Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, April 2, 2010

Anwarisme makin rebah

"Kesian akak tengok Anwar tu," ujar GPK Demang pagi tadi ketika bersarapan.

"Saya nampak dia dah lain macam sekarang," sahut seorang guru lelaki sebaya Demang.

"Sayang... Orang berbakat dan berkebolehan akhirnya jadi macam tu," kata pula seorang lagi guru.

Demang cuma diam mendengar komen-komen tersebut.

Memang, ketika Najib semakin mantap dengan pelbagai program memajukan rakyat, Anwar semakin terdesak dan mundur ke belakang. Pelbagai masalah bertalu-talu, timpa-menimpa.

Setiap hari berduyun-duyun ahli PKR menyeberangi sempadan parti dan kembali ke parti asal mereka sebelum 1998.

Rupa-rupanya 'cuti rehat' daripada perbicaraan kes liwatnya tidak mampu melenakan tidur Anwar. Pendedahan demi pendedahan dibuat bekas pemimpin PKR tentang konspirasi Anwar bagi merampas kuasa suatu ketika dulu menyerlahkan wajah sebenar Anwar.

Malah, cubaan Anwar menuduh kerajaan dimasuki pengaruh Yahudi memakan diri apabila KJ mendedahkan hubungan erat Anwar dengan beberapa individu penting Yahudi.

Demang amat berharap isu Anwar dapat diselesaikan segera bagi menumpu perhatian pada menjayakan MEB yang diumum Najib semalam.

2 comments:

CUCU TOK WAN said...

Anwar sekadar membuka peluang untuk ditembak ekoran pembabitannya dengan ZIONIS secara langsung dan tidak langsung.

Sepatutnya inilah masanya rakyat Malaysia yang bencikan Zionis bertanya kepada Anwar apa yang dibuatnya dengan kepala-kepala Zionis dunia termasuklah George Soros.

http://theflyingkick.blogspot.com

lambuana said...

Sekarang Allah telah menutup mata nya Allah juga menutup mindanya sekarang Anuar benar benar sudah kena badi sumpah Saiful itu yg dapat kita lihat skg perbuatan rahsianya terbokar dengan sendiri nya.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)