana?

foto hiasan cuma:
tong gas2 150x150 jpg saujanautama3.com

5 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Saya faham maksud Cheguman. Kita berharap lebih banyak berita kedua itu yang selalu kita baca dan dengar. Saya tumpang bangga atas kejayaan apa pun yang boleh dimanafaatkan oleh orang ramai.

Berita permata tu memanglah menyedihkan selain membimbangkan kita semua. MALANG sekali Cheguman, ada juga manusia pelik zaman sekarang yang menyokong penjenayah dan Polis pula yang dipersalahkan jika Penjenayah tertembak mati!!

Demang Lebar Daun said...

betul tu Makcik.

Kita sentiasa ada dua pilihan: untuk buat perkara baik atau sebaliknya. Kita juga yg akan dapat hasilnya atau tanggung akibatnya.

Anonymous said...

Salam,

Terima kasih kepada sinopsis kedua-dua berita yg tuan baca dalam akhbar tersebut dengan membuat perbandingan yg jelas dengan bukti-bukti statistik dan angka.

Boleh dijadikan contoh untuk melihat hasil kerja yg baik dan yg tak baik.

Terima kasih.

Nik
Daejeon

Demang Lebar Daun said...

Terima kasih kembali, Nik. Kalu bukan orang Melaka, datang le cuti-cuti ni.

YB Raz said...

hehe akhbar melaka hari ini memang boring. Tapi dulu baca juga sebab takde benda lain nak baca.

sekarang memang dah terbalik. orang sokong penjenayah bukan polis. malah chin peng pun nak dijemput balik ke malaysia.

orang sanggup buat macam macam kalau nak kejar populariti.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)