Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, April 23, 2010

apa strategi Najib?

"Salam sejahtera! salam 1 malaysia! salam ukhuwah dan salam persaudaraan! mhön jasa murni saudara/i, tuan2 dan puan, para pengundi Kawasan hulu selangor, mengundi calön Barisan Nasional pd hari pengundian ahad ini. Berilah Satu peluang kepda BN untk berbakti kepda bangsa dan pendudk hulu selangor. insyaallah BN akan membetulkan kesilapan dan mengutamakan rakyat. Undi anda penentu maruah bangsa dan agama yg kita cintai. terima kasìh kerana anda sudi mengundi BN."

Demikianlah SMS yang Demang terima malam tadi. Demang siarkan sepenuhnya tanpa sebarang perubahan.

Oleh kerana kehairanan menerima mesej tersebut padahal orang yang menghantar dan menerima mesej tersebut bukanlah pengundi di Hulu Selangor maka tanya Demang pada sahabat yang mengirimkan SMS itu:

"Mana nko dpt msg ni?"

Balas beliau:
"Ok ke msj tu?"

Jawab Demang:
"Ok. Itulah yg sebenarnya. Najib memang bijak."

Tanya lagi:
"Ape yg njb bijak, man?"

"Calon MIC menjerat Anwar. PKR terpaksa guna isu perkauman. Sekaligus rakyat nampak PKR pun rasis. Fokus Najib: gagalkan Malaysian Malaysia melalui 1M. Dua2 nampak sama tapi beza."

Akhirnya sahabat tadi membuat kesimpulan:
"Najib memg hbt.peluang bn cerah. xke sana ke?"

Balas Demang:
"..."

Rasanya Demang tidak akan ke Hulu Selangor kali ini kerana hal keluarga. Namun Demang yakin BN tiada masalah untuk menang.

Berbalik pada mesej-mesej tadi, apakah sebab sebenar ia dikirim kepada Demang?

Demang percaya, ia diberi kepada Demang bagi meminta penjelasan; "adakah relevan perjuangan Islam dengan meletakkan calon India?"

Bagaimana dengan anda? Jika anda menyatakan 'tidak relevan' maka Demang nasihatkan anda belajar lagi tentang ilmu politik tanah air dan masih belum layak ikut campur membicarakannya.

Anda juga belum layak sama sekali menilai Najib!

1 comment:

Anonymous said...

Saya tak setuju dengan demang... pemikiran mcm demang inilah yang jadikan orang melayu penakut dan membuka peluang untuk dibuli... saya sokong dan sayang umno tapi tak sokong MIC... satu signal untuk najib akan dibuat dengan mengundi zaid Ibrahim... next time jangan tunduk sangat pada samy vellu yang angkuh dan sombong itu...cakap jangan sembarangan pada Tun Dr Mahathir sampai selipar pun nak dikalungkan pada Tun Mahathir... rasa macam Zaid Ibrahim akan menang ahad nanti... Kalau PKR menang.. sepatutnya demang yang perlu belajar banyak lagi politik penghujung zaman ini... wallahualam.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)