Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, December 22, 2009

Apabila terlalu banyak '? ? ?'

Demang terima SMS berikut minggu lepas:

"Askum,saya pengiran haji awg julainie dan untie saya sangat berminat utk jadi rakaniaga produk sdr bagi pasaran kami di negeri sarawak dan juga brunei.brapakah harga yang boleh ditawarkan utk pengambilan 500 botol minyak morhabshi dan 500 biji kapsul super.emailkan kpd saya senarai harga ke aawgjulainie@yahoo.com/fareastgrp@gmail.com atau faxkan ke 082311216.tqvm,regards"

Demangpun membalas SMS tersebut namun tiada balasan. (Demang hantar sekali lagi SMS yang sama, masih tiada balasan. Hantar email pula maklumat yang sama. Pun tiada balasan. Betul ke ni? -persoalan pertama)

Namun Demang tetap mengarahkan bahagian pengeluaran dan penghantaran bersedia bagi membuat pengiriman.

Sebelum ini Demang tak kesah, orderlah 1000 botolpun, satu senpun Demang tidak minta deposit. Namun setelah beberapa kali mengalami masalah pembeli senyap dan bayaran lenyap, maka kali ini Demang meminta sedikit wang pendahuluan. Maksud Demang bagi pembelian borong. Untuk pembelian runcit Demang masih beri kelonggaran kepada pelanggan untuk membayar selepas produk tiba.

Terbaru (dua bulan lepas), 300 botol yang dihantar ke Kulim terus senyap sunyi hingga kini. SMS terakhir yang Demang hantar dua minggu lepas sepi tak berbalas. Bertepuk sebelah tanganlah Demang!

Beberapa hari kemudian, pada suatu malam Demang dapat panggilan daripada 'pengiran' tersebut. Nampaknya mereka serius. Ketika sedang rancak berbincang, talian terputus. Demang cuba hubungi, tak dapat. Tak apalah. Demang tak jadikan itu satu persoalan.

Kemudian tengahari tadi seseorang yang mengaku PA kepada pengiran tersebut menghantar sms menggunakan nombor HP yang sama. (PA dan bos berkongsi HP? - persoalan kedua).

"Askum,saya puan wati bakri drp fareast group companies dan pa kpd pengiran hj awg julainie ts dtk hj awg musthapa diarah supaya pihak tuan dpt sahkan semula ac no dan jumlah utk pembyran produk.kjp lagi saya ke bank utk masukan duit tersebut setelah untie tuan hj drp ttkan wang.tk diatas kerjasama dan perhatian tuan."

Tidak lama kemudian, Demang menerima pula SMS berikut:

"En azman,cl saya skrg.kredit saya dah abis dan saya kat bank skrg.tk"

Hati Demang tertanya-tanya, takkan lah syarikat besar pakai HP prepaid, kot? Untuk makluman, nombor HP inilah yang digunakan oleh 'pengiran' sejak awal termasuk menelefon Demang pada waktu malam. Kini PA beliau membawa HP ini ke mana-mana. Apa hubungan mereka sebenarnya? Ini boleh dijadikan persoalan ketiga!

Oleh kerana PM kita mengatakan 'Rakyat Didahulukan' maka Demangpun menelefon lah dengan semangat 1 Malaysia 'Pelanggan Didahulukan'.

'Puan Wati' tersebut memberitahu bahawa 'Auntie' sudah tersilap memasukkan 3750 dalam nilai Dollar Brunei sedangkan deposit yang Demang minta ialah dalam Ringgit Malaysia. Masalahnya ialah mereka terlebih bayar, yakni apabila ditukar kepada RM sudah menjadi RM8 ribu lebih! "Kaya lah Demang!"

Sebenarnya Demang memang tidak mampu memahami masalah tersebut, sekadar mengiyakan sahaja dalam telefon. Kalau banyak bertanya nanti, melambung pulak bil Celcom Demang!

Nampaknya sudah empat, lima dan enam persoalan dalam kepala Demang.

Menurut mereka, bagi menebus kesilapan tersebut Demang diminta memasukkan RM478.17 ke dalam akaun beliau. (SMS yang Demang terima bertulis: Cimb ac 11015014047521 wati binti bakri.rm478.17.tk)

Demang juga diminta menelefon 'pengiran' bagi mendapatkan keterangan lanjut. Menurut 'pengiran' tersebut beliau berada di luar kawasan dan tidak dapat memberikan RM478.17 tersebut kepada PA nya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Itulah sebabnya mereka terpaksa 'meminjam' wang Demang. Setelah urusan selesai wang Demang itu akan dikembalikan.

Oleh kerana banyak tanda soal sejak awal urus niaga ini, maka Demang jadi curiga. Samalah macam Demang curiga pada Anwar yang acap kali berdolak dalik, terutama dalam isu Saiful.

