Blog Widget by LinkWithin
Blog Widget by LinkWithin

Koleksi Petua & Ramuan Herba secara percuma di blog Morhabshi. Update setiap hari. Sila klik..

Jualan terus: daripada pengeluar kepada pengguna

Dapatkannya sekarang pada harga pengeluar. Cuma RM3/unit Klik di sini

Selamat kembali tetamu kehormat Demang

Hebat, kapsul herba power-super-power

menambah kehebatan di ranjang dengan cara melancarkan peredaran darah, sekaligus menjadikan kesihatan lebih baik. Antaranya, mengawal tekanan darah tinggi. 100% herba. Dapatkan pek percubaan. Untuk maklumat lanjut, sila klik

anda, anak, & famili

Jika bayi anda meragam, apa perlu anda buat? tak kan nak buat bodo je, ye tak? Klik sini

Bantuan kecemasan?

Sediakan payung sebelum hujan... Apa cerita Bro? Nak tahu, klik sini.

Dapatkan Kitab Perubatan Percuma

Join dan muat turun ayat Al-Quran, ramuan, petua, dan amalan tertentu. (termasuk bagi meningkatkan hubungan suami-isteri. Download.

ramuan & petua hari ini (percuma)

Lihat rencana mutakhir Waadat

Sunday, November 8, 2009

mereka yang terlondeh dan terdedah


Ada satu soalan berbentuk gurauan orang kampung berbunyi begini:

"Anda berada dalam khalayak ramai. Angin bertiup agak kencang. Sambil itu anda juga sedang mendukung bayi dengan berkain sarung (tentunya tanpa memakai seluar dalam). Tiba-tiba kain anda terlondeh. Yang manakah perlu didahulukan? Bayi atau kain?"

Jika anda menyangka bahawa Demang ingin mengaitkan lelucuan tadi dengan konsep 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, anda mungkin betul tetapi bukan untuk kali ini.

Sebenarnya kali ini Demang nak kaitkan dengan 'perhimpunan luar biasa' PAS semalam. Ternyata perhimpunan yang diharapkan dapat melondehkan seberapa banyak pekong dan kurap presiden (Hj Hadi) kebelakangan ini rupa-rupanya telah mendedahkan banyak kelemahan parti PAS, terutamanya Nik Aziz dan penyokongnya.

Antaranya, pendedahan bahawa sokongan anak muda terhadap PAS telah merosot dengan amat ketara kebelakangan ini. Meskipun disangka isu tersebut boleh menjadi bukti kelemahan HJ Hadi namun ramai beranggapan ia lebih banyak berpunca dari sikap Nik Aziz sendiri.

Malah isu kerajaan perpaduan UMNO-PAS sebenarnya telah membantu Hadi mengekalkan pengaruh dan menarik simpati golongan muda yang amat mengharapkan kemelut politik negara segera berakhir.

Bagi Demang pendedahan paling besar semalam ialah Hj Hadi dan Nik Aziz memang sedang mengalami keretakan hubungan yang melampau.

Syabas kepada Prof Aziz yang telah memainkan peranan dengan jayanya. Demang bukan maksudkan teman baik Anwar itu sebagai duri dalam daging atau gunting dalam lipatan; malah sebagai musang berbulu ayam pun bukan (maaf Hassan Ali). Cuma bagi Demang beliau lebih mirip pada pepatah 'sokong membawa rebah'.

foto:
close open jpg trekearth.com

2 Komen:

Demang Lebar Daun November 8, 2009 9:38 PM  

Berikut adalah berita penuh berkaitan kajian:

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Seminar Memperkasakan Pas hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa imej parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada.

Lebih mengejutkan para peserta seminar turut dimaklumkan bahawa rakyat mula hilang kepercayaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan kajian terkini oleh Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding 67 orang menyokong.

Pensyarah dari Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM) itu memilih 2,100 orang sebagai responden bagi Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dijalankannya dengan tumpuan ke atas Abdul Hadi.

Abu Hassan berkata, selain itu, 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif.

"Bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong," katanya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Aspirasi November 9, 2009 9:54 AM  

Itulah hakikat yang sebenar... sebab itu mereka tidak layak untuk menjadi kerajaan lagi...

Ramuan & Petua hari ini

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP