Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, February 12, 2010

Jurus maut Najib


Ketika pembangkang makin terhimpit dan tersepit diasak pelbagai musibah dan malapetaka, Najib menghampiri garisan penamat dengan lebih bergaya.

Mata demi mata dipungut meninggalkan lawan jauh di belakang. Peserta yang dianggap paling hampir di belakang beliau yang memakai jersi berlabel 'Anwar' beberapa kali tersadung batu dan hampir tersungkur.

Peserta bertanda 'Karpal' yang berkerusi roda cuba memintasnya dan seolah berjaya namun rupa-rupanya dia hanya memotong peserta berlabel 'Hadi' yang kebetulan berhenti untuk minum air.

Agak melucukan walaupun pertandingan dikatakan secara solo namun terdapat pasukan yang menghantar dua orang wakil. Masing-masing ditandakan sebagai 'Aziz' dan 'Hadi' yang menggunakan lambang yang sama.

Bagi tidak menghampakan mereka dan demi semangat kesukanan serta kepolitikan maka mereka dibenarkan ikut serta secara bergilir-gilir. Itu yang membuatkan 'Karpal' keliru dan pening kepala tadi.

Sebenarnya Demang baru dapat berita SMS berikut. Walaupun ia bukan berita yang begitu hebat bagi sesetengah orang namun Demang teruja menantinya. Demang sudah dimaklumkan lebih awal mengenai rancangan Najib melalui UiTM tersebut menerusi seorang teman. Namun tak elok lah Demang hebahkan sebelum ia diumum sendiri oleh PM.

Kita baca berita tersebut sama-sama:

"Najib mahu UiTM sedia 5,000 tempat untuk pelajar miskin dan anak yatim setiap tahun bagi memberi mereka peluang mendapat pendidikan tinggi."

5000 tempat tersebut adalah untuk anak yatim dan miskin yang sekadar memiliki kelayakan minimum dalam SPM dan gagal melanjutkan pelajaran ke tempat lain. Ia dipanggil pradiploma.

Jangan pandang rendah pada pemegang pradiploma. Antara orang yang pernah memasuki universiti melalui tiket pradiploma ialah Dato' Saghul sendiri, iaitu VC UiTM sekarang!

Mereka boleh berjaya jika diberi peluang. Najib sedang menggunakan kuasanya bagi menyediakan peluang kepada mereka.

Itulah yang dikatakan 1 Malaysia.

Sumber: BH 12/02 (by SMS)

Foto hiasan:
face kick jpg
sethrobles.com

1 comment:

Anonymous said...

cantik sekali 'penyalahgunaan kuasa' digunakan najib. penyalahgunaan kuasa spt ini yg dimahukan oleh bangsa melayu.
najib, lakukan apa yg baik utk bangsa melayu, anda tidak akan rugi sebaliknya akan dinyatakan sbg seorang melayu tulen yg patriotik pd bangsanya sendiri.
najib, jgn jd spt beberapa kerat pemimpin melayu yg cuma tahu berpolitik utk buncitkan perut sendiri tp bila tiba masalah bangsa, mereka kecut dan membiarkan bangsa melayu tertunggu-tunggu apa akan dilakukan.
najib, aku sokong kau kerana aku juga seorang melayu yg mahu lihat bangsa melayu aku berjaya.
kpd mana-mana kepala butuh yg tak puas hati dgn apa aku cakap, kau org boleh pergi mampus.
org melayu kena tolong org melayu.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)