Demang segera menghubungi emak menakan Demang, akauntan CIMB. Beliau menasihatkan Demang untuk tidak meneruskan urusniaga tersebut.

Maka Demangpun mengambil keputusan berdiam diri dan tidak lama kemudian SMS berikut tiba:

"Askum,Saya dah lama tung gu kat bank dan kenapa tidak dimaklumkan kpd saya tuan tak dpt bank in kan kpd saya jadi saya tak tunggu kat bank lama.adakah perlu saya batalkan urusniaga nie?tk"

Terus terang, Demang rasa simpati dengan SMS tersebut. Sama seperti simpati Demang pada Anwar ketika mula beliau dipecat dulu. Namun persoalan baru pula muncul. Adakah urusan bank tersebut tidak boleh ditangguhkan esok? Demang tidak memaksa mereka membayar hari ini. Minggu depan pun boleh. Takkan lah dek kerana tidak dapat mendahulukan RM478.17 itu maka semua urusniaga dibatalkan terus?

Makin besar persoalan dalam benak Demang.

Akhirnya Demang ambil keputusan, biarlah Demang terlepas 'kontrak besar' yang belum tentu daripada Demang rugi tak tentu pasal.

Ada dua mesej daripada cerita benar tadi:
Pertama, dalam urus niaga, berhati-hatilah kerana keuntungan yang dijanjikan mungkin hanya umpan bagi mendapatkan wang anda semata-mata.

Kedua, dalam politik, berhati-hatilah kerana perubahan yang dijanjikan mungkin hanya umpan bagi meraih kuasa semata-mata.

15 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya baru sahja terkena. saya dah hilang rm478.17 tu. saya dah check no akaun tu mmg wujud. ada idea tak saya nak buat apa pasal ni??? tolong emel saya. mungkin Allah nak uji saya tiba-tiba saya kurang cerdik pada masa 2.... hana.khairi@gmail.com

ayiedhiaperfumes said...

salam hana

sy ayie drp s.alam....
sy dh terbaca kisah awk dlm internet.
sy pun senasib dengan awk terkena dengan 2 org penyanggak tp sy rugi kurang 100 dr awk
sy rugi rm378.17
sy pun bisnes jugak.
ptg tadi 11.2.2010 sy dh wat report polis tp sy rasa polis tak dpt nk bendung jenayah komersial ni.
tapi disini sy ada satu cadangan,jom kita sama2 wat report kpdnhep dan kita cadangkan supaya pihak kpdnhep boleh menyuruh bank negara membekukan semua akaun bank milik penyanggak ni.
bila bank negara bekukan @blacklist 2 penama ni,bermakna diorg dh tak boleh simpan duit lagi utk mana2 bank.
jadi bila diorg dh takde akaun diorg dh tak boleh dh simpan duit dlm bank dan jika diorg guna akaun org lain,org tu jugak akan menerima nasib yg sama seperti mereka....jadi bila mangsa lain nak bank in pada penyanggak ni,bank akan bgtau akaun ni dh dibekukan,jadi mangsa tu xakan jadi bank in lah.bagus tak cadangan sy.
kalo boleh awk contact sy ayie 0193790248 dan bawak bukti2 yg berkenaan.
pasal nama diorg,kita bleh mintak syrikat telekomunikasi trace alamat diorg melalui no telefon diorg sbb skang no telefon semua dh berdaftar.bawak bukti skali dan yg sms tu simpan dan jgn delete dulu k.

ayie
0193790248

Anonymous said...

hi semua saya pun kena juga tapi tak la htr duit saya maki dia cukup cukup katanya dia tak takut dgn sesiapa dan pihak pois pun dia tak takut. sebelum tu saya saja nak perangkap dia tanya bank account dia bagi nama affiza jelo maybank acc 1110 3912 8508 .affiza jelo ini ada dlm facebook http://www.facebook.com/affiza.jelo
cuba baca hobbynya tukang loyar customer. no telnya masih sama da dia masih aktif perdaya org elok kita sebar dlm beberapa laman we dan hebahkan no tel pada semuaku harap pihak polis slow

elmyolen said...

salam..

saya pun baru je terkena antara 23/2/2010 hingga 1/3/2010 berurusan dengan orang yang sama Hj Awg Julainie, Afiza Jelo, Sabaruddin (konon pegawai bank)ada lagi sorang nama Wan apa ntah iaitu sbg driver kpd awg julainie ni. modus operandi memang sebijik sama..

untie dia dari brunei telah masukkan BND5400 ke akaun bank saya kalau tukar ke RM12488 (ni bagi pembelian produk RXLite)..so awg julainie ni sms dan call saya berkali-kali..masa tu sya tgh kursus kat KL..bateri phone pulak abis..masa sya on the way balik dari kursus, sya on h/phone, sya tgk byk misscalled dan ada SMS dari awg julainie siap marah saya lagi..dia kata mcm mana nak berurusan kalau hp tak dpt dihubungi? bisnes apa mcm ni?? sya tak sedap ati, terus cari public phone dan call no 0168080333, dia jwb call tu..

