Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 2, 2010

usaha Ku Li menggantikan Anwar


“tindakkan Razaleigh itu mengingatkan kembali rakyat Malaysia pada peristiwa keberanian beliau menentang Dr Mahathir dalam pemilihan jawatan Presiden Umno 1987 lalu sedangkan pada waktu itu Dr Mahathir adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno”

Demang kutip kenyataan Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena daripada Harakah Daily hari ini.

Sebenarnya Demang sedang mencari kenyataan Haji Hadi, Presiden PAS berkenaan pendirian beliau dalam isu penggunaan kalimah Allah. Nampaknya artikal tersebut tidak dapat Demang temui. Agaknya mata Demang yang sudah semakin kabur. Takkan lah Harakah nak buang atau sorokkan kenyataan presiden sendiri.

Apapun, Demang amat bersetuju dengan kenyataan ‘presiden sebenar’ PAS itu. Tegas dan berani. Tidak seperti kenyataan Nik Aziz yang berdolak balik. Maaflah, Demang tidak pasti siapa lebih tinggi samada peresiden atau mursyidul am. Demang tanyakan pada rakan-rakan dalam PAS pun jawapan mereka agak mengelirukan.

Berbalik pada kenyataan Mahfuz, Demang faham sangat bahawa begitulah caranya orang politik. Jika sesuatu tindakan itu menguntungkan mereka, ‘berani’, ‘tegas’, ‘insaf’ dan sebagainya diistilahkan.

Sebenarnya, Ku Li sudah habis ikhtiar untuk naik ke atas. Tangga-tangga UMNO sudah tidak mampu didakinya maka dicarinya laluan lain. Malah Ku Li sudah disebut-sebut bagi menggantikan Anwar yang dipercayai akan ‘kantoi’. Kalau melihat cara gaya Saiful, ada harapan...

Begitu juga Anwar. Kenapa ketika sedang ‘berkemampuan’ dan di kemuncak kehebatan dulu mereka berdua tidak menyertai pembangkang atau melaksanakan apa yang mereka dakwa sekarang?

Itu semua permainan politik, bro...

Perlu diingat, Dr Mahathir telah membuktikan beliau jauh lebih hebat berbanding Ku Li.

Bagi Demang: “mujur Ku Li tak menang...”


foto sekadar hiasan. Untuk melihat foto dan berita terkini perbicaraan Anwar Ibrahim, sila ke blog GOMO.

Blog baru Cheguman Online telah dilancarkan. Klik sini.

9 comments:

Anonymous said...

Saya tak bersetuju dgn pendapat demang, ku li langsung takde kaitan dengan anwar, anwar digunakan oleh dr m bagi meningkatkan pengaruhnya dalam menghalang kebangkitan PAS dalam 1980'an dan juga dalam Team A. Kalau tak guna pengaruh Anwar, Najib masa tu orang no 2 dalam Pemuda ada kemungkinan masuk team B. Ku Li adalah pemimpin original UMNO hasil didikan Tunku, Tun Razak Tun Ismail, dan Tun Hussein, manakala Anwar Ibrahim adalah ciptaan Dr M.

Anonymous said...

Lagi satu, UMNO amat kuat pada masa itu, walau berpecah dua kali sewaktu time Dato' Onn (parti PAS), dan Dr M (S46), tapi sekarang dah berbeza. Pemimpin dahulu tak tamak, tapi sekarang tamak. Memang pada zaman Dr M, terlihat kekuatan UMNO tetapi kekuatan itu dibina sejak zaman pemimpin yang terdahulu dahulu, tetapi bila Pak Lah ambil alih maka terlihatlah kelompongan atau kelemahan kerajaan yang ditinggalkan oleh kerajaan Dr M yang memerintah lebih 20 tahun, berbanding dgn negara serantau, malaysia sedang ketinggalan dalam beberapa aspek..maka Dato'Sri Najib perlu bekerja lebih keras dan menjadi pemimpin yang tidak boleh dipengaruhi atau digertak oleh kawan atau lawan hatta Tun M sekalipun.

