Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, February 20, 2010

nostalgia sukan tahunan


Masa Demang bersekolah rendah dulu, sukan tahunan sekolah adalah pesta terbesar di kampung kami. Sebulan sebelum hari sukan sebenar berlangsung, kemeriahan sudah terasa.

Persiapan padang, latihan sukan, khemah-khemah, dan gerai-gerai jualan turut melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat.

Dua minggu terakhir, kawasan padang sudah menjadi kelas utama. P&P berlaku melalui pengalaman sebenar membantu guru menjayakan hari sukan. Setiap petang kami ke sekolah untuk latihan.

Kemuncaknya tidak terhenti pada siang hari temasya sukan sahaja. Pada malamnya diadakan pula persembahan 'pentas bergerak' atau tayangan 'wayang pacak'.

Semasa di sekolah menengah, walaupun Demang di sekolah agama namun aktiviti sukan tetap diberi keutamaan. Malah kami turut menganjurkan pertandingan bola sepak sesama sendiri dengan melibatkan pasukan-pasukan remaja di seluruh Temerluh, tanpa sebarang campur tangan orang dewasa.

Tahun-tahun awal Demang menjadi guru iaitu di awal 1990an kemeriahan sukan di sekolah masih terasa. Malah kami menjadikan ia sebagai sukan komuniti yakni acara-acara turut melibatkan orang kampung. Para menteri datang merasmikannya.

Namun memasuki dekad 2000 ini Demang begitu terasa betapa kenangan tersebut sudah berlalu dan tidak mungkin berulang lagi. Memanglah sukan tahunan masih diadakan namun begitu terbatas. Arahan demi arahan dikeluarkan memberi amaran agar P&P di dalam kelas tidak diganggu dengan latihan sukan dan sebagainya.

Kekangan lain ialah bertambahnya program-program termasuk pertandingan keceriaan yang memaksa para guru mengenepikan latihan sukan.

Justeru kita melihat kesan ke atas sukan negara hari ini yang semakin lesu.

Barangkali bukan salah sesiapa. Mungkin zaman sudah berubah. Perkembangan dan kemajuan ICT dengan gadjet komunikasi serta 'games' yang begitu canggih lebih menarik berbanding acara sukan sebenar.

Namun tidak adil sekadar menyalahkan keadaan.

Kenyataan Muhyidin yang Demang terima melalui SMS tadi membangkitkan satu harapan baru:

"Muhyiddin mahu kegemilangan sukan sekolah dikembalikan, arah kurikulum sukan dikaji semula dan pembangunan prasarana diberi perhatian." (BH 20/02)



foto hiasan:
404x404 - 159kB - jpg
azwani.blogdrive.com

4 comments:

ISAC said...

Sekarang ni dah banyak hiburan lain...FB dan ber blogging misalnya...:)

Cheguman said...

betul tu Isac. Cabaran untuk kami para guru.

Anonymous said...

Takrifan P&P kini hanyalah ajar baca, tulis, eja dan kira..sangat terbatas.Pembuat dasar di Kem Pelajaran dah lama mematikan kemeriahan acara sukan di sekolah-sekolah.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Memang benar, ini pun Harapan Mak Cik juga..

I miss the good old school days..

MASALAH besar sekarang adalah kanak2 sekarang tak suka berpeluh kerana ke sana sini dengan ibu bapa pun shopping complex berhawa dingin. Balik rumah menghadap TV dan komputer.
Ini sudah semacam dibudayakan oleh kita.

Namun, ia belum terlambat jika kesedaran ini dibangkitkan semula.InsyaAllah swt.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)