Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, February 4, 2010

Siri perpecahan PR: Anwar makin parah


Sedang Anwar bergelut menegakkan benang basahnya dalam kes liwat kali yang ke... (maaf, Demang dah lupa), perpecahan pembangkang makin melebar dan menunjukkan tanda-tanda akhir akan merudum.

Meskipun para pemimpin pembangkang mendakwa pakatan antara parti-parti masih kejap namun perpecahan dalaman yang terus berlaku lambat laun akan merobohkan kesemua mereka.

Di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, hari ini mendakwa Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing. (istilah beliau, bukan istilah Demang). sumber: Utusan.

Tee Beng yang pernah menjawat Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang berkata, ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang yang semakin kecewa dengan pentadbiran Guan Eng.

Di Selangor, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, PAS kecewa dan merungut kerana ada pihak yang telah menyerang kredibiliti beliau sebagai pemimpin di dalam PAS. sumber: blog Tuan Ibrahim sendiri.

Beliau dikatakan telah 'dihentam' dengan teruk oleh sesetengah pihak tentang tindakan beliau ke atas Khalid Samad dan Hassan Ali di Selangor.

Tak payah lah Demang komen banyak-banyak.

Rakyat dah nampak... JELAS!

1 comment:

Anonymous said...

aku x nmpk apa2 pun poin mase banth guan eng.. hnya provokasi semata2.. xsgka 50 tahun BN memerintah masih ramai peniaga melayu berniaga secara haram... bkn sikit.. ritu kata nak nak kumpul 10000 org.. ramai kot lagi yg haram..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)