Anonymous said...

kita lihat kekuatan yang dibina oleh Tun M sebahagiannya superficial sahaja tidak bertahan lama ditelan zaman(cuma pihak pembangkang yang tidak teratur dan lemah aje), berbanding kekuatan kekuatan yang telah dibina oleh Tunku, Tun Razak dan juga Tun Hussein yang berkekalan dan subur. Cuma jasa terbesar Tun M ialah tindakan menambat mata wang semasa krisis ekonomi. tapi lihatlah sekarang, akibat kecuaian, pulau batu putih jatuh ditangan signapura, wilayah iskandar merupakan tapak baru singapura, penjualan pasir dan lain-lain lagi. maksud saya marilah bersama-sama ktia fikirkan bagaimana ini boleh terjadi setelah lebih 20 tahun Dr M memerintah. Kenapa UMNO menjadi begitu? Ada sebabnya kalau kita berfikir

Anonymous said...

to be fair to Ku Li, dia membawa version kepimpinan yang lain, mungkin dia nasib dia tak baik, sebab masa tu dia muda lagi (umur bawah 40 tahun) sedangkan Dr M lebih tua padanya. Dia adalah anak didik Tunku dan Tun Razak, dan menjadi menteri kewangan pertama berbangsa melayu, Petronas diasaskannya (berbanding pemimpin sekarang banyak guna duit petronas untuk tujuan politik mereka)..Ku Li sebenarnya ada idea yang tersendiri untuk memulihkan Malaysia ini , beri dia peluang..

Anonymous said...

Saya rasa, kalau Dato' Sri Najib bijak, beliau hanya perlu melihat dari luar sape yang ada berkepentingan mengutuk dan menekan Ku Li habis-habisan, sebab Dato' Sri Najib boleh gunakan Ku Li secara tersirat untuk kepentingan politiknya..iaitu check and balance dalam UMNO. Maksudnya seperti mana Mahathir sokong Musa Hitam dari belakang, walhal Ku Li dulu yang mempunyai undi tertinggi di kalangan Naib-naib Presiden UMNO (ada orang mengatakan Ku Li baik hati beri laluan kpd Dr M menjadi Timbalan Perdana Menteri sebab masa tu dia muda dan tak kahwin lagi padahal Tun Hussein dah offer dah jawatan tersebut selepas cadangan untuk melantik Tun Ghazalie Shafie ditolak mentah-mentah oleh ketiga-tiga naib presiden UMNO)...Sebenarnya tak susah nak nampak ada orang orang tertentu yang tak suka Ku Li naik sebab dia ada rahsia yang dia tahu kita tak tahu...fikir fikirkanlah

Anonymous said...

Tun M tak setuju Ku Li guna platform PAS dalam menceritakan isu royalti minyak. Saya rasa Ku Li juga patut berjumpa dgn Dato' Sr Najib untuk memberi penjelasan. Apapun pada masa dahulu Dr M pernah juga guna platform PAS untuk menghentam Tunku dan UMNO..lagipun Ku Li dijemput oleh badan NGO Gerak, bukannya PAS atas kapasiti mantan pengerusi Petronas. Sila baca petikan dibawah ini.. Tun M "I think he gives Kelantan more priority than the government. As a Kelantanese (Tengku Razaleigh is the Member of Parliament for Gua Musang), you want to see Kelantan get its money," said Dr Mahathir.

Asked if Tengku Razaleigh's action would have an effect on Kelantan voters, Dr Mahathir said: "Perhaps, but in any case we (Barisan Nasional) will not be able to retake Kelantan because the Kelantanese have their own ideas."

Anonymous said...

Sebenarnya secara tersirat kita boleh fikirkan, memang susah nak ambil balik Kelantan ni dari PAS, hanya dalam sejarah hanya Ku Li je pernah buat masa tahun 70'an dulu..kalau kita berfikir di luar kotak, seramai 50 000 ke 60 000 orang menyaksikan persembahan Ku LI..jumlah yang agak sukar bagi UMNO kelantan untuk mendapat populariti seperti berikut..Kita kena faham pemikiran orang kelantan dalam untuk memenangi hati mereka, setiap orang ada harga diri, jadi dengan ketokohan Ku Li di malam tersebut, Dato' Seri Najib boleh memanfaatkan lagi peluang tersebut..rakyat Kelantan akan mula lupa PAS, dan mereka akan menumpukan perhatian terhadap putera anak raja mereka iaitu Ku Li...kalau demang nak tahu Ku Li walau dalam UMNO tak sekuat dahulu, tetapi wataknya disukai di kalangan professional, peniaga, kaum cina, india dan melayu yang atas pagar. Orang boleh lupakan pembangkang, kalau UMNO manfaatkan dia..sebab sejarah dia ni lain dari lain. tetapi biasalah ada pihak yang berkepentingan..tak tahulah wallahu alam

Cheguman said...

Terima kasih 'Anon' atas penerangan tersebut. Nampaknya saudara mengikuti dan masih mengingati perjalanan UMNO dengan baik.

Ada beberapa perkara yang saya ikut bersetuju dengan saudara manakala selebihnya merupakan kenyataan yang bagus untuk dibincangkan lagi.

Mungkin lebih baik jika saudara meletakkan sedikit nama panggilan di lain kali agar mudah kita berkomunikasi.

Anonymous said...

demng takut... wakakakaka...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)