Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Monday, November 30, 2009

lagi pemimpin keluar PKR


Masih ingat teori domino yang Demang ungkapkan tidak lama dulu? Nampaknya dinding semakin beruntuhan satu persatu menghempap dinding di sebelahnya sehingga akhirnya semua ranap menyembah bumi.

Dalam artikal dulu Demang paparkan perihal keluarnya rokoh-tokoh penting dalam PKR setelah mereka menyedari betapa perjuangan PKR adalah perjuangan sia-sia. Pemimpin-pemimpin tersebut termasuklah orang yang rapat secara peribadi dengan Anwar Ibrahim seperti Ezam Mohd Nor.

Hari ini akhbar menyiarkan berita dua orang lagi pemimpin PKR keluar daripada parti ’bateri 3A’ itu iaitu Setiausaha Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili dan Setiausaha PKR Papar, Awang Mumin Awang Marali.

Nampaknya kemusnahan PR sudah semakin hampir berikutan kemelut hebat PAS serta hilang kepercayaan ramai terhadap PKR.

foto hiasan:
Good Bye Lenin jpg wikilib.com

3 comments:

Yb Raz said...

Memang PKR dan PAS mengalami masalah dalaman tetapi jangan dilupa UMNO dan BN juga mempunyai masalah dalaman.

Saya baru membaca blog Tun Mahathir tadi dan beliau mengisahkan terdapat seorang bekas pemimpin kanan UMNO yang menceritakan masalah ketua cawangan.

Apa yang dikatakan itu benar. Sebenarnya UMNO mempunyai banyak masalah di peringkat bawahan.

Disamping kita ghairah menceritakan kelemahan pihak lawan, kita tidak harus melupakan masalah dan kelemahan pihak kita.

Demang Lebar Daun said...

Masalah UMNO di peringkat bawahan tu Demang memang sedar dan UMNO sedang melakukan pembaikan secara besar-besaran. Maaf, tak semua perkara boleh kita sebarkan di sini. Insya Allah, jika pemimpin UMNO lari drpd landasan perjuangan membela ummah, Demang dan para sahabat lah yang awal-awal membenterasnya. Kita pernah lakukannya sebelum ini jika anda menyedarinya.

UMNgok said...

UMNO busuk hingga ke ususnya

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)