Saya memang tak syak apa2, lepas tu dia cerita laa yg untie dia dah silap masukkan Brunei dollar 5400 ke akaun saya tp dia dah call bank suruh hold dulu duit tu. lepas tu minta sya call Afiza Jelo. Saya bgtau dia, SMS jek no tu nanti dah sampai rumah sya call.
Bila dah sampai kat rumah, sya call no ni 0128474333 afiza jelo. Dia pun bercerita hal yg sama mcm yg awg julainie cerita kat sya. Lepas tu mintak sya bank in RM478.17 ke akaun maybank dia kononnye duit tu untuk bayaran stamp duty, komisyen dsb. supaya duit brunei 5400 tu dapat dimasukkan ke akaun saya..
Sya kebetulan mlm tu cuma ada RM320 sya pun bank in. Demi Allah, kalau sya tau ini satu penipuan tak ingin sya nak bagi duit sya kat manusia2 celaka ni..Esoknya awg julaini sms kata duit tu tak cukup, suruh masukkan lagi bakinya dalam akaun maybank Afiza jelo. esok paginya pulak, sabaruddin pegawai bank la kononnya call saya, dia kata tak terima baki duit yg saya masukkan kat akaun afiza jelo tu. awg julainie sms saya suruh masukkan lagi RM160 ke akaun CIMB driver dia nama Wan untuk diserahkan kpd en. sabaruddin bagi mempercepatkan proses transfer duit brunei 5400 ke akaun saya. Sampai ke sudah akhirnya duit tu tak masuk2 pun dlm akaun saya malah sya pulak yang kerugian RM640.

sya memang tak pernah menghadapi situasi matawang negara lain terlebih transfer ke akaun saya dan saya tak terfikir pun ini satu penipuan sebab saya ingat betul-betul laa org tu dlm kesusahan sebab dah terlebih transfer ke akaun saya dan niat saya nak serahkan balik baki wang yg terlebih tu, tapi saya pulak yg kena tipu..
SAYA TAKKAN HALALKAN RM640 DUIT SAYA WALAU SATU SEN PUN..HARAM UNTUK MEREKA..!!

Anonymous said...

AWAS DENGAN PENIPU NI SEDANG BERLELUASA ... TOLONG SEBARKAN......


Sms pertama yang sy terima jam 11.34 am date 25/09/2010."Askum,saya dan untie saya sangat bersetuju utk jadi rakaniaga produk puanr bagi pasaran beberapa rangkaian kami dengan jumlah 15 katon dan smskan kepada saya jumlah dan no acc utk tindakan selanjutnya.t.kasih diatas peluang niaga ini dan saya amat menghargainya.. (sms yang dihantar menggunakan talian 012847433)


Kemudian seseorang yang mengaku PA kepada en.fazillah tersebut menghantar sms menggunakakan no talian hp 0198664333 ... "askum,saya puan afiza daripada fareast group companies kch, sarawak dan PA kepada en.wan fadillah bin hj wan junaidi diarah supaya pihak tuan dpt sahkan semula jumlah dan ac no untuk pembayaran produk dan kejap lagi saya akan masukan wang setelah untie en.wan daripada brunei ttkan wang. slip akan saya fax untuk pengesahan.tk

Tidak lama kemudian, saya menerima pula SMS berikut daripada puan afiza:

'Puan afiza"' tersebut memberitahu bahawa 'Auntie' sudah tersilap memasukkan 6,400 dalam nilai Dollar Brunei sedangkan deposit yang saya minta ialah dalam Ringgit Malaysia. Masalahnya ialah mereka terlebih bayar, yakni apabila ditukar kepada RM sudah menjadi RM16 ribu lebih..



Menurut mereka, bagi menebus kesilapan tersebut sy diminta memasukkan RM478.17 ke dalam akaun beliau. Kemudain Puan afiza mengirimkan lagi kepada saya sms no akaun maybank beliau.."MAYBANK AFIZA JELO.. ACC NO 1110 3912 8508..



-bila dah berbalas-balas sms, mungkin en.wan fazillah perasaan yg saya dah curiga.. selePas tu saya ada lagi terima sms dari beliau berbunyi "SALAM, SY DIDIDIK SUPAYA JGN MENGANIAYAI SESIAPA WALAUPUN KITA TAK KENAL DAN KEJUJURAN ADALAH MATLAMAT KAMI.DALAM NIAGA KAMI PENTINGKAN 2 PRINSIP KEJUJURAN DAN TEAM WORK.SAYA AMAT KESAL DI ATAS KESULITAN YG TIMBUL NIE.REGARDS.


