Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 16, 2010

Jasa Anwar

Mat Sabu antara pemimpin PAS yang meminta Anwar disiasat atas kes salah laku seks.







Semalam Demang menyiarkan artikal menyeru agar kemelut politik dihentikan segera demi kestabilan dan kesejahteraan pertiwi. Pernah Demang catatkan bahawa kemelut tersebut berpunca daripada keengganan Anwar mematuhi nasihat majoriti besar AMT UMNO agar beliau berundur kerana menjadi liabiliti kepada parti.

Permintaan para pemimpin UMNO dan BN tersebut adalah rentetan daripada desakan parti-parti pembangkang yang mempersoalkan salah laku seks Anwar yang sudah menjadi perbincangan umum. Mereka menuduh UMNO bias kerana tidak mengambil sebarang tindakan hanya kerana tertuduh seorang timbalan presiden serta Timbalan Perdana Menteri.

Antara pemimpin yang lantang membuat desakan tersebut ialah Hj Mohd Sabu yang merupakan pemimpin kanan PAS serta pernah menjadi rakan karib Anwar.

Permintaan Demang agar kemelut politik dihentikan segera itu mendapat respon seorang pengunjung yang mengatakan kalaulah tidak kerana Anwar, UMNO tidak akan sedar kesilapan mereka selama ini.

Demang bersetuju juga dengan pendapat tersebut. Serta merta Demang teringat pengalaman Demang ketika tinggal di sebuah taman perumahan dekat Muar. Walaupun tempat itu bagus dan selesa, namun program tersusun dalam aspek kejiranan tidak begitu dipedulikan.

Bukanlah maksud Demang penduduk di situ sering bergaduh. Yang Demang maksudkan, aktiviti kemasyarakatan secara tersusun tidak begitu diambil berat. Perkara kenduri kendara dan aktiviti surau, memang bagus. Namun penduduk di situ bukanlah terdiri daripada kaum Melayu sahaja. Kaum Cina takkan ke surau.

Pada suatu ketika, ketenangan mula tercalar. Beberapa buah rumah dimasuki pencuri. Penduduk mula diserang kebimbangan. Akhirnya persepakatan dibuat dan sebuah jawatankuasa keselamatan dibentuk.

Mulai waktu itu setiap malam diadakan kawalan dan rondaan secara bergilir-gilir. Ketika bertugas tersebutlah Demang mula mengenali jiran-jiran dari kaum Cina. Kebetulan tidak ada sebuah rumahpun dimiliki oleh kaum India.

Dari aktiviti kawalan, kami merancang program sukaneka dan hari keluarga pula. Demang masih ingat seorang penduduk di taman itu yang kami gelar 'Botak Chin'. Oleh kerana beliau agak kaya, maka beliaulah yang banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi menjayakan pelbagai program. Malah Demang cukup 'respect' pada beliau kerana hampir setiap malam singgah di pondok kawalan untuk bertanya khabar atau berbual. Biasanya apabila beliau datang, teh tarik dan roti canai akan menyusul selepas itu.

Mesejnya, jika Anwar dianggap berjasa, maka si pencuri di taman perumahan Demang itupun layak diiktiraf berjasa juga!


foto Mat Sabu
mat sabu1 jpg
pasbukitbendera.com

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam Demang, menarik artikel ini..... kalau begitu Anwar boleh disamakan dengan Robin Hoodlah, patut pun ramai penyokong-penyokong dari Eropah.....lebih-lebih lagi Australia dan US.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)