** klu ikut mmg banyak sms yang belaiu hantar.... Saya harap anda di luar sana hati2 dengan no handphone 012847433.019866433.. satu lagi hati dengan alamat email yang diaorg gunakan ni (fareastgrp@gmail.com)...

- utk pengtahuan semua sy dah rugi dalam RM9 ratus lebih.. walau apa2 pun satu sen pun sy tak halalkan.. kwan2 smua ada cadangan x mcamana nak tangkap diaorg nie?? email sy as_nal2010@yahoo.com.my

Anonymous said...

Ya allah...saya pun baru terkena pada 12 jan 2011 ini..Modus operandi mmg sama dan sata kerugian rm 478.17. Bagaimana kita ingin menyebar kan penipuan ini...saya pun first time kena tipu....rase nak menangis je..rasenya diaorg ni ambik random nama2 penjual macam kita ni....Saya mmg tak halal kan dunia akhirat sesen pun...

syahira said...

saya pun juga terkena.modud oprandi pun sama seperti cerita di atas..jom kita pakat buat aduan ke KPDN dan maybank supaya bekukan akuain dia..
sila contact saya

irasissfi@gmail.com
0199492260

Anonymous said...

kepada sesiapa yg buat bisnes....xde online banking ke?sy pun buat bisnes jugak. jika ada customer yg buat bayaran sy cek terlebih dahulu. klau yg pkai interbank,sy akan pastikan wang tu ada br saya buat pengeposan. biasanya klau IBG akan mengambil masa 2 3 hr bekerja. Terpaksa la tggu jugak. Utk mengelakkan dr ditipu. Mmg senang klau penipu yg cilik nk menipu di alam maya ni....mintak dijauhkan.

Bisnis dahsyat online said...

gabung di kumpulan bisnis dahsyat online untuk berbisnis tanpa ada penipuan. benar membayar. segera gabung di http://bisnisdahsyatonline.blogspot.com/

kelkid said...

sbg penjual, terima dulu bayaran penuh baru hantar barang. klu x terima jangan hantar. online banking skrg ni dah sampai tahap wajib..cek dulu elok2

Herleena Jamaluddin said...

salam...

saya hampir-hampir terkena... mereka order sabun gamat aromaterapi utk 100 set (1 set ada 6 sabun) and harganya mencecah rm 8000. Bila saya sms minta forwardkan company profile, lepas sehari baru reply sms...

kata ada banyak rangkaian perniagaan sekitar swak & brunei, tp takkan bila minta company profile (paling koman pun web / blog la), main hantar pakai sms jer... itu pun sama mcm yg dia hantar dlm FB...

Bila saya keluarkan invoice, 1/2 byr masa confirmation, 1/2 lg byr bila barang siap, kemudian baru sy pos.. dia minta nak byr semua lepas sy pos barang... saya mmg x setuju, sekurang2nya, 1/2 byr dulu.. lps tu sy terus tak layan

tapi mereka masih dok sms, nak nego la kononnya...

Mz - aku said...

Sala juga didatangi geng Affiza Jelo ni pada bulan lepas.. lihat lanjut di

http://muhammadzulkey.blogspot.com/2011/04/affiza-jelo-vs-wan-fadillah-bin-hj-wan.html

Saya ada menulisnya di situ.. berhati-hatilah kepada yang belum kena lagi.

Anonymous said...

saya pon da terkena tghari td...sy da kol bank try tnye tuk cancel trnsaksi,tp xbley.sye tnye lak kalu nak blok acc die nih bley ke sbb die nih penipu..diorg soh report polis dlu pas2 bwk surat report ke cawangan cimb, bru pihak bank akan usulkan utk tindakan..

Anonymous said...

sy dan suami baru je terkena... terasa sgt... RM478.17... dlm dok berjaga2 camni pun blh terkena... kenapa la x google dulu sebelum bank in... dugaan betul....

kami mmg x halalkan duit tu...

Anonymous said...

kami pun hampir2 tkena SEMALAM (23/12/2011)..

bile dia ckp yg ktorg kne msukkn duit pndahuluan tu sbb mslh bank trnsfer sume tu,,sy dh syak..so sy x bank in kn duit tu..sj nk uji dia,sy gtau dia,kalu btl nak,,sy xkisah byr esok luse pn sbb kalu dia dh msukkn smlm,,sy tetap xdpt poskn jgk..lps tu,dia cncel kn trus urusniaga..sbb dh rse tertipu,sy cri mklumat dia kt tenet..rupenye dh ramai tertipu..Alhamdulillah,kami terselamat..mungkin ni dugaan untuk org berniaga..mereka mncari org yg bniaga kecil kecilan kt intrnet ni..harap2 mreka dpt dkesan..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)